• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur

in Asas Saham
A A
Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Waktu PKP ni macam mana nak buka akaun CDS, boleh buka online tak?

Nak mula membeli saham, kita perlukan akaun pelaburan yang dikenali sebagai akaun Central Depository System (CDS) untuk kita menjual beli saham di pasaran Bursa Malaysia. 

Secara tradisionalnya, pelabur perlu pergi ke broker saham pilihan untuk mengisi beberapa borang fizikal yang membuka akaun CDS ini.

Hari ini, inisiatif daripada broker Malacca Securities Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MPlus telah membolehkan pelabur untuk membuka akaun CDS ini secara online sahaja. 

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Fee yang ditawarkan oleh MPlus juga agak murah iaitu minimum RM8.00 atau 0.08% mengikut  nilai yang paling tinggi. 

Mudah kan? Jadi sudah tiada alasan lagi untuk kita tidak membuka akaun CDS hari ini.

Jom kita lihat langkah-langkah pembukaan akaun CDS MPlus secara online. 

Cara Pembukaan Akaun CDS Secara Online

Untuk membuka akaun CDS ini secara online, anda dinasihatkan untuk hanya menggunakan browser Google Chrome sahaja untuk pendaftaran yang lebih lancar. 

Pendaftaran ini juga bersifat one-off bermakna apabila anda telah mula mendaftar, anda perlu habiskan pendaftaran yang anda buat. 

Langkah Pertama, Sediakan Dokumen Penting

Sebelum anda mendaftar, pastikan anda menyediakan dokumen penting yang diperlukan terlebih dahulu. Dokumen penting tersebut adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan Depan Dan Belakang
  • Salinan Penyata Bank Terkini

Jika anda sudah menyediakan dua dokumen penting ini, anda boleh ke langkah seterusnya.

Pergi Ke Laman Web MPlus

Sumber: MPlus Online

Anda boleh pergi ke laman web MPlus Online untuk baca penerangan awal daripada pihak broker tentang cara pembukaan akaun CDS ini. 

Antara perkara penting yang anda perlu tahu adalah pembukaan secara online ini hanya untuk akaun Cash Upfront sahaja. 

Ini bermakna anda hanya boleh membeli saham dengan menggunakan duit yang anda depositkan ke dalam akaun sahaja. 

Untuk proses pembukaan akaun CDS secara online ini juga anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM11.00 sahaja.

Mulakan Mendaftar Akaun CDS Anda

Sumber: MPlus Online

Selepas anda membaca terma dan syarat tadi, mulakan pendaftaran akaun CDS anda ke langkah seterusnya. 

Sumber: MPlus Online

Isikan maklumat lengkap diri anda di ruangan yang disediakan seperti:

  • Nama penuh
  • Alamat emel
  • Nombor telefon

Selepas siap mengisi maklumat tersebut, klik butang next seperti dalam gambar. 

Sumber: MPlus Online

Untuk pembukaan CDS Mplus secara online ini, anda tidak perlu mendaftar terlebih  dahulu di aplikasi Bursa Anywhere. Jadi sila tekan pilihan NO pada ruangan pertama soalan kecuali anda telah berdaftar dengan apps Bursa Anywhere.

Anda boleh buat semakan status pendaftaran anda di aplikasi Bursa Anywhere dan jika di dalam aplikasi anda masih tidak mempunyai akaun bersama Mplus, sila tekan No dan teruskan ke langkah seterusnya. 

Sumber: MPlus Online

Seterusnya, jika anda seorang muslim sila pilih akaun CDS (Syariah) seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas. 

Kemudian isikan maklumat lengkap diri anda di ruangan yang lain. 

Sumber: MPlus Online

Di ruangan alamat surat menyurat pula, jika alamat terkini anda sama seperti  kad pengenalan, pilih Yes, tetapi jika berlainan anda perlu mengisi semula di ruangan yang disediakan. 

Sumber: MPlus Online

Untuk maklumat seterusnya, anda perlu isikan maklumat pekerjaan anda. Tetapi jika anda merupakan seorang :-

  • Suri Rumah
  • Pelajar
  • Sudah Berpencen

Sila pilih pilihan others dan kosongkan maklumat lain. Jika anda seorang peniaga atau bekerja sendiri pula, pastikan anda mempunyai maklumat pendaftaran syarikat anda. 

Jika anda tidak mempunyai maklumat pendaftaran syarikat, sila pilih pilihan other dan menyatakan diri anda sebagai seorang Freelance di bahagian pekerjaan tersebut. 

Sumber: MPlus Online

Langkah seterusnya anda perlu upload gambar kad pengenalan depan dan belakang serta pastikan gambar tersebut:-

  • penuh di setiap penjuru, 
  • terang dan jelas. 
  • Tidak menggunakan flash ketika mengambil gambar 

Ini sangat penting untuk memastikan permohonan pembukaan akaun CDS anda berjalan dengan lancar dan untuk mengelakkan daripada permohonan anda ditolak. 

Sumber: MPlus Online

Untuk bahagian survey pula, lengkapakan soalan-soalan yang diberikan dan jika anda mempunyai akaun CDS bersama broker lain, pilih Yes di ruangan yang disediakan seperti di dalam gambar. 

Untuk bahagian pendapatan pula, selain daripada bekerja sendiri anda boleh pilih pilihan antara saving atau salary. 

Sumber: MPlus Online

Untuk maklumat Bank pula, isikan maklumat bank di ruangan yang disediakan dan anda hanya boleh menggunakan akaun bank personal sahaja dan dilarang untuk menggunakan akaun syarikat atau akaun bersama. 

Sumber: MPlus Online

Untuk anda yang menggunakan online bank statement, pastikan logo bank jelas dan nama dalam penyata bank sama dengan nama dalam kad pengenalan anda. 

Sumber: MPlus Online

Jika anda mendapatkan penyata bank secara fizikal, pastikan cop, logo bank dan tanda tangan pegawai bank jelas seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas. 

Sumber: MPlus Online

Selepas siap mengisi maklumat diri, semak semula maklumat yang telah diisi dan pastikan ianya betul sebelum ke page seterusnya. 

Sumber: MPlus Online

Untuk maklumat remisier pula, pastikan anda masukkan kod remisier pilihan anda dengan betul beserta reference code seperti di dalam gambar. 

Kami cadangkan untuk anda memilih remisier yang prihatin dan mempunyai support group untuk anda. 

Kod R340 dengan reference code MR340-001 adalah kod remisier Tuan Somad Albasit yang merupakan speaker Webinar Senang Senang Saham 1.0 anjuran The Kapital. 

Jika anda membuka akaun CDS dengan beliau, anda akan dimasukkan ke dalam support group dan akan dibimbing oleh beliau secara berterusan. 

Anda juga akan dapat menyertai sesi bersama beliau setiap minggu secara percuma untuk mendapatkan bimbingan dalam dunia pelaburan saham yang berterusan.  

Pastikan anda snap gambar di bahagian ini untuk rujukan remisier nanti. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh sertai group channel ini. 

Sumber: MPlus Online

Selepas selesai memilih remisier pilihan, anda perlu menandatangani permohonan secara online seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.  

Pastikan tandatangan anda mudah dan jelas sebelum menekan butang save signature. 

Sumber: MPlus Online

Kemudian, anda perlu baca dan membuat deklarasi permohonan anda dengan menekan dua kotak seperti gambar diatas dan tekan butang submit & pay. 

Sumber: MPlus Online

Langkah terakhir adalah dengan membuat bayaran RM11.00 menggunakan bank pilihan anda seperti mana yang  diisi dalam borang permohonan tadi. 

Selepas selesai membuat bayaran, permohonan pembukaan anda telah selesai dan anda hanya perlu menyemak emel untuk mengetahui status permohonan anda. 

Baca: Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikuti Tutorial Ini


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Share1498ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In