• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis Indikator

Top 5 Signal Belian Daripada Indikator Yang Terbaik Untuk Pelabur

in Indikator
A A
Top 5 Signal Belian Daripada Indikator Yang Terbaik Untuk Pelabur
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Indikator apa nak pakai dan bila nak beli?

Sebagai seorang pelabur saham yang mengamalkan analisis teknikal terhadap pasaran, semestinya kita menantikan signal belian muncul dalam carta untuk membuat keputusan dalam pelaburan kita. 

Indikator memainkan peranan yang sangat penting dalam menganalisa carta teknikal dan biasanya lain indikator akan memberikan signal belian yang berbeza .

Berkaitan

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo

Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya

Kami Dedahkan 4 Strategi Pelaburan Dengan Bollinger Band

Jadi indikator apa yang nak digunakan dan macam mana nak lihat isyarat beliannya?

Mari kita lihat top 5 signal belian daripada indikator yang boleh kita ikut.

1. Penukaran Warna Daripada Carta Heiken-Ashi

Sumber :

Antara salah satu kelebihan carta Heiken-Ashi adalah carta ini lebih smooth dan dapat membantu pelabur untuk melihat arah pasaran dengan lebih mudah. 

Carta Heiken-Ashi ini mempunyai dua warna yang utama iaitu hijau dan merah. Selagi harga semakin meningkat, candlesticknya akan berwarna hijau secara berterusan dan jika harga pasaran mulai jatuh, candlestick akan menjadi merah secara berterusan. 

Untuk masuk dalam pasaran, kita perlu perhatikan kepada perubahan warna candlestick bearish kepada bullish. 

Sumber :

Bullish candlestick adalah candlestick hijau yang mempunyai body dan toncet yang panjang dan bearish candlestick pula adalah badan candlestick merah yang mempunyai ekor yang panjang. 

Sumber :

Apabila candlestick Heiken-Ashi ini mempunyai toncet dan ekor yang panjang, ianya merupakan tanda-tanda perubahan trend akan berlaku dan waktu yang terbaik untuk membeli adalah apabila bullish candlestick yang pertama muncul. 

Baca: Heiken-Ashi, Candlestick Yang Mudah Untuk Digunakan

2. Penukaran Warna Daripada Kumo Cloud

Sumber :

Kumo Cloud merupakan elemen yang penting dalam indikator Ichimoku Cloud yang menggambarkan jarak garisan antara leading span A dan leading span B. 

Kumo Cloud sangat berguna untuk dijadikan sebagai support dan resistance yang dinamik dan apabila warna cloud ini berubah, ianya memberikan isyarat kepada pelabur untuk masuk atau keluar daripada pasaran. 

Sumber :

Apabila span A bersilang ke bawah span B, cloud akan berwarna merah dan ianya menandakan trend arah pasaran menurun sebaliknya apabila span A bersilang ke atas span B ianya memberikan tanda pergerakan trend pasaran akan menaik. 

Antara isyarat belian adalah apabila Kumo Cloud merah bertukar kepada hijau dan isyarat jualan pula adalah apabila Kumo Cloud bertukar daripada hijau kepada merah. 

Baca: Cara Tingkatkan Winning Rate Dengan Ichimoku Cloud

3. Penukaran Warna Histogram MACD Dan Slope

Sumber :

Apabila garisan MACD bersilang di atas garisan signal, bar histogram akan berwarna hijau.  Sebaliknya apabila garisan MACD berada bawah garisan signal, bar histogram akan menjadi merah. 

Ketinggian histogram ini pula menggambarkan perbezaan jarak antara garisan MACD dan juga garisan signal. 

Sumber :

Salah satu signal belian daripada indikator MACD ini adalah apabila histogram MACD ini bertukar daripada merah ke hijau dan sebaliknya untuk signal jualan.

Selain itu, kita juga boleh melihat slope histogram untuk menentukan bila masa untuk membeli dan menjual.

Apabila histogram hijau semakin tinggi, ianya isyarat untuk membeli namun apabila slope histogram sudah mengecil, ianya merupakan isyarat untuk menjual saham pegangan yang dimiliki. 

Baca: Rahsia Penggunaan MACD Yang Anda Kena Tahu

4. Silangan RSI Paras 50 

Sumber :

Relative Strength Index (RSI) merupakan indikator yang sangat popular dalam kalangan pelabur untuk membantu mereka membuat kajian teknikal bagi mengetahui keadaan pasaran sama ada terlebih beli atau terlebih jual. 

Paras 50 RSI merupakan garisan tengah indikator RSI ini dan biasanya apabila RSI melepasi paras 50, trend kenaikan harga saham adalah kuat dan potensi membuat keuntungan dalam pelaburan juga tinggi.

Signal belian daripada indikator ini adalah dengan memastikan garisan RSI melepasi paras 50 dan disokong oleh pergerakan harga saham yang membuat fasa kenaikan yang berterusan. 

Baca: Apa Itu RSI (Relative Strength Index) Dan Cara Menggunakan Indikator RSI

5. Pertukaran Titik Parabolic SAR

Sumber :

Titik parabolic SAR akan berada di bawah harga saham semasa apabila pergerakan harga saham semasa sedang membuat fasa kenaikan (uptrend) dan sebaliknya titik ini akan muncul di atas harga saham apabila pergerakan harga saham ini membuat downtrend. 

Sumber :

Signal belian adalah apabila titik parabolic SAR ini muncul di bawah harga saham semasa dan ianya menandakan perubahan arah pasaran akan berlaku dan membolehkan pelabur meraih keuntungan daripadanya.

Baca: Cara Penggunaan Indikator Parabolic SAR

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Nak Miliki eBook Reversal Candlestick
Share1406ShareSend

Related Posts

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo
Indikator

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo

3 years ago
Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya
Indikator

Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya

3 years ago
Kami Dedahkan 4 Strategi Pelaburan Dengan Bollinger Band
Indikator

Kami Dedahkan 4 Strategi Pelaburan Dengan Bollinger Band

4 years ago
Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI
Indikator

Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI

4 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In