• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

6 Syarikat Bakal Menjadi Pesaing Tesla

in Fundamental Analisis
A A
6 Syarikat Bakal Menjadi Pesaing Tesla
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Saham Tesla mahal sangat, ada pilihan lain?

Kenderaan elektrik kini merupakan satu fenomena baru yang dijangka bakal menguasai pasaran kenderaan di masa hadapan. Syarikat pengeluar kenderaan elektrik terkemuka dunia, Tesla Inc telah membuktikan kejayaan syarikat dalam industri kenderaan elektrik. 

Saham syarikat Tesla telah merekodkan kenaikan yang sangat banyak sehingga lebih daripada 400% sebelum saham ini membuat pecahan pada Ogos 2021 baru-baru ini. 

Peningkatan harga saham ini juga telah berjaya menaikkan nama pemiliknya menjadi orang terkaya di dunia pada tahun lepas sebelum data tersebut dikemas kini semula. 

Namun apa yang ramai tidak tahu, bukan hanya Tesla yang menceburi bidang kenderaan elektrik ini. Ada enam syarikat lain yang berada dalam industri yang sama mempunyai potensi besar untuk menjadi pesaing kepada syarikat Tesla ini. 

Mari kita lihat enam syarikat kenderaan elektrik yang bakal menguasai pasaran kenderaan elektrik suatu hari nanti. 

Li Auto (LI)

Sumber: Yincai Global

Salah satu pencabar terbaru Tesla adalah syarikat kenderaan daripada China yang dikenali sebagai Li Auto Inc. 

Syarikat ini telah diapungkan pada penghujung bulan Julai 2020 di pasaran Nasdaq pada harga USD11.50 dan pada hari pertama dagangan saham ini ditutup tinggi pada harga USD16.46, meningkat lebih daripada 40% daripada harga tawaran IPO nya. 

Pelabur dilihat sangat berminat dengan teknologi range-extending generator yang merupakan generator gasoline khas untuk mengecas model flagship SUV daripada Li yang membolehkan kenderaan ini bergerak dalam jarak 800 kilometer.

Kenderaan keluaran Li ini bukan kenderaan elektrik sepenuhnnya tetapi merupakan kenderaan Hybrid yang sangat sesuai dengan permintaan pengguna di China oleh sebab masih belum banyak stesen pengecas kenderaan di sana buat masa ini. 

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2015 dan dilihat sedang membangun dengan pesat di China dengan jualan lebih daripada 10,400 unit kenderaan sulungnya sejak dihasilkan pada November 2019. 

Dengan terbitan saham di Amerika Syarikat, Li Auto dilihat mempunyai lebih banyak modal untuk berkembang maju di masa hadapan. 

Harga saham Li Auto adalah sekitar USD30.00 seunit. 

Nio Inc (NIO)

Sumber: Pandaily

Nio Inc merupakan satu lagi syarikat pengeluar kenderaan elektrik daripada China yang mempunyai potensi sebagai pencabar kepada Tesla. 

Pada Ogos 2020, syarikat ini mengeluarkan satu kenyataan berani bahawa Nio akan memperkenalkan kenderaan yang dikuasakan dengan bateri tanpa sebarang bateri. 

Dalam kenderaan elektrik, bateri kenderaan itu merupakan komponen yang paling mahal berbanding komponen yang lain. Dengan menjual kenderaan elektrik tanpa bateri ini Nio boleh mengurangkan harga jualan kenderaan mereka sekitar 25% terutamanya untuk model ES6 SUV. 

Ini akan menjadikan syarikat ini mampu berdaya saing dengan syarikat kenderaan elektrik yang lain. Kejayaan sistem daripada syarikat dengan 143 stesen pengeas di China, masa depan Nio dalam industri ini dilihat sangat cerah. Pada suku tahun kedua tahun lepas, penjualan kenderaan syarikat ini melonjak kepada 146%.

Harga saham Nio adalah sekitar USD39.00 seunit. 

Nikola Corp (NKLA)

Sumber: Auto Futures

Nikola Inc mempunyai teknologi kenderaan elektrik yang asli daripada syarikat ini sendiri. Teknologi menggabungkan bateri elektrik dengan sel bahan bakar hidrogen.

Dengan teknologi ini, kenderaan Nikola yang dipacu dua tenaga ini mampu bergerak sejauh 960 kilometer dalam satu cas sahaja. Ianya merupakan persaingan yang kuat dengan kenderaan elektrik jenama lain. 

Namun Nikola Corp lebih fokus kepada kenderaan berat seperti trak yang dikuasai oleh elektrik sepenuhnya mula memasuki pasaran pada 2021 dan kenderaan hybrid antara elektrik dan bahan bakar hidrogen pula dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023.

Nikola telah menandatangani untuk membekalkan sebanyak 800 trak kepada Anheuser-Busch InBev untuk merealisasikan penghantaran bir dengan sifar pelepasan karbon dalam negara. 

Harga saham syarikat ini sekitar USD11 seunit. 

Workhorse Group (WKHS)

Sumber: FreightWaves

Bukan hanya Nikola yang fokus kepada kenderaan elektrik komersial, Workhorse juga merupakan salah satu syarikat yang mengeluarkan kendaraan elektrik untuk kegunaan komersial. 

Workhorse telah mengeluarkan van elektrik yang fokus kepada syarikat penghantaran dilihat membuahkan hasil setakat hari ini. 

Syarikat ini telah menerima tempahan van sebanyak 950 unit daripada syarikat penghantaran United Parcel Service pada tahun 2018. 

Workhorse masih merupakan syarikat yang kecil dan hanya menghasilkan 300 hingga 400 unit kenderaan pada tahun 2020. Namun, peluang untuk syarikat ini berkembang adalah sangat besar. 

Harga saham Workhorse pula adalah sekitar USD9.70 seunit. 

Canoo Holdings (CNOO)

Sumber: Car and Driver

Canoo pula merupakan satu lagi syarikat yang terlibat dalam industri kenderaan elektrik yang mempunyai business model yang unik berbanding yang lain.  

Kenderaan ini tidak akan dijual ataupun disewa, tetapi kenderaan elektrik daripada syarikat ini membuat pelan langganan kepada pemandu untuk memandu kenderaan elektrik Canoo. 

Syarikat ini menumpukan golongan professional muda untuk melanggan perkhidmatan mereka ini disamping menjana pendapatan dengan cara lain. 

Canoo telah bekerja sama dengan Hyundai dan Kia untuk menghasilkan kenderaan elektrik dengan kos yang rendah untuk membuatkan jenama Canoo mampu bersaing dengan jenama-jenama lain.

Harga saham Canoo adalah sekitar USD7.60 seunit. 

Lordstown Motors (RIDE)

Sumber: The Verge

Lordstown Motors dimiliki sebanyak 10% oleh Workhorse dan syarikat ini fokus kepada pengeluaran pickup truck elektrik di pasaran bermula 2021. 

Produk daripada syarikat ini akan akan menumpukan kepada pemilik perniagaan berbanding kepada pengguna biasa. 

Dengan fokus kepada pengeluaran pacuan empat roda elektrik, syarikat ini dilihat mempunyai masa depan dalam industri kenderaan elektrik walaupun akan bersaing dengan nama-nama gergasi seperti Tesla. 

Harga saham syarikat ini adalah sekitar USD5.8 seunit. 

Baca: Apa beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq? 

Kesemua saham syarikat diatas ini adalah saham yang patuh syariah menurut saringan daripada Islamicly. 

Dunia dilihat ke arah teknologi moden, bagaimana pula dengan perancangan pelaburan saham anda? 

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Share524ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In