Anda lebih berminat dengan kenderaan menggunakan petrol ataupun anda sudah bersedia untuk memiliki sebuah kenderaan elektrik? Atau anda belum lagi mengenali kenderaan elektrik?
Enjin petrol menggunakan enjin pembakaran dalaman yang berfungsi berasaskan nyalaan api menggunakan bahan api petrol. Kenderaan elektrik pula bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik.
Komponen dalam kenderaan elektrik berbeza dengan kenderaan konvensional yang sedia ada. Klik link di bawah untuk baca artikel berkenaan dengan komponen dalam kenderaan elektrik.
Baca juga : Kenali Komponen Dalam Kenderaan Elektrik
Sumber: Tesla
Jika di luar negara, nama Tesla tidak asing lagi sebagai pengeluar kenderaan elektrik terkemuka. Jenama dan kualiti kenderaan elektrik Tesla juga yang menyebabkan jenama tersebut menjadi pilihan pengguna. Selain Tesla, terdapat beberapa syarikat yang sudah mula menonjol dan menunjukkan potensi menjadi pesaing kepada Tesla.
Baca : 6 Syarikat Bakal Menjadi Pesaing Tesla
Untuk pengetahuan anda, ada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia turut terlibat dengan industri kenderaan elektrik. Majoritinya adalah dalam pengeluaran bateri kenderaan elektrik.
Ketahui syarikat yang terlibat di sini.
Baca : Syarikat Bursa Malaysia Yang Terlibat Dengan Industri Kenderaan Elektrik
Masa Depan Kenderaan Elektrik
Penerimaan kenderaan elektrik bukan semudah yang disangka. Pelbagai faktor perlu diambil kira agar semua pihak sama-sama mendapat manfaatnya.
Menurut Presiden Persatuan Automotif Malaysia(MAA), penerimaan pasaran untuk kenderaan elektrik akan bergantung kepada produk, harga mampu milik dan infrastruktur yang mencukupi, terutamanya melibatkan kemudahan pengecasan.
Sebenarnya kita sudah boleh melihat banyak kemudahan pengecasan di negara ini. Hampir semua negeri sudah mempunyai stesen pengecasan atau lokasi cas kereta elektrik. Walaubagaimanapun, sekiranya jumlah kenderaan elektrik sudah mula meningkat di atas jalan raya kita akan memerlukan lebih banyak stesen pengecasan di semua lokasi.
Pihak yang berkaitan perlu mempertimbangkan untuk menambah stesen pengecasan di seluruh negara. Senarai semasa stesen pengecasan di seluruh negara boleh didapati di sini.
Polisi kerajaan turut memainkan peranan penting agar pengeluar dan pemegang francais kenderaan boleh membuat perancangan. Pengeluar kenderaan sudah pastinya mengharapkan lebih banyak insentif untuk pemasangan tempatan, duti import dan duti eksais sifar, serta kos rendah bagi penyediaan infrastruktur pengecasan.
Di samping itu, menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Normah Osman berkata fokus kementerian kini adalah memperkenalkan lebih banyak bas berkuasa elektrik sepenuhnya atau hibrid. Memandangkan, sektor pengangkutan menyumbang kepada 30 peratus daripada gas rumah hijau, pengangkutan awam di negara ini akan beralih kepada jenis elektrik di masa hadapan.
Lebih ramai tenaga kerja berkemahiran yang diperlukan sekiranya Malaysia melihat industri kenderaan elektrik secara serius.
Sumber : Kosmo
Di peringkat serantau pula, China mendominasi industri EV di peringkat global. Pasaran China merupakan pasaran terbesar dunia sejak 2015 dan terus kukuh sejak itu. Menurut Kementerian Keselamatan Awam China, terdapat hampir 5 juta unit kenderaan elektrik berada di atas jalan raya setakat Disember 2020. Negara itu merupakan pembeli dan pengeluar terbesar kenderaan elektrik.
Lebih daripada 90% bas elektrik dan trak elektrik dunia digunakan di China. Daripada 3.24 juta kenderaan elektrik yang dijual di seluruh dunia, 1.33 juta unit adalah dijual di pasaran China.
Harga Kenderaan Elektrik
Berdasarkan carian kami di Carsome, terdapat beberapa model kenderaan beserta harga dikongsikan di laman sesawang tersebut.
1. Tesla Model 3
Harga Tesla Model 3 bermula serendah USD34,190 ataupun sekitar RM141,644.
Sumber: Carsome
2. Nissan Leaf
Harga Nissan Leaf di Malaysia adalah dalam lingkungan RM188,888.
Sumber: Carsome
3. BMW i3
Harga BMW i3 pula adalah sekitar RM280,000.
Sumber: Carsome
Bagaimana pandangan anda berkenaan dengan harga kenderaan elektrik? Adakah ianya mahal ataupun berpatutan? Sesetengah orang mungkin menganggap harganya agak tinggi tetapi boleh difahami mengapa harganya sangat tinggi. Ianya kerana model-model ini adalah keluaran syarikat terkemuka serta negara kita belum ada pengeluar kenderaan elektrik secara sepenuhnya.
Sama-sama kita berharap agar negara kita mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan kenderaan elektrik jenama tempatan suatu hari kelak.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?
Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet