Pernah tak kita dengar tarikh-tarikh yang kita perlu berhati-hati dalam pasaran saham sebelum ini? Tarikh-tarikh ini selalu sangat dipesan oleh sifu-sifu saham seperti Haji Asri semasa sesi live beliau setiap pagi di page beliau.
Apakah tarikh-tarikh yang kita perlu bersikap lebih berhati-hati di dalam pasaran yang disebutkan itu?
Tarikh tersebut adalah tarikh di mana syarikat mengumumkan penyata kewangan mereka untuk setiap suku tahunan.
Apabila sesebuah syarikat menjadi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia, syarikat tersebut wajib untuk melaporkan penyata kewangan mereka untuk setiap suku kepada Bursa Malaysia.
Penyata kewangan ini pula boleh didapati menggunakan laman web Bursa Malaysia atau pihak ketiga seperti KLSE Screener dan juga Malaysiastock.biz.
Di Bursa Malaysia, terdapat lebih daripada 900 buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kebiasaanya penyata kewangan setiap suku tahunan biasanya akan dikeluarkan pada bulan-bulanseperti berikut:
1) Februari : Untuk penyata kewangan tahunan yang penuh
2) April: Untuk penyata kewangan suku tahunan pertama
3) Julai: Untuk penyata kewangan suku tahunan kedua
4) Oktober: Untuk penyata kewangan suku tahunan ketiga
Jadi kenapa pelabur perlu berhati-hati apabila tarikh keputusan kewangan syarikat diumumkan ni?
Mari kita lihat antara sebab utama kenapa pelabur perlu bersikap berhati-hati ketika tarikh-tarikh ini diumumkan.
Potensi Harga Saham Untuk Jatuh Tinggi
Setiap kali syarikat mengumumkan penyata kewangan mereka untuk setiap suku, ianya bagai menantikan keputusan cabutan bertuah dalam sesuatu peraduan.
Jika kita bertuah, kita akan pulang dengan hadiah tetapi jika tidak kita hanya akan pulang dengan tangan kosong.
Untuk penyata kewangan syarikat ini pula, jika syarikat mengumumkan pertumbuhan pendapatan yang bagus, kemungkinan harga saham yang kita pegang akan naik dan mengukir senyuman di pipi.
Namun jika keputusan kewangan tersebut menunjukan pertumbuhan yang merosot, bukan sahaja kita pulang dengan tangan kosong tetapi ianya boleh menyebabkan kerugian.
Sumber: KLSE Screener
Berdasarkan imej di atas, syarikat ini mengumumkan laporan kewangan syarikat yang positif, harga saham syarikat ini terus membuat kenaikan.
Untuk dua laporan kewangan yang terkini, walaupun syarikat masih mampu menjana keuntungan, namun pertumbuhan pendapatan syarikat merosot dan ianya telah menyebakan harga saham ini membuat gap down yang sangat ketara.
Cuba bayangkan perasan kita yang baru beli saham ini sehari sebelum laporan kewangan syarikat ini dikeluarkan?
Sumber: KLSE Screener
Isu yang sama berlaku ke atas saham AirAsia yang merupakan di antara yang terkesan teruk akibat pendemik yang melanda dunia.
Syarikat ini mencatatkan kerugian lebih daripada RM800.00 juta pada suku tahun pertama tahun 2020.
Harga saham syarikat ini jatuh dan membuat gap down selepas penyata kewangan syarikat ini diumumkan. Jika kita masih memegang saham ini sehari sebelum laporan kewangan ini diumumkan, pasti terganggu emosi kita melihat kerugian yang banyak dalam masa yang singkat.
Sumber: KLSE Screener
Berbeza pula dengan syarikat sarung tangan gergasi dunia seperti Top Glove. Pada 6 November 2020, syarikat ini telah mengumumkan peningkatkan pendapatan lebih daripada RM3.0 bilion dan pertumbuhan pendapatan lebih daripada 1,600% untuk suku tahun ke empat tahun 2020.
Akan tetapi, harga sahamnya jatuh dengan ketara sehinga hampir membentuk marubozu merah sebaik sahaja laporan kewangan syarikat diumumkan. Namun tidak semua kes terjadinya seperti ini.
Ianya hanya sekadar contoh dan semoga menjadi peringatan kepada kita untuk lebih berhati-hati ketika musim laporan kewangan diumumkan ini kerana emosi pasaran sangat sukar untuk diramal.
Banyak lagi perkara yang kita perlu tahu agar tidak menjadi mangsa kerugian dalam pelaburan saham ini.
Bagi kita yang masih baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan ini, sebaiknya untuk kita mencari ilmu dan mentor sebelum memulakan perjalanan dalam pelaburan saham.
Masih belum terlambat untuk belajar. Jika masih mencari kelas pelaburan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif, kami boleh bantu.
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Kini dilancarkan,
WEBINAR SENANG SAHAM 2.0 bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur
&
Tuan Iqbal Ilias
Technical Analyst (MSTA / CFTe)
#Hari 1 : 27 Februari 2021
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 28 Februari 2021
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 1 Mac 2021
Isnin, 9 pagi – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Kita belajar slow slow dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham
Kenapa SENANG SAHAM?
Sebab saham ni dia senang untung dan senang rugi. Lepas belajar 3 hari nanti bukan kata boleh terus pandai. Benda ni perlu praktis. Sekurang-kurangnya tuan-tuan dah ada ilmunya. Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.
Kita akan belajar deep…
FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Nak invest untuk long term?
Kami tunjukkan.
Nak trade untuk cari duit tepi?
Kami tunjukkan.
Nak beli saham sejam dua lepas tu jual?
Juga kami tunjukkan.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham