Analisis teknikal adalah peta dalam sesuatu carta saham. Teknik analisis teknikal memberikan petunjuk kepada pedagang dan pelabur untuk menentukan arah tuju harga sesuatu saham. Terdapat pelbagai jenis indikator dalam ilmu teknikal analisis. Antara salah satunya adalah Ichimoku Kinko Hyo. Indikator ini dipopularkan oleh Goichi Hosoda pada lewat 1960-an. Bermula pada era internet, indikator ini menjadi salah satu indikator utama yang dimasukkan dalam komputer untuk perisian analisis teknikal.
Baca: Berdagang Saham Menggunakan Analisis Teknikal, Ichimoku Kinko Hyo
Ichimoku Kinko Hyo mempunyai versatiliti yang tersendiri. Ichimoku Cloud merupakan gabungan beberapa indikator yang lain dan mampu untuk memberikan banyak signal seperti support dan resistance, momentum dan juga untuk menentukan arah tuju pergerakan harga dalam pasaran. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan dalam menggunakan indikator Ichimoku Kinko Hyo. Mari kita lihat kekurangan dalam indikator ini.
1. INDIKATOR YANG RUMIT
Umum mengetahui indikator Ichimoku Kinko Hyo mempunyai banyak garisan yang mengelirukan. Bagi yang baru berjinak untuk menggunakan indikator ini, pasti ianya satu proses yang mengelirukan. Hal ini kerana Ichimoku Kinko Hyo merupakan gabungan beberapa indikator seperti formula moving averages. Disebabkan terlalu banyak garisan, beberapa garisan dalam indikator Ichimoku biasanya akan disembunyikan dalam perisian carta untuk mengurangkan kerumitan indikator tersebut.
2. MENGGUNAKAN DATA YANG LEPAS (historical data)
Apabila menggunakan data yang lepas, indikator ini terdedah pada lagging decision. Berbanding data menggunakan leading indikator seperti harga dan volume. Hal ini kerana, untuk membentuk Ichimoku Cloud ia perlu menunggu candle untuk siap sebelum dikira dalam formula. Sebaliknya jika menggunakan leading indikator seperti harga dan volume, kita tidak perlu menunggu untuk pengiraan formula kerana dengan hanya melihat pergerakan harga dan volume ia sudah mampu memberikan signal untuk membeli dan menjual. Data yang lepas juga mempunyai kekurangan seperti ketepatan signal berbanding leading indikator.
3. TIDAK SESUAI UNTUK JANGKA MASA PANJANG
Ichimoku Kinko Hyo tidak sesuai untuk jangka masa panjang kerana apabila saham tersebut berada dalam aliran uptrend, signal untuk membeli akan menjadi semakin kurang. Sebaliknya indikator ini lebih sesuai pada saham yang berada dalam keadaan sideways. Apabila harga sudah berada di atas Ichimoku, signal akan berkurang. Lihat contoh dibawah.
Seperti contoh di atas, apabila harga melepasi Ichimoku pada Feb 2022, tiada lagi signal yang boleh dikeluarkan oleh Ichimoku. Sebaliknya, signal hanya boleh dilihat dengan leading indikator iaitu Continuation Pattern dari candlestick. Dalam jangka masa panjang kekuatan signal Ichimoku juga semakin berkurang berbanding dengan leading indikator seperti harga.
Walaubagaimanapun, Ichimoku Kinko Hyo masih tetap relevan untuk digunakan. Indikator ini masih tetap mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bagi yang mengkaji dan memahami indikator ini, banyak kelebihan yang boleh digunakan dan masih mampu menjana keuntungan dalam pelaburan.
RUMUSAN
Ichimoku Cloud merupakan satu indikator gabungan yang lengkap kerana mempunyai beberapa elemen yang mampu memberikan banyak data kepada pelabur untuk melihat support dan resistance, momentum dan trend direction. Sebagai seorang pelabur dan pedagang kita perlu bijak memilih indikator yang sesuai dengan cara perdagangan dan pelaburan kita. Hal ini kerana setiap orang mempunyai risk appetite yang berbeza. Semoga penulisan kali ini memberikan lebih pencerahan mengenai indikator Ichimoku Kinko Hyo. Apa yang lebih penting adalah kajian yang perlu dilakukan sebelum membeli saham.
Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk pendidikan sahaja. Kami tidak memberitahu anda saham apa yang perlu dilabur. Sebarang tindakan ataupun keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.
Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.