fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Pengalaman Saham

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

in Pengalaman Saham, Saham
A A
Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

“ Too good to be true, sah-sah scammer!”

Jika kita dengar pelaburan yang memberikan keuntungan sehinga beratus-ratus peratus (%), apa yang kita akan buat? Lari jauh-jauh atau terus sertai melabur sama? Hakikatnya masyarakat kita hari ini masih mudah diperdaya dengan pelaburan yang mudah tapi untung banyak. 

Orang kita jika melabur yang susah-susah sedikit, dia kata tiada masa. Tapi pelaburan yang mudah dan untung besar terus masuk tanpa periksa. Sudahnya duit yang dikumpul lama hilang begitu sahaja. Kesian. 

Tapi wujud atau tidak pelaburan yang boleh memberikan keuntungan lebih daripada 100% dalam tempoh setahun atau kurang? 

Jom kita lihat saham-saham global yang memberikan keuntungan lebih 100% dalam tempoh masa kurang daripada setahun. 

Saham META Beri Pulangan Lebih 173% Dalam Tempoh Kurang Setahun

Sumber: TradingView

Meta Platform Inc atau dulunya dikenali sebagai Facebook bermula dengan harga sekitar US$122 pada awal Januari 2023. Setakat 15 Disember 2023, harga saham ini telah mencecah sehingga US$334 seunit. 

Kenaikan sebanyak 173% dalam tempoh kurang daripada setahun. Jika melabur US$1,000, setahun kemudian berganda menjadi sekitar USD2,700. 

Tapi sayang, pelaburan yang menjanjikan 3% sebulan juga yang kita percaya. 

Saham AMD Beri Pulangan Lebih 110% Dalam Tempoh Kurang Setahun

Sumber: TradingView

Saham AMD pula bermula pada harga sekitar US$66 sahaja pada awal tahun 2023. Pada 15 Disember 2023, harga saham ini telah mencecah sehingga US$139 seunit. Kenaikan sekitar 110% dalam tempoh kurang setahun. 

Jika melabur US$1,000, kini jumlah dagangan digandakan menjadi sekitar USD2,100. Beli dan tunggu sahaja.

Namun, pelaburan leverage emas juga kita kejarkan. Entah faham ke tidak, masuk dulu menyesal kemudian.

Saham NVIDIA Beri Pulangan Lebih 230% Dalam Tempoh Kurang Setahun

Sumber: TradingView

Satu lagi jenama hebat, NVIDIA. Harga saham ini bermula pada paras US$171 seunit pada 3 Januari 2023. Harga saham ini pada 15 Disember telah mencecah ke paras US$488 seunit. Saham ini juga pernah mencecah sehingga US$500 seunit. Naik lebih 230% dalam tempoh kurang setahun. 

Jika melabur US$1,000, hujung tahun dapat lebih US$3,000 seunit. Hebat betul.

Tapi apa kan daya, pelaburan kripto palsu juga yang kita nak percaya. Kripto itu entah apa tak tahu, yang penting nama platform gempak. Daripada Gigamax terus jadi “gigil mat”!

Pelaburan Perlukan Ilmu, Keuntungan Tidak Jatuh Mengolek

Bangun dan sedarlah semua, pelaburan yang mudah, keuntungannya rendah.

Pelaburan yang sukar, keuntungannya tinggi jika pandai. Seperti saham tempatan atau global. 

Pelaburan mudah dan memberikan keuntungan tinggi tidak wujud! Jika ada semua itu dusta. 

Sedarlah dan jangan tertipu lagi.

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Tags: MetaWall Street
Share328ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In