“Beli IPO lebih mudah buat duit berbanding dengan trading saham. Betul ke?”
Tahukah anda bahawa dengan membeli IPO (Initial Public Offering), anda boleh mendapat keuntungan tanpa perlu bersusah-payah untuk trade saham yang lain.
Hampir 90% IPO yang dimohon oleh para pelabur telah berjaya membuat keuntungan. Ini bermakna keberangkalian untuk anda berjaya membuat keuntungan dengan menggunakan teknik pembelian IPO ini adalah sebanyak 90%.
Sebelum kita mendalami berkenaan IPO, anda perlu memahami terlebih dahulu berkenaan pasaran saham. Bagaimana saham boleh wujud dan kenapa harga di pasaran ada naik dan turun. Anda perlu faham bahawa di sebalik sesuatu syarikat terdapat perniagaan di belakangnya.
Saham Adalah Perniagaan
Secara asasnya, saham sesuatu syarikat itu wujud kerana adanya perniagaan. Bagi mengembangkan perniagaan, syarikat mula tawarkan perniagaan syarikat untuk sama-sama dimiliki oleh orang awam melalui penawaran IPO.
Anda tidak perlu bersusah payah untuk membangunkan syarikat, tetapi anda boleh menjadi pemilik syarikat dengan hanya membeli saham syarikat tersebut.
Ramai orang kaya di dunia yang terlibat dengan pasaran saham dan mereka yang terlibat pula bukanlah dalam kategori trader tetapi merupakan investor.
Antara nama yang tidak asing lagi dalam pasaran saham adalah Warrent Buffet, Philip Arthur Fisher dan Dan Zanger. Mereka merupakan antara pelabur terawal yang membuat keuntungan melalui pembelian IPO.
Philip Arthur Fisher membeli IPO syarikat Motorola yang merupakan sebuah syarikat telekomunikasi radio. Beliau melihat potensi syarikat ini akan mampu bertahan lama pada masa hadapan, dan ternyata beliau tidak salah membuat pilihan apabila syarikat ini semakin berkembang dan membuat keuntungan sehingga ke hari ini.
Penawaran IPO membuatkan syarikat mendapat duit daripada para pelabur. Kenapa sesuatu syarikat itu membuat keputusan untuk menawarkan IPO kepada orang awam?
Salah satu sebabnya adalah kerana syarikat tersebut memilih untuk tidak membuat pinjaman dengan pihak bank.
Bagaimana Mengkaji Prestasi IPO?
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli IPO , anda perlu mulakan langkah pertama dengan mengkaji prestasi sesebuah syarikat itu terlebih dahulu. Sama ada syarikat tersebut mempunyai potensi untuk berkembang dan bertahan lama dalam pasaran.
Ada syarikat yang menawarkan IPO untuk melunaskan hutang syarikat. Syarikat yang mempunyai tidak lebih daripada 10% hutang, anda tidak perlu khuatir untuk melabur ke dalam syarikat tersebut.
Namun, jika syarikat tersebut mempunyai lebih daripada 10% hutang, maka sebaiknya elakkan daripada memohonnya.
Kenapa?
Syarikat yang mahu mengumpulkan modal untuk membayar hutang secara jelas menunjukkan bahawa syarikat ini sedang mengalami masalah kewangan. Jadi, untuk apa dilaburkan wang kepada syarikat yang tidak mampu berkembang seperti ini. Misalnya ada sehingga tiga IPO yang disenaraikan dalam satu-satu masa, maka bagaimana pula anda mahu memilih IPO yang terbaik untuk dipohon?
Melalui pembacaan ke atas prospek syarikat, anda dapat mengenalpasti syarikat-syarikat di Bursa Malaysia yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.
Jika saya sendiri yang membuat permohonan IPO, saya akan membeli IPO syarikat di atas dasar sentimen semasa yang sedang bermain. Jika sentimen semasa tidak menyebelahi IPO tersebut, maka kebiasaannya saya akan memilih untuk tidak memohonnya.
Bagaimana Memahami Sentimen Semasa?
Cara yang paling cepat untuk membuat keuntungan dalam pasaran saham adalah dengan memahami sentimen semasa. Melalui pemahaman sentimen semasa, anda akan dapat memahami pasaran dan pergerakan harga dalam pasaran saham.
Anda perlu mengetahui pecahan sektor di bursa, kerana di Bursa Malaysia , terdapat 11 sektor dan puluhan sub sektor di bawah setiap sektor. Dengan mengetahui pecahan sektor ini, anda boleh memahami sentimen semasa (cyclical sector/sectoral play) yang berlaku.
Cyclical sector bukan sahaja berlaku dalam pasaran saham yang melibatkan pecahan sektor di bursa tetapi juga berlaku dalam sektor ekonomi. Kenapa cyclical sector ini penting untuk kita tahu?
Cyclical sector dapat membantu kita untuk membuat keputusan yang betul ketika berlakunya kesan gelombang dalam ekonomi negara. Sebagai contoh, pada tahun 2016 ramai yang membeli emas. Permintaan yang banyak terhadap pelaburan emas menyebabkan harga emas mencanak naik secara tiba-tiba menyebabkan ramai orang tersangkut di pucuk.
Sebelum itu lagi, ramai orang berebut-rebut untuk membeli rumah dek kerana di gembar-gemburkan akan kepentingan menyimpan aset berupa property menyebabkan terlalu banyak rumah yang dibina kerana demand yang tinggi.
Walaupun terlalu ramai yang membeli rumah pada waktu itu namun demand yang rendah untuk menetap atau menyewa rumah-rumah yang dibeli menyebabkan para pembeli rumah terpaksa menjual dengan harga yang lebih murah (rugi).
Di sini kita lihat, pergerakan harga sama ada turun atau naik bergantung kepada demand yang ada. Jika demand meningkat, maka harga juga akan meningkat.
Dengan memahami sentimen semasa, anda dapat mengkaji dan mengenalpasti syarikat yang berpotensi melalui sentimen semasa dan dapat mengurangkan risiko kerugian ketika pembelian IPO dibuat.
Baru-baru ini, ada IPO yang ditawarkan oleh syarikat RESVOIR, sebuah syarikat yang berkaitan dengan oil and gas.
Pada hari pertama dagangan, harga dibuka pada paras RM0.41 seunit. Sekiranya anda membeli 10,000 unit dan unit tersebut dijual pada hari pertama sahaja, anda boleh membuat keuntungan sebanyak RM27,000.
Maklumat berkenaan dengan bagaimana syarikat menggunakan wang yang disalurkan juga boleh didapati dilaman web Investopedia.
Menurut maklumat di atas, IPO yang ditawarkan adalah sebanyak RM88.13 juta share pada harga 41 sen untuk satu IPO. Dan daripada IPO yang ditawarkan, syarikat mendapat kutipan sebanyak RM23.42 juta.
Daripada RM23.42 juta, syarikat ini menggunakan RM10 juta untuk mendapatkan alat untuk menguji tenaga minyak, RM 4.92 juta akan digunakan sebagai modal dan sebanyak RM5 juta pula akan digunakan untuk pembayaran hutang bank.
Syarikat tidak mendapat hasil daripada aktiviti buy and sell tetapi syarikat hanya mendapat hasil melalui penjualan IPO dan corporate exercise yang berlaku.
Status Shariah IPO
IPO cuma akan memperoleh status patuh shariah pada bulan Mei dan November setiap tahun, iaitu apabila pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyemak status shariah terkini setiap syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Tetapi Bank Islam Berhad kadangkala ada mengeluarkan status IPO sama ada patuh shariah ataupun tidak ketika pengumuman penawaran IPO syarikat. Namun begitu, syarikat tersebut masih perlu menunggu sehingga bulan Mei atau November untuk memperoleh status shariah.
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham