“Ada saham yang membuat diskaun sempena Chinese New Year 2022”
Semua sedia maklum bahawa indeks komposit Nasdaq yang menghimpunkan saham syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat mengalami kejatuhan yang mendadak baru baru ini.
Sumber : Trading View
Indeks komposit Nasdaq berada pada paras sekitar 15,859 mata pada 4 Januari 2022 dan telah mengalami kejatuhan sekitar 2,000 mata dalam tempoh kurang sebulan dagangan. Paras komposit indeks ini pada 24 Januari 2022 berada pada sekitar 13,855 mata sahaja.
Ia bukan hanya terkesan untuk indeks Nasdaq, tetapi indeks lain seperti S&P 500 dan Dow Jones juga mengalami kejatuhan yang sama.
Baca: Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Kejatuhan indeks ini juga telah mengheret saham-saham teknologi di pasaran tempatan yang mengakibatkan saham-saham syarikat yang mempunyai fundamental yang bagus pun mengalami kejatuhan sehingga 20% dalam tempoh kurang sebulan.
Saham-saham yang jatuh ini adalah saham-saham yang berharga atas RM3.00 seunit, jadi kejatuhan sekitar 20% dalam tempoh kurang sebulan ini sangat besar nilainya.
Mari kita lihat contoh carta tiga saham teknologi yang dimaksudkan diatas ini.
Kejatuhan Sebanyak 26% Dalam Tempoh Kurang Sebulan
Sumber : Trading View
Saham A merupakan saham sektor teknologi yang mempunyai fundamental yang sangat baik dan masa depan perniagaan yang sangat cerah.
Saham A berharga sekitar RM5.92 seunit pada 4 Januari 2022 dan harga sahamnya mengalami kejatuhan teruk ke paras RM4.37 seunit pada 19 Januari 2022.
Ini merupakan kejatuhan sebanyak 26% untuk tempoh kurang daripada dua minggu dagangan. Jumlah ini adalah sangat besar untuk saham yang bernilai RM5.00 keatas.
Kejatuhan ini bukan sahaja dialami oleh saham A tetapi turut melibatkan saham lain yang mengalami situasi yang serupa.
Kejatuhan Sebanyak 24% Dalam Tempoh Kurang Sebulan
Sumber : Trading View
Saham B ini pula merupakan syarikat semikonduktor yang membekalkan pelbagai produknya ke pelbagai industri di pelbagai negara.
Harga saham ini berada pada RM4.18 seunit pada 4 Januari 2022 sebelum harganya jatuh menjunam ke paras RM3.18 seunit pada 19 Januari 2022.
Ianya merupakan kejatuhan sebanyak RM1.00 atau sekitar 24% dalam tempoh sekitar dua minggu dagangan.
Kejatuhan Sebanyak 17% Dalam Tempoh Kurang Sebulan
Sumber : Trading View
Saham C ini pula merupakan syarikat pembekal semikonduktor yang berjaya membekalkan produknya kepada jenama besar di luar negara.
Saham syarikat ini pada 4 Januari 2022 adalah sekitar RM3.99 seunit sebelum harganya jatuh kepada RM3.28 seunit pada 19 Januari 2022.
Ini merupakan kejatuhan harga sekitar 17.8% untuk saham C ini dalam tempoh kurang daripada dua minggu dagangan.
Kejatuhan yang mendadak ini dilihat seperti sudah sampai ke penghujungnya. Ada potensi ke untuk diperhatikan?
Saham-Saham Teknologi Ini Dilihat Sedang Membuat Tapak!
Sumber : Trading View
Momentum kejatuhan saham A dilihat seolah berhenti pada paras RM4.29 seunit pada carta di atas. Mampukah saham A ini mengekalkan paras support-nya sekitar RM4.29 sebelum kembali rebound atau akan jatuh lebih dalam lagi?
Sumber : Trading View
Saham B ini pula dilihat membuat tapak pada paras RM3.10 dan momentum kejatuhannya juga dilihat terhenti buat seketika.
Mampukah paras support saham B ini menampung harga saham ini atau bakal bocor juga tak lama lagi?
Sumber : Trading View
Momentum kejatuhan saham C ini juga dilihat terhenti buat masa ini. Saham C ini dilihat membuat support pada paras RM3.20. Mampukah paras sokongan harga ini bertahan?
Sebagai pelabur, ini yang kita sebutkan sebagai peluang untuk diperhatikan. Jangan tangkap pisau yang sedang jatuh, tetapi ambil pisau tersebut bila inya sudah berada di lantai.
Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!
Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?
Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?
E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.
Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?
- Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
- Cari Fasa Paling Selamat
- Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
- Dan banyak lagi !
Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.