Akhir-akhir ini kita dapat melihat semakin banyak broker luar negara yang mula masuk ke Malaysia. Antara kelebihan broker luar negara ini ialah mereka menawarkan caj brokeraj yang sangat kompetitif.
Rakyat Malaysia kini ada banyak pilihan. Dan untuk melabur, kita boleh mempunyai lebih daripada satu akaun pelaburan (trading account). Masing-masing punya kelebihan tersendiri. Terpulang kepada kita nak pilih mana yang sesuai dan berbaloi dengan servis dan kelebihan yang ditawarkan.
Yang paling penting, pastikan broker tersebut mempunyai lesen untuk beroperasi di Malaysia dan bagi umat Islam pastikan akaun tersebut patuh syariah dan tidak terlibat dengan unsur riba’. Malangnya, tak semua broker luar ini menawarkan pilihan untuk deposit ke akaun yang patuh syariah.
Atas sebab permintaan ramai, Webull kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia.
Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank; JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah.

Webull ialah platform pelaburan digital terkemuka dari Amerika Syarikat. Webull Malaysia telah mendapat lesen untuk operasi daripada SC dan dilancarkan pada bulan Mei yang lalu. Webull menawarkan perdagangan saham di Bursa Malaysia, kontrak derivatif seperti FCPO dan FKLI, serta saham dan dana dagangan bursa (ETF) tersenarai di AS.

Webull Malaysia juga bekerjasama dengan Elzar Shariah Solutions & Advisory untuk menyediakan saringan saham patuh syariah. Saham dan ETF patuh syariah mempunyai ikon bulan sabit ungu.
Selain itu, antara kelebihan lain yang ada ialah:
- Boleh beli pecahan saham (fractional shares) di Amerika Syarikat.
- Akses berdagang 24 jam. Ini bermakna pelabur boleh beli & jual selepas waktu dagangan.

Berapa Caj Brokeraj?

Kadar brokeraj Webull Malaysia agak berdaya saing dalam industri dengan tiada / 0 caj brokeraj dikenakan untuk 180 hari pertama (tertakluk kepada terma & syarat).
Selepas 180 hari, kadar brokeraj yang dikenakan adalah 0.08% daripada jumlah harga saham atau minimum serendah RM5.
Untuk pasaran Malaysia:

Untuk pasaran AS pula, selepas 180 hari, kadar brokeraj yang dikenakan adalah 0.08% daripada jumlah harga saham atau minimum AS$ 0.99.
Caj bagi pasaran AS:

Selain kadar brokeraj, sudah tentu terdapat caj lain yang dikenakan seperti setem duti yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia dan fi lain yang dikenakan oleh badan dari Amerika Syarikat. Boleh rujuk gambar di atas untuk caj yang lain-lain.
Tutorial Buka Akaun Dengan Webull
Sila ikut langkah mudah seperti di bawah.

1) Klik sini dan kemudian klik ‘REGISTER NOW’. Masukkan nombor telefon, klik (√) dan klik ‘Send code’. Masukkan kod yang diterima untuk teruskan proses.

2) Isi semua maklumat yang diperlukan seperti yang tertera. Setelah selesai, klik ‘Next’.
PENTING! Isi maklumat mengikut data kad pengenalan untuk mengelakkan permohonan ditolak. Pastikan alamat sama dengan yang tertera di kad pengenalan dan masukkan juga bin/binti jika ada.
Jika alamat surat menyurat tidak sama seperti dalam kad pengenalan, anda mungkin dikehendaki untuk memuat naik dokumen sokongan lain.

3) Isi juga maklumat pekerjaan dan pengalaman pelaburan seperti yang tertera. Setelah selesai, klik ‘Next’.

4) Seterusnya, isi maklumat aset. Kemudian tanda pada ‘Cash Account’ dan pilih produk pelaburan yang diingikan. Setelah selesai, klik ‘Next’.

5) Baca deklarasi BNM FEA dan pilih yang berkenaan. Kemudian, baca juga terma dan syarat yang tertera.

6) Klik (√) pada deklarasi yang berkenaan dan klik ‘Confirm’. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman pengesahan identiti. Sediakan kad pengenalan dan klik ‘Click to Verify’. Setelah pengesahan berjaya, klik ‘Next’.
PASTIKAN GAMBAR TIDAK ‘BLUR’ dan dalam ruang dengan pengcahayaan (lighting) yang baik.

7) Sila tandatangan pada ruang berkenaan dan klik ‘Submit’. Selepas itu, sila semak dan pastikan maklumat dalam borang W-8BEN adalah tepat. Klik ‘Modify’ jika anda ingin membetulkan maklumat atau klik ‘Confirm’ jika semua maklumat adalah betul.

8) Permohonan anda siap dihantar! Proses pengesahan akan mengambil masa 1-3 hari bekerja. Semak e-mel atau terus muat turun aplikasi Webull Malaysia untuk dapatkan notifikasi.
Muat turun di Apple AppStore atau di Google Playstore.

9) Tahniah! Akaun Webull anda telah siap. Pergi ke aplikasi untuk tetapkan kata kunci ‘Set Trading Password’ dan yang paling penting, sila pilih akaun Islamic Bank sebelum nak depositkan duit. Selepas itu, dah boleh mula melabur!
Berdasarkan pengalaman kami, tempoh kelulusan akaun mengambil masa dalam 2-3 jam sahaja.
Buka Akaun Sekarang Untuk Nikmati 0% Caj
Khas untuk pembaca setia kami, jika anda buka akaun bersama Webull Malaysia anda akan dapat menikmati promosi RM0 komisen dan RM0 yuran komisen untuk dagangan saham Malaysia dan AS selama 180 hari.
Selain itu, jika anda depositkan RM8,000, kekalkan jumlah tersebut selama 30 hari dan berjaya buat satu transaksi ‘Beli’ anda akan dapat saham percuma bernilai RM500. Antara saham yang boleh dipilih adalah NVDA / AAPL / GOOGL / LULU. Semua saham ini patuh syariah.
Klik sini untuk buka akaun sekarang.

Jika ada masalah berkaitan pembukaan akaun, boleh hubungi kami di Telegram.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!