Memandangkan tahun 2024 telah melabuhkan tirainya, sudahkah anda menyemak semula trading journal anda sepanjang 2024? Sekiranya sudah, apa kata anda tanya pula soalan di bawah kepada diri anda.
- Berapa banyak trade yang dilakukan pada tahun lepas?
- Adakah trade anda untung ataupun rugi secara keseluruhan?
- Apa yang anda telah pelajari sepanjang trade pada tahun lepas?
Soalan-soalan di atas penting untuk membantu anda belajar kesilapan pembelian saham yang telah dilakukan.
Mungkin ada saham-saham yang akan dikongsikan di dalam artikel ini pernah berada di dalam portfolio anda pada tahun lepas.
Mari kita lihat 10 saham patuh syariah paling rugi tahun 2024.

1. Rapid Synergy Berhad

Rapid Synergy bermula dengan harga yang tinggi pada awal tahun 2024. Harga Rapid Synergy adalah RM28.68. Di penghujung tahunnya pula, harga Rapid Synergy adalah RM0.930.
Dalam tempoh setahun Rapid kehilangan sebanyak RM27.75 atau 96.76%. Rapid menjadi saham paling rugi pada tahun 2024.
2. Pertama Digital Berhad

Pertama Digital pula merupakan saham kedua paling rugi iaitu susut sebanyak 92.47%. Kini Pertama Digital telah menjadi penny stock.
Baca juga: Harga saham Pertama Digital susut mendadak, Bursa gantung jualan IDSS
3. Artroniq Berhad

Artroniq Berhad pula menjadi saham seterusnya yang rugi melebihi 90% pada 2024. Sama seperti Pertama, Artroniq Berhad juga telah menjadi penny stock dengan kerugian sebanyak RM0.795 atau 91.91%.
Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial
4. Widad Group Berhad

Sama seperti tiga saham sebelum ini iaitu Rapid, Pertama dan Artroniq, saham Widad turut mengalami kejatuhan sejak awal tahun iaitu bulan Januari 2024. Keempat-empat saham ini mengalami kejatuhan besar dan belum lagi berjaya membuat rebound dari kejatuhan tersebut.
Widad susut sebanyak RM0.445 atau 91.75%.
5. YNH Propoerty Berhad

YNH Property Berhad pula turun dari harga RM4.24 kepada RM0.535 pada 2024. Saham YNH Property belum menunjukkan sebarang petanda harganya akan kembali kepada harga asalnya lagi. Saham ini turun sebanyak 87.38% dalam setahun 2024.
6. Reneuco Berhad

Reneuco Berhad merudum sebanyak 77.27% pada tahun 2024. Reneuco berubah harga sebanyak RM0.170 pada tahun lepas.
7. Sarawak Consolidated Industries Berhad

Sarawak Consolidated Industries Berhad atau lebih dikenali sebagai SCIB jatuh dengan teruk walaupun sebelumnya saham ini membuat kenaikan yang menakjubkan. Dalam tempoh beberapa hari, SCIB membuat Limit Down.
SCIB telah jatuh sebanyak RM0.705 atau 75%.
8. Microlink Solutions Berhad

Berbanding pada bulan Januari 2024, Microlink Solutions Berhad jatuh pada bulan Mac 2024. Saham ini terus membuat downtrend sehingga Disember 2024.
Microlink telah jatuh sebanyak RM0.645 atau 73.30% untuk tahun 2024.
9. Jiankun International Berhad

Harga Jiankun International Berhad di awal tahun adalah RM0.185. Jiankun menutup tirai 2024 pada harga RM0.050. Secara keseluruhan, saham ini telah jatuh sebanyak RM0.135 atau 72.97%.
10. Asdion Berhad
Asdion Berhad menjadi saham kesepuluh dalam senarai saham paling rugi. Asdion kekal menjadi penny stock sepanjang tahun. Asdion susut 71.43% atau RM0.075.
Kesimpulan
Setakat ini, majoriti saham dalam senarai ini belum lagi kembali pada harga sebelum kejatuhannya. Adakah anda mempunyai saham-saham di atas?
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk 90 hari pertama.

Nak tutorial, boleh klik sini.