• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Kenali Komponen Dalam Kenderaan Elektrik

in Asas Saham, Saham Global
A A
Kenali Komponen Dalam Kenderaan Elektrik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Saban tahun kita melihat semakin banyak kenderaan yang bergerak di atas jalan raya. Ini memberi petanda bahawa rakyat negara ini semakin mampu memiliki kenderaan dan hakikatnya kenderaan kini menjadi satu keperluan untuk membolehkan kita bergerak ke tempat kerja.

Semakin banyak kenderaan di atas jalan raya bermakna pelepasan karbon dioksida oleh kenderaan turut meningkat. 

Pelepasan karbon daripada kenderaan bermotor boleh menyebabkan pemanasan global serta mengakibatkan paras suhu bumi meningkat seterusnya memberi kesan terhadap perubahan iklim. 

Melihat situasi ini, banyak negara maju telah mula mengorak langkah ke arah penggunaan kenderaan elektrik bagi mengurangkan pelepasan karbon. Apa itu kenderaan elektrik dan bagaimana ia berfungsi?

Apa Itu Kenderaan Elektrik?

Ramai yang mungkin keliru kenderaan elektrik dan kenderaan hibrid. Kenderaan elektrik dan kenderaan hibrid adalah dua kenderaan yang berbeza. 

Kenderaan hibrid tetap menggunakan petrol sebagai bahan api sama seperti enjin kenderaan yang lain. Namun, kenderaan hibrid mempunyai sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik. Dalam operasi sistem hibrid, terdapat dua enjin yang digunakan. 

Enjin utama kenderaan hibrid adalah enjin minyak petrol dan pada waktu tertentu motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk menjimatkan penggunaan minyak. 

Kenderaan elektrik atau electric vehicle (EV) bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik. Bateri kenderaan elektrik tersebut dicaj untuk memberi pergerakan putaran pada enjin, bagi menggerakkan kenderaan. 

Sumber: Kia

Komponen – Komponen Utama Dalam Kenderaan Elektrik

Seperti yang diketahui, kenderaan elektrik menggunakan elektrik dari bateri untuk menghidupkan motor lalu menjana kuasa yang diperlukan untuk menggerakkan kenderaan. 

Sumber : Hyundai Motor Group

Menurut maklumat yang diperoleh daripada Hyundai Motor Group, komponen utama kenderaan elektrik boleh dipecahkan kepada 5 komponen utama iaitu :

  1. Motor
  2. Reducer
  3. Battery
  4. On-board charger
  5. Electric Power Control Unit

Motor

Motor kenderaan elektrik dihidupkan dengan elektrik daripada bateri kereta dan menggerakkan kenderaan. Motor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik yang menggerakkan roda. 

Tahukah anda kenderaan elektrik tidak mempunyai enjin?

Sumber: Kia

Kelebihan menggunakan motor jika dibandingkan dengan enjin adalah pengurangan bunyi dan getaran. Sebab itulah pengguna kenderaan elektrik akan berpendapat kenderaan elektrik adalah lebih senyap dan selesa. 

Disebabkan komponen dalam kenderaan elektrik lebih sedikit, maka ia tidak memerlukan penyelenggaraan secara berkala seperti kenderaan biasa.

Reducer

Mengurangkan putaran setiap minit (RPM) motor untuk menjana daya kekuatan yang diperlukan. 

Battery

Menyimpan tenaga elektrik.

On-Board Charger

Menukar arus AC kepada arus DC.

Electric Power Control Unit

EPC unit ialah peranti efisien yang mengawal aliran kuasa elektrik di dalam kenderaan. Ia terdiri daripada Inverter, Low Voltage DC-DC Converter (LDC) dan Vehicle Control Unit (VCU). 

Inverter

Menukar arus DC daripada bateri kepada arus AC dan bekalkan elektrik kepada motor.

Low Voltage DC-DC Converter (LDC)

Menukar voltan tinggi daripada bateri kepada voltan rendah dan bekalkan kepada sistem elektronik kenderaan.

Vehicle Control Unit (VCU)

Memantau dan mengawal mekanisme kawalan kuasa kenderaan.

Kita telah pun berkenalan dengan komponen-komponen dalam kenderaan elektrik. Adakah anda salah seorang pemilik kenderaan elektrik dan mungkin anda bercadang untuk membeli kenderaan elektrik? 

Malaysia perlu bersedia untuk menerima kehadiran kenderaan elektrik yang secara tidak langsung akan mengurangkan pencemaran udara serta membawa industri automotif ke satu tahap yang lebih tinggi. Nantikan artikel yang seterusnya dan kami akan kongsikan maklumat berkaitan industri kenderaan elektrik di dalam dan luar negara.

Panduan Freemium:

  • Pelaburan Saham Kenderaan Elektrik Ibarat Memutar Roda Impian
  • Foxconn Melancarkan Kereta Konsep Elektrik Pertamanya

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Tags: EV
Share1535ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In