• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 15, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis Indikator

Kami Dedahkan 4 Strategi Pelaburan Dengan Bollinger Band

in Indikator
A A
Kami Dedahkan 4 Strategi Pelaburan Dengan Bollinger Band
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo

Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya

Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI

Macam mana nak guna indikator Bollinger Band untuk melabur?

Sumber :

Bollinger Band (BB) merupakan indikator yang sangat versatile. Apabila keadaan pasaran berada dalam keadaan volatile, indikator ini dapat membantu pelabur untuk:

  • Menentukan pattern harga
  • Membaca kekuatan trend
  • Masa yang sesuai untuk memasuki pasaran
  • Mencari kemuncak sesuatu harga saham

Indikator ini terbentuk daripada satu garisan moving average (MA) 20 dan dua garisan standard deviation yang membentuk band di atas dan bawah MA20.

Baca: Cara Beli Saham Dengan Menggunakan Indikator Bollinger Band

Mari kita lihat 4 cara dan strategi untuk menggunakan indikator Bollinger Band.

1.   Beli Di Bawah BB Ketika Uptrend Dan Jual Di Atas BB Ketika Downtrend

Antara kegunaan Bollinger Band adalah untuk menentukan keadaan pasaran yang terlebih beli atau terlebih jual di dalam sesuatu fasa pasaran (uptrend atau downtrend)

Sumber :

Seperti yang kita tahu, kenaikan harga saham yang baik adalah yang bergerak secara zig-zag dengan membuat high, higher low dan higher high.

Apabila saham yang berada di fasa uptrend dan membuat higher low sehingga menyentuh lower band seperti di dalam bulatan merah di atas, ianya merupakan saat untuk membeli yang baik kepada pelabur.

Sumber :

Sebaliknya pula apabila saham tersebut dilihat bertukar menjadi fasa downtrend, apabila harganya cuba untuk membuat kenaikan semula sehingga membuat lower high dan mencecah upper band, ianya merupakan isyarat jualan kepada pelabur.

2.   Bollinger Band Sebagai Support Dan Resistance Yang Dinamik

Sumber :

Bollinger Band terdiri daripada tiga garisan yang terbentuk daripada garisan Moving Average 20 dan dua garisan standard deviation yang membentuk upper dan lower band. 

Sumber :

Bollinger Band ini bergerak mengikut pergerakan harga saham dan garisan Bollinger Band ini boleh dijadikan sebagai support dan resistance yang dinamik.

Sekiranya harga saham meningkat, paras support dan resistance pun akan naik sekali.

Sebaliknya untuk harga saham yang menurun pula, paras support dan resistance pun akan turun sekali.

3.   Ambil Kesempatan Ketika Bollinger Band Bergerak Selari

Sumber :

Apabila sesuatu saham itu mengalami kejatuhan yang mendadak, harganya selepas itu berkemungkinan besar akan berada di dalam fasa pengumpulan.

Di fasa ini, garisan bollinger band akan bergerak selari dengan harga pasaran dan harga pasaran biasanya akan bergerak di dalam band sahaja.

Sumber :

Di sini, pelabur boleh mengambil kesempatan untuk trade jangka masa pendek untuk meraih keuntungan di dalam pasaran dengan membeli ketika harga menyentuh lower band dan menjual apabila harga menyentuh upper band.

4.   Gunakan Bollinger Bands Width Sebagai Kepastian Kepada Volatility.

Sumber :

Bollinger Bands Width akan mengesan volatility kepada harga saham dengan mengira peratusan perbezaan di antara lower dan upper band.

Sumber :

Apabila upper dan lower bollinger band semakin mengembang, indikator Bollinger Bands Width akan meningkat dan ianya menandakan bahawa keadaan volatility pasaran sedang meningkat.

Jika upper dan lower bollinger band semakin menguncup, indikator Bollinger Bands Width menurun dan menandakan bahawa keadaan volatility pasaran yang lemah dan pasaran dalam keadaan lebih stabil.

Berikut merupakan di antara cara-cara dan strategi penggunaan indikator Bollinger Band yang boleh diamalkanoleh pelabur.

Banyak lagi strategi Bollinger Band ini yang akan dihuraikan di dalam eBook terbaru kami yang bakal menemui pembaca tidak lama lagi.Boleh Ke Untung Besar Dengan Hanya Gunakan Bollinger Band?

Boleh Ke Untung Besar Dengan Bollinger Band?

Seperti indikator lain, Bollinger Band juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Salah satunya adalah indikator ini merupakan lagging indicator.

Indikator ini hanyalah sebagai alat tambahan untuk pelabur saham membuat kajian dalam pemilihan dan strategi pelaburan masing-masing.

Untuk berjaya dalam dunia pelaburan ini, pelabur tidak perlu mengetahui semua strategi dalam pelaburan, sebaiknya adalah dengan mempraktiskan satu strategi berulang-ulang sehingga mahir.

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.

Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.

Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Share1010ShareSend

Related Posts

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo
Indikator

Tiga Kekurangan Guna Indikator Ichimoku Kinko Hyo

3 years ago
Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya
Indikator

Apa Itu On Balance Volume (OBV) Dan Cara Menggunakannya

3 years ago
Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI
Indikator

Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI

4 years ago
Top 5 Signal Belian Daripada Indikator Yang Terbaik Untuk Pelabur
Indikator

Top 5 Signal Belian Daripada Indikator Yang Terbaik Untuk Pelabur

4 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In