fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

in Catalyst, Technical Analysis
A A
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bertahan Dengan Baik Meskipun Ketika Faktor Musim Lemah

  • Saranan BELI
  • Harga sasar (TP) RM1.58 melalui SOP dikekalkan
  • Harga saham berpotensi menaik 92%
  • Kadar hasil dividen sekitar 6%

Keputusan 1Q25 dilihat menepati jangkaan. Kami menjangka perolehan akan menaik apabila disokong oleh pemulihan jumlah jualan yang berterusan dan sumbangan daripada perniagaan-perniagaan baharu, yang seterusnya dapat mendorong keumpilan operasi. P/E FY25F 5.8x sekarang membuka peluang menarik untuk memiliki saham Texchem Resources yang berkecimpung dalam pelbagai perniagaan, disokong oleh kunci kira-kira yang kukuh dan penjanaan aliran tunai mantap.

  • Profil Syarikat

Ditubuhkan pada 1973, Texchem Resources (Texchem) ialah sebuah kumpulan syarikat multinasional bertapak di Malaysia yang menjalankan lima perniagaan yang pelbagai – Perindustrian, Kejuruteraan Polimer, Restoran, Bisnes Makanan dan Usaha Niaga – yang melibatkan penjualan bahan-bahan kimia industri, reka bentuk dan pengilangan pelbagai bahagian dan komponen berkaitan polimer, penyelesaian pembungkusan, pengurusan rantaian restoran, pemprosesan dan pemasaran barangan marin, kegiatan akuakultur, dan R&D.

Berkaitan

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

  • Keputusan dalam jangkaan

Untung teras 1Q25 sebanyak RM2.3j (1Q24: -RM1.3j) merangkumi 13% ramalan setahun penuh kami. Keputusan ini dianggap menepati jangkaan kerana kami menjangkakan perolehan lebih kukuh merentas semua unit perniagaannya, dipacu oleh faktor kemusiman lebih baik dan pemulihan berterusan. Untuk makluman, kami membuat penyelarasan untuk kerugian FX belum nyata sebanyak RM1.4j bagi memperoleh perolehan teras kami.

  • Ulasan keputusan

Secara YoY, hasil 1Q25 meningkat 2.5% kepada RM282.4j, dibantu oleh:

  • Pemulihan jumlah jualan yang kukuh dalam perniagaan kejuruteraan polimer (+25.5%)
  • Prestasi perniagaan perindustrian (-3.2%)
  • Makanan (-3.8%), dan restoran (-0.3%) tetap mendatar.

Margin EBITDA berkembang 2.1ppts YoY kepada 8.5% apabila disokong oleh keumpilan operasi daripada jualan lebih tinggi. Secara QoQ pula, hasil menokok 5.9%, diperkukuh oleh pemulihan jumlah jualan dalam semua perniagaan, kecuali restoran yang terjejas akibat faktor musim yang lemah pada bulan Ramadan. Meskipun begitu, untung teras menjunam 67.6% QoQ kepada RM2.3j akibat terjejas oleh faktor musim lebih lemah dan pergerakan FX yang lebih merugikan.

  • Prospek

Perniagaan kejuruteraan polimer patut terus menyaksikan pemulihan yang didorong oleh permintaan lebih tinggi dalam sektor pemacu cakera keras (HDD) dan semikonduktor, pertumbuhan stabil daripada pelanggan-pelanggan sains perubatan dan hayat, dan sumbangan daripada beberapa perniagaan baharu bermargin tinggi. Kami difahamkan kumpulan ini tidak mempunyai pendedahan langsung pada pasaran AS, maka ia tidak terkesan oleh tarif timbal balas yang dilaksanakan oleh Trump. Sementara itu, pihak pengurusan menjangkakan gangguan permintaan yang rendah pada peringkat ini.

Dalam segmen perindustrian, tumpuan pada bahan kimia pukal patut terus merekodkan hasil positif yang membawa kepada jumlah jualan lebih tinggi dan penguasaan pasaran lebih besar. Perniagaan makanan pula mempelbagaikan rantai bekalannya ke Thailand pada FY24 bagi mengurangkan impak langkah kawalan FX, dan pihak pengurusan masih mengharapkan sekatan FX akan mereda. Sementara itu, perniagaan restoran dijangka akan mendapat manfaat daripada faktor musim yang lebih baik akan datang, dengan adanya rancangan untuk mempertingkatkan tawaran menu,mengembangkan cawangan ke kawasan pinggir bandar yang lebih menguntung, menutup cawangan yang berprestasi rendah dan meningkatkan kecekapan operasi.

Akhir sekali, dividen patut mula dibayar semula pada FY25 selepas perolehan pulih dan bayaran dibuat untuk 28% pegangan bernilai RM102.2j dalam Sushi King yang diambil alih pada 2022.

  • Ramalan dan penarafan

Kami kekalkan ramalan perolehan dan TP RM1.58 (termasuk premium/diskaun ESG 0%), kerana keputusan menepati jangkaan. Berdasarkan TP ini, P/E gabungan saham mencecah 11.1x untuk FY25F.

  • Risiko utama
    • i. Kenaikan kos bahan mentah
    • ii. Turun naik harga bahan kimia
    • iii. Persaingan


Penganalisis

Tai Yu Jie +603 2302 8132 ([email protected])
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])

Baca laporan analisis penuh: Texchem Resources : Bertahan Dengan Baik Meskipun Ketika Faktor Musim Lemah; Kekal BELI (25 Apr 2025)

Laporan Sebelumnya: Texchem Resources : Gearing Up For Stronger Growth; Keep BUY (28 Feb 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Texchem Resources : Holding Up Well Despite Soft Seasonality; Still BUY (25 Apr 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Tags: Amerika SyarikatBursa MalaysiaTeChem
Share208ShareSend

Related Posts

Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

3 days ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

4 days ago
Juruaudit Nyata Keraguan Keupayaan Pharmaniaga Teruskan Kesinambungan Perniagaan 
Catalyst

Pharmaniaga Catat Untung Bersih RM29.58 Juta, Lebih Tinggi Pada Suku Pertama 2025

4 days ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

6 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In