fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Tuesday, March 2, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Asas Saham

Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

by Ronnie Chai
23/02/2021
in Asas Saham
5 min read
Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Berkaitan

Apa Itu KLSE Screener?

Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?

Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)

“Semangat sangat nak melabur saham, nak tanya akaun CDS dah ada ke belum tu?”

“Takkan la tunggu lepas pencen baru nak buka akaun CDS.”

Sumber: pixabay

Sebagai pelabur yang baru nak mula terlibat dalam pelaburan saham, pasti anda akan tertanya-tanya bagaimana nak mula.

Selain perlunya ilmu pelaburan saham, perkara pertama yang harus anda ada sebelum mula melabur ialah dengan membuka akaun CDS. Ada yang berpendapat akaun CDS ini leceh untuk dibuka. Betul ke?

Bagi yang belum tahu apa itu akaun CDS jom berkenalan dengan akaun CDS terlebih dahulu.

Menurut Bursa Malaysia, CDS ialah akronim bagi Central Depository System atau “Sistem Depositori Pusat”.

CDS merupakan sistem milik penuh yang diusahakan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Malaysian Central Depository Sdn. Bhd.), anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia Berhad.

Kredit: Bursa Marketplace

Betul ke akaun CDS ini leceh untuk dibuka? Rata-rata pelabur mengatakan akaun CDS mereka memakan masa sehingga dua ke tiga bulan untuk disiapkan pada tahun lepas.

Itu cerita tahun lepas dan itu sememangnya benar-benar terjadi. Ketika semua rakyat Malaysia diperintahkan untuk duduk dan bekerja di rumah, orang ramai mempunyai lebih masa untuk melihat pasaran saham.

Melihat para pelabur menjana keuntungan 100% dengan sangat mudah pada bulan Mac 2020 juga mendorong orang ramai untuk membuka akaun CDS.

Namun begitu, lambakan borang CDS untuk diproses menyebabkan tempoh yang diperlukan untuk memproses pembukaan akaun CDS menyebabkan masa yang diambil adalah panjang daripada kebiasaan. Staf broker yang terpaksa bekerja daripada rumah turut membuatkan keadaan lebih rumit.

Melihat situasi ini kini CGS-CIMB membolehkan anda untuk membuka akaun CDS secara online.

Apa kata kami kongsikan tutorial bergambar proses untuk buka akaun CDS dengan CGS-CIMB. Proses pembukaan akaun CDS yang mudah tersebut diletak dalam 9 gambar sahaja. Sila ikut langkah di bawah untuk buka akaun CDS bersama CGS-CIMB.

Langkah Pertama: Layari Buka Akaun CDS CGS-CIMB

Langkah Kedua: Masukkan kod PR1M288 pada ruang Remisier Reference

Kod tersebut adalah kod remisier anda kelak. Remisier anda akan bertanggungjawab menjawab soalan teknikal yang diajukan pelanggan, sebagai contoh bagaimana nak guna trading platform, macam mana nak beli, macam mana nak jual, dan banyak lagi persoalan yang lain.

Langkah Ketiga: Sediakan salinan kad pengenalan, penyata bank, slip gaji dan penyata KWSP anda.

Langkah Keempat sehingga Keenam:

Pilih ‘Type of Broking’ kepada Islamic. Pastikan anda hanya membuka akaun Islamic agar akaun CDS anda hanya boleh membeli saham yang patuh syariah sahaja.

Kemudian, pilih ‘Products’ kepada Equities – Share Trading dan kemudian klik Securitised Direct. Seterusnya, pilih ‘Products Features’ kepada Trade Beyond kemudian klik Cross Border.

Langkah Ketujuh:

Sila isi maklumat anda dengan lengkap seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, bangsa, nombor telefon rumah, alamat emel dan nombor telefon bimbit.

Langkah Kelapan:

Setelah lengkap masukkan maklumat diri, sila semak emel anda dan klik Validate untuk sahkan pembukaan akaun anda.

Langkah Kesembilan:

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa hari yang diperlukan untuk CDS akaun anda siap. Permohonan CDS anda akan diproses dalam masa 5-10 hari bekerja.

Setelah akaun anda berjaya dibuka, anda akan menerima emel dari pihak CGS-CIMB.

Sekiranya anda perlukan sebarang bantuan, sila hubungi nombor telefon dan emel seperti yang tertera dalam gambar.

Mudah bukan?

Bagi yang belum ada akaun CDS bersama CGS-CIMB, ayuh buka akaun secara online dengan
berpandukan langkah-langkah ini.

Sumber: pixabay

Dah ada akaun CDS, tahu ke saham apa yang bagus?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM


Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB

Related Posts

Apa Itu KLSE Screener?
Asas Saham

Apa Itu KLSE Screener?

01/03/2021
Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?
Asas Saham

Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lebih Penting Untuk Melabur Saham Ini?

26/02/2021
Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)
Asas Saham

Strategi Pelaburan Dollar Cost Averaging (DCA)

20/02/2021
Apa Itu Volatility Index (VIX)?
Asas Saham

Apa Itu Volatility Index (VIX)?

18/02/2021
10 Kaunter FBM KLCI Yang Menjadi Petunjuk Indeks Bursa Malaysia
Asas Saham

10 Kaunter FBM KLCI Yang Menjadi Petunjuk Indeks Bursa Malaysia

17/02/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?