fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis Indikator

Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI

in Indikator
A A
Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

RSI guna untuk lihat overbought dan oversold sesuatu saham saja ke?

Sumber:

Relative Strength Index yang juga dikenali sebagai RSI biasa digunakan sebagai penentu kepada overbought dan oversold sesuatu saham.

Baca: Apa Itu RSI (Relative Strength Index) Dan Cara Menggunakan Indikator RSI

Berkaitan

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo

Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya

Kami Dedahkan 4 Strategi Pelaburan Dengan Bollinger Band

Beli saham bila oversold, dan menjualnya semula bila overbought.

Penggunaan sebegini adalah kurang tepat kerana dengan hanya mengharapkan indikator RSI ini untuk menentukan overbought atau oversold, kebarangkian untuk gagal adalah lebih tinggi berbanding berjaya.

Penggunaan RSI ini perlu dilengkapi dengan beberapa perkara untuk meningkatkan keuntungan dalam setiap pembelian saham kita.

Mari kita lihat cara penggunaan RSI untuk membantu kita dalam membuat kajian saham pilihan kita.

Rahsia Penggunaan RSI Dalam Pelaburan Saham

Indikator RSI merupakan indikator yang sangat popular dan terbentuk mengikut perubahan semasa harga sesuatu saham.

Julat RSI ini bermula daripada 0 hingga 100 dan ianya dikatakan overbought melepasi paras melebihi 70 dan oversold apabila ianya berada di bawah paras 30.

Jika indikator ini digunakan untuk carta berdurasi terlalu pendek, bacaan RSI ini akan menjadi terlalu volatile dan akan kerap memberikan isyarat yang tidak tepat kepada pelabur.

Apabila keadaan pasaran sesuatu saham bergerak secara sideways, sebarang signal yang diberikan indikator ini tidak memberikan kepastian yang jelas untuk pelabur.

Sekiranya RSI ini digunakan pada waktu yang salah, indikator ini tidak akan dapat membantu para pelabur untuk meraih keuntungan dalam pelaburan saham.

Mari kita baca cara untuk menggunakan RSI ini dengan betul agar dapat membantu kita meraih keuntungan dalam pelaburan saham.

2 Cara Menggunakan RSI Dengan Berkesan

RSI sebenarnya mempunyai lebih daripada satu penggunaan. Jadi mari kita lihat 2 kegunaan utama RSI ini.

1.    Sebagai Penentu Overbought/Oversold

Indikator RSI ini sangat berguna untuk menentukan sesuatu saham itu sudah terlebih beli atau terlebih jual.

Tetapi jangan terpedaya dengan indikator RSI melebihi paras 70 mata (overbought) dan RSI rendah daripada paras 30 mata (oversold).

Harga pasaran tidak semestinya bertindak sebaik sahaja indikator ini menunjukkan terlebih beli atau terlebih jual.

Harga sesuatu saham itu boleh berada di atas paras overbought atau oversold untuk satu tempoh yang lama jika saham itu sedang berada di dalam fasa uptrend atau downtrend yang kuat.

Contohnya seperti carta di atas, jika pelabur menjual sebaik sahaja RSI mencecah paras melebihi 70 mata, pelabur akan terlepas untuk meraih keuntungan yang banyak.

Cara yang terbaik untuk menggunakan teknik overbought atau oversold dengan indikator RSI ini adalah menggabungkannya dengan garisan support dan resistance.

Apabila RSI berada di paras oversold dan harga saham itu menyentuh garisan support, harga saham berkenaan dijangka akan melantun semula ke atas seperti contoh di bawah.

Sama juga keadaannya apabila RSI menunjukkan overbought dan harga pasaran gagal melepasi garisan resistance yang ada. Harga saham berkenaan dijangka akan jatuh semula.

Carta di atas menunjukkan harga saham ini gagal untuk menembusi garisan resistance dan RSI juga menandakan keadaan overbought, harga saham ini akan jatuh ke bawah semula.

2.    Cari Isyarat Daripada RSI 50

Satu lagi cara pembelian menggunakan RSI ini adalah dengan membeli ketika RSI melepasi paras 50 seperti gambar di atas.

Apabila RSI berada di bawah paras 50 pula, ianya memberi isyarat jualan seperti carta di atas.

Dengan cara ini, kita boleh beranggapan bahawa RSI di atas 50 adalah uptrend manakala RSI di bawah 50 pula adalah downtrend.

Namun pelabur perlu berwaspada kerana cara ini hanya berkesan ketika pasaran sedang trending (uptrend/downtrend) yang kuat.

Jika pasaran berada di fasa mendatar (sideways), signal belian atau jualan yang diberikan adalah tidak tepat.

Kebaikan dan Keburukan Menggunakan RSI

Indikator ini memang sangat membantu ramai pelabur untuk meraih keuntungan yang optimum.

Ketika pasaran sedang berada di fasa uptrend yang kuat, isyarat belian daripada indikator ini dilihat sangat berkesan dalam memberikan signal belian yang baik.

Tetapi jika harga saham sedang berada di dalam fasa sideways, indikator ini tidak dapat membantu pelabur malah mungkin akan mengakibatkan kerugian.

RSI ini juga tidak sesuai untuk digunakan pada carta yang berdurasi pendek dan ianya lebih sesuai untuk digunakan pada carta yang berdurasi sederhana dan panjang.

Durasi yang sangat tidak sesuai untuk digunakan dengan RSI adalah timeframe yang lebih rendah daripada satu jam.

Timeframe yang sesuai untuk digunakan bersama RSI ini pula adalah yang berdurasi satu jam ke atas seperti satu hari atau satu minggu.

Artikel ini ditulis adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan sebagai saranan belian.

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Nak Miliki eBook Reversal Candlestick
Share889ShareSend

Related Posts

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo
Indikator

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo

3 years ago
Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya
Indikator

Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya

3 years ago
Kami Dedahkan 4 Strategi Pelaburan Dengan Bollinger Band
Indikator

Kami Dedahkan 4 Strategi Pelaburan Dengan Bollinger Band

4 years ago
Top 5 Signal Belian Daripada Indikator Yang Terbaik Untuk Pelabur
Indikator

Top 5 Signal Belian Daripada Indikator Yang Terbaik Untuk Pelabur

4 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In