fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

in Hebahan
A A
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) —  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memperluaskan kategori pelabur sofistikated sebagai langkah meningkatkan kebolehcapaian pasaran modal.

SC dalam satu kenyataan hari ini berkata garis panduan kategori pelabur sofistikated baharu yang berkuat kuasa hari ini, mengukuhkan komitmen SC untuk mengekalkan daya saing dan kerancakan pasaran modal, sambil menggalakkan penyertaan pelabur yang lebih ramai. 

Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata perkembangan pasaran modal Malaysia yang sofistikated semakin meningkat, lanjutan daripada ini, ia telah menghasilkan keperluan pembiayaan dan selera risiko pelaburan yang berbeza-beza. 

“Kriteria pelabur sofistikated telah diperluaskan untuk mengambil kira lebih ramai individu yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan kestabilan pasaran,” katanya. 

 “Pada tahun 2023, pasaran modal domestik meningkat kepada RM3.8 trilion daripada RM3.6 trilion pada tahun sebelumnya. 

“Ini memberikan peluang besar kepada pasaran untuk menarik pangkalan pelabur di serantau yang lebih pelbagai dan menggalakkan aliran modal yang lebih besar ke dalam produk dan segmen pasaran yang canggih,” katanya.

Menurut SC, ciri utama peluasan tersebut termasuk kategori baharu yang mengambil kira pengetahuan dan pengalaman pelabur sofistikated. 

Selain itu, penambahbaikan kepada kategori semasa juga dilaksanakan, yang membolehkan fleksibiliti ambang kewangan sedia ada untuk individu bernilai bersih tinggi, katanya.

Kategori ‘pengetahuan dan pengalaman’ baharu akan memberi manfaat kepada individu yang tidak memenuhi kriteria kewangan tetapi dapat menunjukkan pengetahuan kewangan secara sofistikated bagi mengambil bahagian dalam tawaran pasaran yang berkaitan. 

” Kategori ini menilai pelabur berpotensi berdasarkan pendidikan mereka, keahlian dalam persatuan kewangan yang diiktiraf, dan pengalaman praktikal dalam sektor berkaitan seperti perbankan, pasaran modal atau insurans,” kata SC.

Satu lagi perubahan penting ialah kemasukan nilai kediaman utama pelabur, sehingga had RM1 juta dalam menilai kelayakan mereka sebagai pelabur sofistikated. 

Takrifan akaun bersama juga diperluaskan untuk menggabungkan akaun dengan pasangan atau anak termasuk jumlah pendapatan tahunan bersama bersih dan portfolio pelaburan.

Peluasan ini akan lebih menggambarkan status kewangan kolektif keluarga dan potensi pelaburan, katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiapelabur sofistikatedSuruhanjaya Sekuriti
Share301ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

4 months ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

1 year ago
Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal
Hebahan

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In