“Aku busy, tak ada masa nak monitor saham selalu”
Tahukah anda, majoriti besar pelabur yang terlibat dalam dunia pelaburan saham give up dan tinggalkan dunia pelaburan saham kerana:
- Kerap rugi
- Tiada masa
- Tiada mentor
- Tiada bimbingan

Alasan yang paling popular adalah tiada kelapangan masa untuk memantau prestasi saham setiap masa.
Sebenarnya untuk berjaya dalam dunia pelaburan saham ini, kita tidak perlu mendedikasikan masa dan tenaga yang banyak untuk meraih keuntungan dalam dunia pelaburan saham ini.
Contohnya kita lihat seorang ahli perniagaan berjaya seperti Norizam atau lebih dikenali sebagai Zam Saham.
Sumber: Astro
Beliau memiliki kelab bola sepak The Red Warriors dan juga terlibat secara serius dalam perniagaan makanan, perhotelan dan pelbagai lagi.
Namun begitu, kesibukan tugas harian beliau tidak menghalang beliau untuk meraih pulangan yang lumayan dalam dunia pelaburan saham ini.
Untuk rekod, 90% daripada pelabur saham di Malaysia merupakan part time trader yang lebih sinonim dengan gelaran swing trader.
Ini yang kita kenali sebagai teknik swing yang sangat sesuai dengan golongan full time worker dan part time trader seperti kita.
Apa yang kita perlu buat hanyalah “Buy, Hold, Sell dan Repeat”.

Akan tetapi, teknik swing tidak semudah yang disangka. Anda perlu mempunyai:
- Ilmu yang mampan
- Pengalaman yang cukup
- Mentor yang akan membimbing kita dalam dunia pelaburan saham.
Dengan ilmu dan mentor, kita dapat singkatkan masa pembelajaran yang memakan masa bertahun lamanya menjadi beberapa bulan sahaja.
Dengan ilmu pelaburan yang betul juga akan membantu kita untuk memilih saham-saham yang sesuai terutamanya dari segi risiko, harga dan pelbagai lagi.
Jom kita tengo 4 perkara penting yang diperlukan untuk menjadi seorang swing trader yang berjaya.
1. Perlu Mempunyai Matlamat Yang Jelas
Untuk berjaya dalam apa jua perkara dalam kehidupan seharian kita, matlamat dan objektif yang betul.
Begitu juga untuk menjadi seorang swing trader yang berjaya, kita perlu mempunyai matlamat pelaburan yang jelas.
Contoh matlamat yang jelas adalah :-
- Berapa % margin keuntungan yang anda hendak capai?
- Bilakah waktunya untuk keluar dari pasaran?
- Jumlah nisbah kerugian yang perlu anda elak?
- Modal yang perlu anda habiskan untuk mendapat sejumlah keuntungan
Sebelum mula melabur, kita perlu tahu berapa anggaran pulangan yang kita harapkan dalam satu tempoh masa.
Contohnya, seminggu, sebulan dan juga setahun.
2. Melabur Di Syarikat Yang Mempunyai Fundamental Yang Bagus
Untuk melabur dengan tenang, kita perlu mencari syarikat yang mempunyai fundamental dan arah tuju yang kukuh.
Kita juga perlu tahu serba sedikit cara untuk membaca penyata kewangan syarikat untuk mengetahui kesihatan kewangan dan hala tuju syarikat tersebut.
Baca: Bagaimana Cara Membaca Income Statement
Selain itu, kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan syarikat dengan membaca Penyata Kewangan (quarter report) yang diumumkan setiap empat kali setahun.
Ini bertujuan agar kita sentiasa tahu arah tuju syarikat di masa hadapan.
Bukan itu sahaja, setiap kali musim laporan penyata kewangan diumumkan, ianya merupakan saat yang sangat tidak menentu pada pasaran saham.
Baca: Kenapa Pelabur Perlu Berhati-hati Ketika Musim Penyata Kewangan Diumumkan?
Ini kerana, keputusan para pelabur akan berubah sebaik sahaja menilai dan membaca unjuran masa depan syarikat yang diumumkan oleh syarikat.
3. Perlu Kuasai Ilmu Teknikal Analisis
Bukan itu sahaja, ilmu teknikal juga penting dalam dunia pelaburan saham ini untuk kita tahu waktu yang terbaik untuk membeli dan menjual sesuatu saham.
Ilmu teknikal ini juga sangat meluas dan sangat banyak indikator yang telah dicipta oleh para penyelidik untuk membantu pelabur membuat keputusan dalam pelaburan mereka.
Persoalannya, indikator apa yang paling bagus untuk digunakan?
Ilmu teknikal analisis ini sangat bergantung kepada kebarangkalian sesuatu perkara untuk terjadi berdasarkan data-data terdahulu.
Oleh itu, pelabur biasanya akan mengambil masa untuk mahir membuat analisa teknikal ini.
Ramai pelabur menjadi mahir disebabkan latihan yang berterusan disamping mempunyai bimbingan daripada mentor yang berpengalaman dalam dunia pelaburan saham.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ni?
4. Tahu Kriteria Kaunter Untuk Swing
Antara ciri-ciri lain kaunter saham yang sesuai untuk dipegang dalam tempoh masa tertentu adalah syarikat yang mempunyai ciri-ciri seperti:
- Prospek syarikat yang menyakinkan
- Pertumbuhan pendapatan yang kukuh
- Syarikat yang berada dalam sektor evergreen
Baca: Sektor Teknologi, Sektor yang Evergreen Dan Sesuai Sepanjang Zaman
Saham-saham syarikat yang mempunyai ciri-ciri di atas biasanya lebih stabil dari segi pergerakan harga sahamnya dan jual perniagaan harian syarikat itu tersendiri.
Rumusan
Sebagai seorang pelabur, apabila kita membeli sesuatu saham sebenarnya kita menjadi rakan niaga kepada syarikat tersebut.
Jika kita mempunyai ilmu yang cukup, cara yang betul dan bimbingan yang betul, tiada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya dalam dunia pelaburan saham ini.
Alasan tiada masa untuk monitor saham ini juga tidak wujud jika kita tahu apa yang perlu dilakukan sebagai pelabur separuh masa ini.
Saham ini adalah untuk semua, bukan hanya untuk mereka yang kaya, bukan hanya untuk mereka yang banyak masa, bukan juga hanya untuk mereka yang memiliki sarjana muda.
Untuk anda yang sedang kerja makan gaji, teruskan bekerja dan belajar cara buat duit tambahan dengan menjadi seorang Swing Trader!
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




