• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Syarikat Bursa Malaysia Yang Terlibat Dengan Industri Kenderaan Elektrik

in Hebahan
A A
Syarikat Bursa Malaysia Yang Terlibat Dengan Industri Kenderaan Elektrik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

Rakyat Malaysia belum lagi didedahkan secara meluas dengan penggunaan kenderaan elektrik. Jika dibandingkan dengan negara luar, mereka mempunyai beberapa pengeluar kenderaan elektrik yang terkenal seperti Tesla, Nio, Nissan, General Motors dan banyak lagi.

Sebenarnya kos penyelenggaraan kenderaan elektrik adalah lebih rendah daripada kenderaan konvensional. Malah, kenderaan elektrik turut tidak mencemarkan udara di samping boleh menggunakan tenaga boleh diperbaharui untuk mengecas kenderaan. 

Tahukah anda Tesla merupakan syarikat pengeluar kenderaan elektrik dengan jualan tertinggi bagi tahun 2020?

Tesla berjaya menjual hampir 500 ribu unit pada tahun lepas lalu menjadikan jumlah jualan tersebut merangkumi 16% daripada jumlah jualan seluruh dunia. 

Sumber: Statista

Tanpa kita ketahui sebenarnya syarikat-syarikat di Malaysia turut mempunyai peranan dalam penghasilan kenderaan elektrik di seluruh dunia. Meskipun kita bukanlah pengguna kenderaan elektrik, tetapi terdapat beberapa syarikat di Malaysia merupakan pengeluar komponen dalam kenderaan elektrik. Masih ingat dengan artikel yang dikeluarkan sebelum ini? Kami telah berkongsi artikel berkenaan dengan komponen-komponen dalam kenderaan elektrik. 

Baca : Kenali Komponen Dalam Kenderaan Elektrik

Syarikat Yang Terlibat Dalam Industri Pembuatan Komponen Kenderaan Elektrik

1. Greatech Technology Berhad (Greatec)

Sumber: The Star

Greatech Technology Berhad melalui unitnya Greatech Integration (USA) Inc telah bekerjasama dengan syarikat yang berpangkalan di Amerika iaitu Atlis Motor Vehicles untuk membantu mengembangkan barisan pemasangan pek bateri kenderaan elektrik di ibu pejabatnya yang terletak di Arizona.

Melalui kerjasama tersebut, kumpulan Greatec akan menjadi rakan strategik ATLIS untuk barisan pengeluaran & pemasangan pek bateri dan akan membekalkan semua bahagian, peralatan serta mesin yang diperlukan ATLIS. 

Nak tahu lebih mendalam mengenai Greatec?

Baca : 5 Fakta Menarik Tentang Saham Greatec, The Great

2. Genetec Technology Berhad (Genetec)

Sumber: Genetec

Teras perniagaan Genetec adalah rekabentuk dan pengeluaran sistem automasi. Produk dan perkhidmatan syarikat tersebut merangkumi pelbagai industri yang tertumpu kepada kenderaan elektrik, pemacu cakera keras, dan industri elektronik.

Genetec berjaya memperoleh tempahan bernilai RM59.5 juta daripada pelanggan sedia ada dan baharu. Daripada jumlah tersebut, 97.3% ataupun RM57.9 juta adalah daripada segmen industri kenderaan elektrik dan bateri.

Sumber: Genetec bags RM59.50mil contract for EV battery, semiconductor

Menurut Genetec, tempoh setiap projek biasanya memakan masa selama 3 hingga 9 bulan bergantung kepada saiz tempahan dan tempoh masa yang ditetapkan pelanggan.

Tempahan ini dijangka menyumbang kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2022.

Tempahan ini juga dijangka tidak akan memberi kesan ke atas aset bersih sesaham syarikat untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2021. Perolehan syarikat ini sebahagian besar disumbang oleh tempahan dari pasaran luar negara seperti Eropah, China dan Thailand. 

Saham Genetec laris bak goreng pisang semenjak situasi tersebut. 

3. D&O Green Technologies Berhad (D&O)

D&O Green Technologies Berhad (D&O) merupakan pengeluar LED yang menawarkan penyelesaian inovatif serta berprestasi tinggi kepada pengeluar kenderaan seluruh dunia.

Ditubuhkan pada tahun 2000, D&O telah berkembang ke seluruh dunia dengan memiliki pusat reka bentuknya yang terletak di Eropah, Amerika, China, Jepun, Korea Selatan dan India untuk menyediakan khidmat jualan serta sokongan teknikal. 

Menurut pengarah urusan D&O Tay Kheng Chiong, industri automotif masih mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat. Pengeluar kenderaan kini sedang beralih daripada kenderaan konvensional kepada hibrid dan elektrik. 

Semakin kompleks dan berteknologi tinggi sesebuah kenderaan,semakin banyak sensors dan LED yang diperlukan. Ini bermakna permintaan terhadap LED yang dihasilkan D&O turut meningkat.

4. JHM Consolidation Berhad (JHM)

Sumber: The Star

Sama seperti D&O, JHM juga merupakan sebuah syarikat pengeluar produk pencahayaan automotif. JHM Consolidation mempunyai rancangan untuk menerokai segmen pemasangan pek bateri bagi kenderaan elektrik. Syarikat belum lagi terlibat dalam segmen ini, tetapi mempunyai perancangan di masa hadapan.

Kerjasama dengan Geely baru-baru ini untuk membekalkan LED dan sistem audio video navigation (AVN) akan membuka peluang untuk menerokai segmen ini. Geely mempunyai beberapa model kenderaan elektrik dan oleh itu, JHM berharap untuk turut diberi peluang untuk memasang pek bateri di masa akan datang. 

5. KESM Industries Berhad (KESM)

Sumber: KESM

KESM adalah syarikat yang menyediakan electronic manufacturing services (EMS) kepada pelanggannya. 

Melihat kepada potensi besar dalam segmen kenderaan elektrik, KESM Industries Berhad mengembangkan kapasiti pembuatan semikonduktor automotif untuk memenuhi permintaan kenderaan elektrik di masa hadapan. 

Pada awal tahun 2021, KESM telah mengumumkan pelaburan syarikat dalam kilang di Melaka untuk menyokong pertumbuhan semikonduktor dalam industri automotif. 

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Tags: EV
Share1976ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In