Orang sibuk cerita pasal beli IPO, macam mana nak beli sebenarnya?”
Hampir setiap tahun pasti ada syarikat di Malaysia yang akan disenaraikan dalam pasaran saham sama ada di papan utama ataupun di papan Ace.
Apabila syarikat tersebut tersenarai di pasaran saham, ini bermakna saham syarikat tersebut boleh dimiliki oleh awam dengan pembelian di pasaran terbuka.
Dengan mempunyai saham sesebuah syarikat, pelabur akan menjadi pemilik syarikat tersebut dengan bilangan saham yang dimiliki.
Namun sebelum saham sesebuah syarikat tersenarai di pasaran saham yang merupakan secondary market, syarikat tersebut perlu menjalankan proses di primary market dengan menerbitkan Initial Public Offering syarikat terlebih dahulu.
Kita semua boleh rebut peluang untuk membeli IPO syarikat semasa ianya diumumkan dengan hanya menggunakan website Maybank2u.
Cara Mohon IPO Guna Maybank2u
Sebelum itu, pastikan anda telah mempunyai akaun pelaburan yang dikenali sebagai central depository system (CDS) akaun terlebih dahulu. Pastikan juga CDS akaun anda adalah direct account dan bukannya beneficiary account.
Apply Direct Account Online Disini: Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini
atau Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur
Login Website Maybank2u

Langkah pertama sekali yang perlu anda buat adalah dengan login ke akaun Maybank anda dengan memasukkan username dan password yang anda tetapkan.
Tekan Butang Apply

Selepas login, tekan butang Apply di bahagian atas kiri seperti gambar di atas dan anda akan dibawa ke paparan seterusnya.

Di paparan seperti gambar, tekan pilihan Investment di bahagian tengah seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Tekan Apply Now eIPO

Di paparan ini, anda perlu memilih Apply Now untuk pilihan eIPO seperti gambar di atas untuk memohon IPO syarikat pilihan anda.

Kemudian, isikan maklumat yang diminta untuk meneruskan proses permohonan IPO anda seperti:
- Maklumat Pemindahan Wang Daripada Akaun
- Nombor akaun CDS
- Bangsa
Pada ruang nombor akaun CDS, pastikan anda meletakkan maklumat yang penuh untuk memastikan permohonan IPO anda berjalan berjalan dengan lancar.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai nombor akaun CDS anda, login ke akaun CDS anda dan pergi ke bahagian My Profile kemudian klik Account Information. Semak nombor CDS lengkap anda dan isikan di ruangan permohonan tadi.

Seterusnya, pilih IPO syarikat yang anda hendak mohon dan lengkapkan maklumat lain seperti jumlah unit permohonan anda. Pastikan duit dalam akaun bank anda cukup untuk jumlah permohonan anda.
Seterusnya tandakan di ruangan persetujuan selepas membaca syarat-syarat yang ditetapkan di sebelah kiri dan tekan butang SUBMIT untuk meneruskan permohonan anda.

Semak maklumat dan sahkan pembayaran. Klik Confirm untuk membuat pembayaran. Permohonan anda akan diundi pada tarikh yang telah ditetapkan dan jika anda terpilih anda akan menerima permohonan IPO anda pada tarikh pengumuman nanti.
Semak Status Permohonan Anda

Untuk semak status permohonan anda, Login semula ke akaun Maybank2u anda, pilih Investment kemudian pergi ke pilihan View IPO Status. Klik butang Apply Now seperti gambar di atas.

Status permohonan IPO akan dipaparkan. Anda boleh semak status permohonan anda selepas tarikh pengundian tamat atau pada keesokkan harinya.
Jika permohonan anda gagal, duit anda akan dipulangkan sepenuhnya ke akaun bank anda.
Berikut merupakan cara-cara untuk memohon IPO dengan menggunakan Maybank2u, semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.
Baca: Rahsia Buat Keuntungan Dengan Membeli IPO
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> 
 
			 
		    




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)
