Ini strategi untuk berdagang dengan indikator Parabolic SAR
Sumber: Trading View
Indikator parabolic SAR ini terhasil daripada satu formula yang kompleks yang membentuk titik bersiri seperti gambar di atas.
Kegunaan utama indikator ini adalah untuk menentukan arah pasaran dan mengesan tanda-tanda awal reversal di dalam carta sesuatu saham.
Dengan indikator ini, ianya membolehkan pelabur untuk mencari waktu yang terbaik untuk membeli atau menjual sesuatu saham dengan melihat posisi kemunculan titik bersiri ini.
Mencari “Buy Dan Sell Signal” Dengan Parabolic SAR
Sumber: Trading View
Indikator parabolic SAR ini boleh membantu pelabur untuk memastikan trend atau arah pasaran di dalam carta untuk sesuatu saham.
Menentukan Uptrendline Dan Buy Signal
Apabila sesuatu saham itu didagangkan di atas indikator parabolic SAR ini, ianya menandakan bahawa saham berkenaan sedang membuat fasa uptrend. Ianya juga adalah isyarat belian daripada indikator ini.
Sumber: Trading View
“Semakin jauh jarak indikator parabolic SAR dengan harga saham, semakin kuat trendline akan terbentuk.”
Apabila jaraknya semakin mengecil, ianya menandakan pengakhiran uptrendline juga semakin hampir.
Menentukan Downtrendline Dan Sell Signal
Apabila sesuatu saham itu didagangkan di bawah indikator parabolic SAR pula, ianya menandakan bahawa arah pasaran sedang membuat fasa downtrend. Ini juga merupakan isyarat jualan daripada indikator ini.
Sumber: Trading View
Sama seperti isyarat uptrendline di atas, semakin jauh jarak antara indikator parabolic SAR dengan harga semasa saham berkenaan, semakin kuat downtrendline tersebut.
Apabila jarak antara indikator tersebut semakin mengecil, ianya menandakan bahawa downtrendline semakin melemah dan hampir kepada pengakhirnya.
Jarak antara parabolic SAR dan harga saham ini sebenarnya ditentukan oleh setting acceleration di dalam indikator ini.
Sumber: TradingView
Secara asasnya, setting parabolic SAR ini adalah SAR (0.02, 0.02, 0.2) dan merupakan tahap sensitif indikator ini dengan pergerakan harga saham. Kita boleh mengubahnya mengikut kesesuaian kita sendiri.
Apabila saham berkenaan membuat New High atau New Low, faktor pecutan akan digandakan sebanyak 0.02.
Ini yang akan menyebabkan jurang antara indikator parabolic SAR ini dengan harga saham semasa berlaku.
Dengan meningkatkan nilai setting indikator ini, kita akan menjadikannya, lebih sensitif tetapi ketepatannya akan berkurangan.
Sebaliknya, jika kita mengurangkan nilai setting indikator ini, tahap sensitifnya akan berkurang tetapi ketepatan signal yang diberikan akan meningkat.
Strategi Menggunakan Indikator Parabolik SAR Ketika Melabur
Sumber: Trading View
Untuk membeli menggunakan indikator ini, kita perlu pastinya fasa pasaran berada di fasa major uptrend.
Kita akan mula membeli apabila kita melihat candlestick sesuatu saham itu membuat perubahan fasa dan disokong dengan kemunculan indikator parabolic SAR di bawah harga dagangan.
Sangat tidak digalakkan untuk menggunakan indikator ini saat berada di fasa sideways kerana potensi signal palsu daripada indikator ini adalah sangat tinggi.
Oleh itu, lebih ramai pelabur sebenarnya menggunakan indikator untuk mencari signal jualan apabila telah memegang sesuatu kaunter.
Sumber: Trading View
Pelabur akan mula menjual apabila indikator parabolic SAR ini muncul di atas harga saham dagangan kerana terdapat potensi untuk perubahan trend untuk berlaku.
Indikator parabolic SAR ini merupakan lagging indikator kerana ianya bergantung kepada perubahan harga semasa saham.
“Indikator ini lebih sesuai digunakan sekali dengan indikator yang lain seperti moving average dan Relative Strength Index (RSI) untuk menapis false signal daripada indikator ini.”
Baca: Apa Itu RSI (Relative Strength Index) Dan Cara Menggunakan Indikator RSI?
Sebagai pelabur yang bijak juga kita tidak boleh bergantung sepenuh harapan terhadap signal yang diberikan indikator sahaja.
Sebaliknya kita perlu faham dan kaji syarikat yang kita hendak laburkan dari segi
- Kewangan syarikat
- Projek yang diperolehi syarikat
- Perancangan masa depan syarikat
- Sentimen semasa yang pengaruhi pendapatan syarikat
Kita perlu seimbangkan kajian fundamental dan teknikal kita agar kita tidak perjudian nasib kita dalam dunia pelaburan saham ini.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?
Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.