Sebagai seorang pelabur saham, pemahaman kepada analisis teknikal (TA) sangat penting kerana ia sangat membantu kita dalam membuat keputusan membeli dan menjual saham. Dalam lautan ilmu analisis teknikal, ribuan jenis indikator dibangunkan untuk memudahkan para pelabur membuat keputusan membeli dan menjual. Indikator boleh dikategorikan dalam beberapa kategori. Saya selalu bahagikan kepada dua kategori. Pertama, indikator asas (basic) dan kedua indikator tambahan (supplement). Analisis teknikal merupakan tiang asas kedua untuk berjaya dalam pelaburan saham. Oleh itu, ilmu analisis teknikal sangat penting untuk memudahkan perjalanan menjadi seorang pelabur tegar. Dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan definisi On Balance Volume (OBV) dan cara menggunakannya dalam pelaburan saham.
DEFINISI
On Balance Volume atau OBV merupakan alat dalam analisis teknikal untuk mengira tekanan pembelian dan juga jualan. Asas OBV sangat mudah untuk difahami kerana ia merupakan Cumulative Indicator iaitu nilai pada hari tersebut akan ditambah atau ditolak pada hari sebelumnya. Sebagai contoh, jika harga naik pada hari tersebut, volume hari tersebut akan ditambah pada nilai kumulatif OBV. Sebaliknya, jika harga turun pada hari tersebut, volume hari tersebut akan ditolak pada nilai kumulatif OBV. Nilai OBV akan diplot sebagai satu garisan untuk memudahkan intrepetasi membuat keputusan. OBV digunakan untuk mengenalpasti dan melihat aliran keseluruhan trend and membuat jangkaan pergerakan harga pada masa akan datang dengan pattern divergences.
SEJARAH

Indikator OBV dicipta oleh Joe Granville dan mula diperkenalkan dalam bukunya yang bertajuk New Key to Stock Market Profits pada tahun 1963. Indikator ini adalah indikator yang signifikan dalam dunia pelaburan kerana ia merupakan indikator pertama yang mengambil kira aliran jumlah positif dan negatif.
ASAS ON BALANCE VOLUME (OBV)
Apabila volume pada hari kenaikan harga melebihi volume pada hari kejatuhan harga, OBV akan naik. Namun apabila volume pada hari kejatuhan harga lebih tinggi dari volume pada hari kenaikan harga, OBV akan menurun. Secara mudah, kita dapat mengenalpasti apabila buying pressure naik, OBV naik dan apabila selling pressure naik, OBV menurun. Teori asas yang digunakan adalah volume sentiasa akan mendahului harga. Oleh itu, OBV boleh digunakan sebagai penentu trend secara keseluruhan dan juga membuat jangkaan arah pergerakan harga.
BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN OBV
OBV sangat berguna untuk melihat aliran trend semasa dan juga untuk menjangkakan arah pergerakan harga pada masa akan datang. Ini boleh dilakukan dengan melihat signal ataupun setup yang mana memerlukan indikator tambahan seperti Stochastic ataupun RSI. Pertama adalah dengan melihat trend OBV dan membuat perbandingan dengan trend pergerakan harga. Jika trend selari, maka pelabur boleh mengambil posisi untuk membeli. Namun begitu, indikator tambahan seperti RSI penting untuk melihat masa yang sesuai untuk membeli.

Sumber:
DIVERGENCE DAN SETUP REVERSAL
Setup divergences boleh dilihat apabila harga dan volume tidak selari. Seperti carta dibawah, harga sedang membuat penurunan manakala volume sedang membuat kenaikan. Maka ini adalah salah satu setup OBV. Keadaan ini boleh memberikan pelabur signal akan berlaku price reversal dalam masa terdekat.

Sumber:
RUMUSAN
OBV adalah indikator yang boleh digunakan untuk mengukur tekanan belian (buying pressure) dan juga tekanan jualan (selling pressure). Ramai percaya teori bahawa tekanan belian dan jualan berlaku lebih awal sebelum harga bertindak balas. Walaubagaimanapun, pelabur perlu ingat indikator ini hanya sebagai alat untuk mengukur dan OBV memerlukan indikator tambahan untuk menguatkan lagi signal dan setup yang terhasil. Selamat mencuba!

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.