Tidak dinafikan keadaan pasaran ketika ini sangat volatile dan kita telah menyaksikan indeks FBMKLCI kerap kali membuat kejatuhan sejak dua menjak ini.
Ditambah dengan unjuran Bank Pusat di Amerika Syarikat yang dijangkakan akan meningkatkan kadar faedah untuk menstabilkan inflasi negara itu telah mengakibatkan pasaran saham negara itu ditenggelami lautan darah.
Ianya secara tidak langsung memberi kesan kepada pasaran tempatan. Saham-saham teknologi yang mempunyai fundamental yang baik pun membuat kejatuhan harga yang mendadak dalam tempoh sekitar dua minggu dagangan sahaja.
Namun dalam keadaan yang tidak menentu ini, dilihat ada kaunter-kaunter yang dulunya jatuh teruk sedang membuat tapak ketika ini.
Baca: Saham Teknologi Ini Sedang Membuat Tapak Selepas Jatuh Teruk, Bersediakah Anda?
Ada juga saham-saham yang dilihat seolah-olah tidak terkesan dengan sentimen semasa ketika ini dan terus membuat kenaikan seperti saham di bawah ini.
Sumber :
Selepas breakout dia naik terus ke bulan disaat banyak kaunter saham lain di Bursa ke laut. Tetapi kenaikan begini tidak sihat dan takut ianya akan jatuh dengan momentum yang sama nanti.
Ada juga saham-saham lain dilihat sedang membuat fasa uptrend dan pending untuk Breakout 52 Week High dan All Time High Breakout. Yang ini boleh standby dan diperhatikan.
Mari sama-sama kita lihat carta saham dibawah yang diambil pada 26 Januari 2022 selepas pasaran ditutup.
Sedang Pending All Time High Breakout
Sumber :
Saham A ini dilihat mempunyai uptrend line yang cantik dan masih pending untuk membuat breakout All Time High.
Harga saham ini ketika ini sedang berada pada paras sekitar RM1.68 seunit dan rintangan terdekatnya adalah pada paras RM1.69.
Sedang Pending Fresh Breakout
Saham B ini pula dilihat sedang menantikan saat untuk membuat fresh breakout ketika ini. Sebelum ini saham ini ada membuat percubaan untuk breakout tetapi gagal.
Harga saham ini berada pada paras RM0.945 dan rintangan terdekatnya adalah pada paras RM0.995 seunit.
Mampukah saham ini naik semula dan memecahkan garisan resistance tersebut? Sama-sama kita nantikan.
Jadi apa yang boleh anda buat berdasarkan dua carta di atas? Study carta ini, lihat price history-nya dan buat keputusan yang tepat nanti.
Baca: SOP Pembelian Saham Yang Pelabur Wajib Tahu
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




