“Rugi secara keseluruhan hanya sekitar 6% sahaja ketika pasaran bergelora”
Tak dinafikan pasaran saham baik dalam dan luar negara mengalami fasa menurun dan memang susah nak buat duit waktu pasaran bearish ni.
Siapa yang konsisten buat duit ketika pasaran begini, memang Bang Din tabik! Betul-betul super trader!
Bang Din buat masa ini tak berani nak trade saham banyak-banyak sebab ilmu yang Bang Din ada sekarang ini melarang Bang Din untuk melawan arus pasaran.
Tambah risau bila Bang Din tahu sahabat trader Bang Din yang dulu boleh gandakan modal daripada RM20,000 kepada RM100,000, tapi sekarang modal dia tadi tinggal RM5,000 sahaja.
Memang shadu Bang Din dengar cerita sahabat baik Bang Din itu. Katanya kesilapan dia adalah dia cuba melawan arus pasaran. Bila dah rugi, nak trade lagi untuk cover rugi sebelumnya, ruginya bertambah dan bertambah sehingga hilang hampir 90% modal pelaburan dia.
Akhirnya sahabat Bang Din ini akui bahawa bagus mana pun ilmu teknikal dia, fundamental syarikat sangat penting dalam pelaburan saham ini.
Yang Bang Din tabik pada sahabat Bang Din ini, dia tidak give up dan dia sudah mula melabur semula dengan membeli saham yang ada fundamental.
Bang Din Rugi Juga, Tapi Kurang Daripada 10%
Okay, Bang Din bukan nak kata Bang Din hebat sangat, Bang Din pun rugi juga sekarang. Cuma kerugian Bang Din masih dalam kawalan dan memang Bang Din dalam invest jangka masa panjang je sekarang.
Kalau pembaca perhatikan portfolio Bang Din, tak banyak pun pegangan Bang Din. Cukup saham yang Bang Din kenal dan faham perniagaannya.
Nak melabur long term ini memang Bang Din tekankan fundamental syarikat. Bang Din pun diversify pelaburan Bang Din dengan pegang ETF patuh syariah yang didagangkan di pasaran Amerika Syarikat.
Satu lagi Bang Din pegang kaunter yang memang kegemaran Bang Din sejak dari dulu sebab fundamental dia memang power!
Ramai Rugi Sebab Cepat Sangat Jual Semua Saham
Dalam keadaan market crash ini, kesilapan ramai pelabur yang Bang Din rasa adalah jual semua saham mereka walaupun saham tersebut mempunyai fundamental yang padu.
Betul kita perlu ikut trading plan, tapi bagi Bang Din strategi pelaburan juga penting. Kita tahu pasaran saham ini tidak selamanya akan jatuh, jadi ambil peluang cari saham-saham undervalue ketika ini.
Kalau sudah beli saham yang fundamental bagus tapi tengah rugi, mungkin boleh mempertimbangkan untuk average down saham tersebut jika anda yakin dengan perniagaan syarikat. Ayat mudahnya buat rebalance portfolio pelaburan kita.
Semoga perkongsian Bang Din kali ini memberi pengajaran kepada pembaca semua dan sedikit sebanyak mampu membangkitkan semangat pembaca untuk melabur semula.
Macam biasa, nanti Bang Din dah untung Bang Din kongsikan lagi!
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!