“Ada 3 cara mencari buy signal dengan indikator Ichimoku Cloud”
Sumber: TradingView
Ichimoku Cloud merupakan trend-following system sama seperti indikator moving average (MA).
Indikator ini bukan sekadar mengukur harga saham sahaja, malah mampu menjangkakan pergerakan harga saham tersebut.
Bukan itu sahaja, ichimoku cloud ini juga boleh bertindak sebagai support dan resistance yang unik kepada pergerakan harga sesuatu saham.
Buat kebanyakan pelabur, indikator ini mungkin dilihat sedikit rumit untuk digunakan dalam aktiviti perdagangan harian.
Namun begitu, setelah anda tahu cara penggunaanya, indikator ini mampu memberikan signal yang anda cari selama ini sebagai seorang pelabur atau pedagang.
Artikel ini akan menerangkan cara penggunaan indikator ini dengan mudah dan ringkas agar pembaca mudah untuk faham dan boleh mengaplikasikannya dalam kajian saham harian.
Garisan-garisan Dalam Ichimoku Cloud Dan Cara Menggunakannya
- Conversion Line (Turning Line)
Conversion line ini adalah garisan jangka masa pendek (short-term line) yang juga dikenali sebagai turning line.
Fungsinya adalah sebagai support dan resistance untuk tempoh masa pendek dan sesuai kepada short-term investor atau scalper untuk menggunakan garisan ini.
Apabila harga sesuatu saham berada atas garisan conversion ini, ianya bermaksud short-term uptrend line sedang berlaku.
Begitu juga sebaliknya apabila harga berada dibawah conversion line ini, ianya membawa maksud berlakunya short-term downtrenline.
- Base Line (Confirmation Line)
Untuk Baseline ini, ianya bertindak sebagai garisan kepastian dan juga membentuk garisan support dan resistance untuk pelaburan jangka masa sederhana.
Ada juga pelabur menggunakan baseline ini sebagai trailing stop level dalam pelaburan mereka untuk menjual saham ini dalam tempoh masa tertentu mengikut signal muncul.
Sama seperti garisan conversion, apabila harga lebih tinggi daripada garisan base, ianya menandakan fasa uptrende untuk jangka masa sederhana sedang terbentuk.
Begitu juga sebaliknya apabila harga berada dibawah garisan base, ianya adalah tanda bahawa terbentuknya fasa downtrend untuk jangka masa sederhana.
- Lagging Span (Lagging Line)
Garisan yang ketiga ini pula dikenali sebagai Lagging Span atau dikenali juga sebagai lagging line.
Sama seperti baseline, ianya juga digunakan sebagai isyarat kepastian dan juga bertindak support dan resistance.
Berbeza dengan cara penggunaan conversion dan base line, lagging line ini apabila ianya berada di atas harga saham semasa.
Ini bermaksud harga terkini saham, adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya dan fasa bullish sedang terjadi.
Begitu juga apabila garisan lagging ini berada di bawah harga saham semasa, ianya menandakan bahawa harga semasa saham lebih rendah berbanding sebelumnya dan fasa bearish sedang terjadi.
- Kumo Cloud
Kumo cloud ini terbentuk daripada dua garisan yang berbeza dan ianya bertindak sebagai support dan resistance yang dinamik bergantung kepada reaksi harga saham di dalam carta.
“Semakin lama harga berada di atas atau di bawah cloud ini, semakin kuat fasa sesuatu trend itu terbentuk. Sama ada uptrend atau downtrend.”
Ketebalan cloud ini juga menandakan kekuatan support dan resistance terhadap pergerakan harga saham berkenaan.
Apabila ketebalan cloud semakin menipis, kekuatan support dan resistance juga semakin melemah.
Pelabur juga di nasihatkan untuk tidak sesekali trade apabila harga saham berada di dalam cloud ini.
Strategi Pelaburan Menggunakan Ichimoku Cloud
- Base Line & Conversion Line Crossover FIlter By Lagging Line
Salah satu signal belian yang kita boleh lihat menggunakan indikator Ichimoku Cloud ini adalah dengan melihat garis silang conversion(biru) dan garisan base(merah).
Apabila garisan conversion bersilang daripada bawah ke atas garisan base, maka itu adalah isyarat belian yang pertama daripada indikator Ichimoku cloud ini.
Untuk menguatkan lagi signal belian ini, kita gunakan garisan lagging sebagai kepastian.
Kita hanya akan membeli selepas garisan conversion bersilang dengan garisan base dan disokong dengan garisan lagging di atas harga semasa saham yang menandakan kecenderungan bullish sedang terjadi.
- Base Line & Conversion Line Crossover FIlter By Ichimoku Cloud
Sama seperti apa yang diterangkan di atas, isyarat belian adalah apabila garisan conversion bersilang dengan garisan base seperti gambar di atas.
Bezanya, kali ini silangan disokong dengan harga atas daripada Ichimoku cloud sebagai kepastian fasa uptrend yang kuat sedang terbentuk.
Namun begitu, jika silangan garisan conversion dan base terjadi dibawah inchimoku cloud, signal belian ini adalah signal yang lemah.
- Breakout Kumo Cloud
Kumo cloud bertindak sebagai support dan resistance yang dinamik, apabila harga sesuatu saham berjaya memecahkan kumo cloud seperti gambar di atas, ini menandakan fasa bullish yang kuat akan berlaku.
Cara ini lebih ringkas dan mudah digunakan oleh pelabur untuk mencari signal belian menggunakan indikator ichimoku cloud ini.
Baca: Cara Beli Saham Dengan Menggunakan Indikator Bollinger Band
Berikut merupakan antara cara penggunaan indikator ichimoku cloud dalam untuk membantu kita membuat kajian teknikal dalam carta saham.
Indikator ini kurang berkesan apabila pergerakan harga saham tersebut berada di fasa sideways dan potensi wujudnya isyarat palsu adalah tinggi pada fasa ini.
Sebagai pelabur yang bijak, kita tidak boleh sesekali mengabaikan kajian fundamental tentang syarikat untuk mengukuhkan keputusan pelaburan kita.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.




