• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Sektor Teknologi, Sektor Yang Evergreen Dan Sesuai Sepanjang Zaman

in Trading Idea
A A
Sektor Teknologi, Sektor Yang Evergreen Dan Sesuai Sepanjang Zaman
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Saham-saham daripada sektor penjagaan kesihatan laku keras sepanjang tahun 2020. Ini disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan telah menyebabkan permintaan terhadap sarung tangan meningkat dengan mendadak. Setelah setahun berlalu, desas desus mengenai vaksin pula kuat diperkatakan.

Kemudian, para pelabur pun berebut membeli saham berkaitan vaksin kerana tidak mahu terlepas peluang sekiranya akan berlaku rally vaksin sebagaimana glove rally tahun lepas.

Bagi yang terlepas kaunter-kaunter glove dan vaksin, tidak mengapa kerana terdapat satu sektor yang tidak memeningkan kepala. Sektor tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, sektor teknologi.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Revolusi Industri 4.0 / Industry Revolution 4.0

Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) tercetus pada pertengahan tahun 2016 yang membabitkan teknologi automasi, cabaran baru telah meresap masuk ke dalam semua sektor perkhidmatan dan perindustrian negara. Ia memerlukan perubahan semua pihak seiring dengan transformasi digital, agar dapat terus kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden. Ini memandangkan ia bakal memberi kesan langsung kepada masa depan dunia pekerjaan.

Malaysia adalah peneraju pengadaptasian Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), termasuklah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di peringkat ASEAN, selepas Singapura. Penularan Covid-19 telah menyaksikan peralihan penggunaan teknologi yang mendadak dalam operasi dan rantaian bekalan global syarikat tempatan, sekaligus menyaksikan komuniti perniagaan lebih sedar serta bersedia untuk beralih kepada penggunaan teknologi IR 4.0.

Pandemik Covid-19 juga telah membawa perubahan yang mendadak kepada model operasi dan perniagaan, termasuklah sektor pembuatan yang berlandaskan teknologi IR 4.0 di seluruh dunia.

Kenapa Sektor Teknologi?

Teknologi akan semakin maju ke hadapan. Setiap negara termasuk Malaysia juga sedang berkembang ke arah kemajuan teknologi yang lebih pesat.

Lihat sahaja di luar negara, syarikat seperti Tesla dan Nio sedang berlumba-lumba untuk mengeluarkan kenderaan elektrik yang canggih. Kemajuan teknologi ini akan memudahkan kehidupan seharian manusia di masa hadapan.

Sektor teknologi dianggap sektor evergreen kerana sektor ini kurang terkesan dengan isu semasa yang lebih bersifat spekulatif. Sekiranya kita ingin melabur dengan tenang maka bolehlah mengkaji saham syarikat yang berasaskan teknologi.

Tak tahu nak pilih saham syarikat apa?

Mari kami kongsikan senarai syarikat yang berada dalam sektor teknologi.

Sub-sektor di bawah sektor teknologi adalah servis digital, semikonduktor, perisian dan peralatan teknologi.

Berikut merupakan antara syarikat di dalam setiap sub sektor tersebut.

Syarikat di bawah sub-sektor servis digital: Awantec, Dsonic, GHLSYS, MYEG,

Syarikat di bawah sub-sektor semikonduktor: D&O, Frontken, Inari, UWC

Syarikat di bawah sub-sektor perisian: ARBB, Eforce, Iris, Opensys,

Syarikat di bawah sub-sektor peralatan teknologi: Aemulus, Elsoft, Greatec, MMSV

Sebelum membuat sebarang tindakan untuk beli atau jual mana-mana saham, pastikan kita buat Fundamental Analysis dan Technical Analysis terlebih dahulu.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share1192ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In