Saham IPO merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia. IPO ini boleh di mohon melalui online banking seperti Maybank2u dan CIMB Clicks. Duit tolak terus dari akaun simpanan anda. Tetapi perlu ada nombor akaun CDS yang aktif untuk memohon.
Kita semua boleh rebut peluang untuk membeli IPO syarikat semasa ianya diumumkan. Jadi, panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan CIMB Clicks.
Cara Mohon IPO Guna CIMB Clicks
Sebelum itu, pastikan anda telah mempunyai akaun pelaburan yang dikenali sebagai central depository system (CDS) akaun terlebih dahulu. Pastikan juga CDS akaun anda adalah direct account dan bukannya beneficiary account.
Apply Direct Account Online Disini: Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini
atau Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur
1. Login Website CIMBClicks.com.my

Langkah pertama sekali yang perlu anda buat adalah dengan login ke akaun CIMB anda dengan memasukkan username dan password yang anda tetapkan.
2. Klik Butang Apply & Invest

Selepas login, tekan butang Apply & Invest di sebelah kiri seperti gambar di atas dan anda akan dibawa ke paparan seterusnya.
3. Pilih eIPO & Klik Invest

Di paparan seperti gambar, cari pilihan eIPO dan klik butang Invest seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
4. Sahkan Deklarasi & Klik Submit

5. Pilih IPO

Di paparan ini, anda perlu pilih IPO yang diinginkan kemudian klik Apply Now.

Sebelum ke paparan seterusnya, baca deklarasi yang dipaparkan, pilih yang berkenaan dan klik Agree & Apply.
6. Isi Maklumat

Kemudian, isikan maklumat yang diminta untuk meneruskan proses permohonan IPO anda seperti:
- Jumlah Pelaburan
- Nombor akaun CDS
- Akaun
- Alamat Tempat Tinggal
- Bangsa
Pada ruang nombor akaun CDS, pastikan anda meletakkan maklumat yang penuh untuk memastikan permohonan IPO anda berjalan berjalan dengan lancar.
7. Dapatkan Nombor CDS

Untuk mendapatkan maklumat mengenai nombor akaun CDS anda, login ke Trading Platform anda dan pergi ke bahagian My Profile kemudian klik Account Information. Semak nombor CDS lengkap anda dan isikan di ruangan permohonan tadi.

Lengkapkan semua maklumat yang diminta dan pastikan duit dalam akaun bank anda cukup untuk jumlah permohonan anda. Klik Submit.
Semak maklumat dan sahkan pembayaran. Klik Confirm untuk membuat pembayaran. Permohonan anda akan diundi pada tarikh yang telah ditetapkan dan jika anda terpilih anda akan menerima permohonan IPO anda pada tarikh pengumuman nanti.
8. Semak Status Permohonan Anda

Untuk semak status permohonan anda, Login semula ke akaun CIMB Clicks anda, pilih Apply & Invest kemudian pergi ke Application Status.
Klik pada eIPO Application Status.
Status permohonan IPO akan dipaparkan. Anda boleh semak status permohonan anda selepas tarikh pengundian tamat atau pada keesokkan harinya.
Jika permohonan anda gagal, duit anda akan dipulangkan sepenuhnya ke akaun bank anda.
Berikut merupakan cara-cara untuk memohon IPO dengan menggunakan CIMB Clicks, semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.
Baca: Rahsia Buat Keuntungan Dengan Membeli IPO
Soalan : Berapa minima perlu beli?
Minima hanya 100 unit dan tiada had maksima.
Soalan : Bolehkah saya memohon satu-satu IPO itu banyak kali?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon.
Soalan : Kalau ada akaun CDS di RHB Investment, boleh beli IPO guna CIMB Clicks?
Boleh, tiada masalah.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi…
>> Daftar Percuma* Sekarang di Webinar Swing Trading Reloaded
Percuma bila daftar bermuda! Ajak kawan atau keluarga cepat.
Sesuai untuk ZERO dan Newbies!
.