• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

SCIB Tidak Tahu Menahu Punca Kejatuhan Mendadak Harga Saham

in Catalyst
A A
SCIB Tidak Tahu Menahu Punca Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) tidak tahu menahu tentang apa-apa penjelasan lain yang mungkin dan sebarang khabar angin atau laporan mengenai perniagaan serta hal ehwal kumpulan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan saham syarikat yang menjunam lebih 15 peratus daripada harga rujukan.

SCIB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kumpulan itu mematuhi Keperluan Penyenaraian (LR) Bursa Malaysia Securities Bhd khususnya Perenggan 9.03 tentang kewajipan untuk membuat pendedahan segera. 

Menjawab pertanyaan mengenai sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini, SCIB berkata pihaknya pada 4 Jan, 2024 telah menerima surat tawaran daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk mengambil alih tanah seluas 8.90 hektar bagi mengembangkan kapasiti pengeluaran kumpulan itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pihak pengurusan sedang berbincang dan mempertimbangkan penerimaan cadangan itu. Lembaga Pengarah percaya adalah lebih wajar untuk membuat pengumuman tersebut kepada Bursa Securities sebaik sahaja keputusan dicapai,” katanya dalam maklum balas kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) yang dikeluarkan oleh Bursa Securities.

SCIB juga berkata syarikat tersebut tidak menyedari sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan yang belum diumumkan sebelum ini, yang mungkin mengambil kira aktiviti dagangan sahamnya termasuk yang sedang di peringkat rundingan atau perbincangan.

Bursa Malaysia menggantung jualan singkat saham SCIB di bawah jualan singkat harian (IDSS) bermula 16 Jan hingga 18 Jan pada 8.30 pagi selepas saham itu jatuh lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Pada rehat tengah hari ini, kaunter itu merosot 30 sen kepada 53.5 sen, dengan 199.80 juta saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: Bursa Securitiesdagangan sahamIDSSpertanyaanSCIBUMA
Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In