• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

SOP Pembelian Saham Yang Pelabur Wajib Tahu

in Asas Saham
A A
SOP Pembelian Saham Yang Pelabur Wajib Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Boleh tak nak tahu SOP pembelian saham yang mudah untuk yang baru terlibat dalam pelaburan ini?”

Analisa teknikal adalah antara kajian yang sangat popular dalam pelaburan saham. Analisa teknikal ini menjawab soalan ‘when to buy’ untuk memastikan pembelian saham dilakukan pada masa yang tepat. 

Baca: Analisis Teknikal Menjawab Soalan Bila Masa Terbaik Untuk Beli Dan Jual Saham

Untuk pelabur yang masih samar-samar dalam penggunaan analisa teknikal dalam pembelian saham ini, apa kata anda ikut Standard Operating Procedure (SOP) pembelian saham yang akan dikongsikan dalam artikel kali ini. 

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Apa pula tu SOP pembelian saham?”

SOP pembelian saham ini adalah perkata atau tanda yang anda patut perhatikan sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu saham. Antara SOP ini adalah seperti:-

  • Cari saham yang sedang membuat 52 week high
  • Beli ketika saham membuat breakout with volume
  • Pastikan candlestick membentuk marubozu
  • Beli pada waktu petang
  • Utamakan syarikat yang mempunyai fundamental yang baik

Mari kita baca huraian dengan lebih terperinci tentang SOP pembelian saham ini.

Cari Saham Yang Sedang Membuat 52 Week High

“Kenapa beli yang membuat 52 week high? Kan dah tinggi harga saham tersebut?”

Mencari saham yang sedang membuat 52 week high ini adalah jalan singkat untuk mencari saham yang sedang membuat uptrend.

Pelabur pula sememanya digalakkan untuk membeli saham yang sedang membuat uptrend bagi meningkatkan winning rate dalam pelaburan mereka. 

Selepas kita jumpa saham yang sedang berada dalam zone harga tertinggi selama satu tahun, tunggu saham tersebut membuat Breakout untuk membeli saham tersebut. 

Beli Ketika Saham Membuat Breakout With Volume 

Ketika saham tersebut berjaya memecahkan rintangan dan membuat kenaikan harga 52 week high seperti gambar di atas, ketika ini adalah masa yang terbaik untuk membeli saham tersebut. 

Tetapi nanti dulu, sebelum membeli saham tersebut. Pastikan breakout yang dibuat merupakan breakout with volume dan bukan sekadar breakout sahaja. 

Seperti gambar di atas, saham ini membuat breakout dan disertai dengan volume dibawahnya yang lebih tinggi berbanding volume pada hari-hari sebelumnya. Inilah yang dinamakan tentang breakout with volume. 

Apabila saham tersebut membuat breakout, lagi cantik jika candlestick yang terbentuk tersebut adalah candlestick marubozu. 

Pastikan Candlestick Marubozu Ketika Breakout

Sumber :

Apabila saham telah breakout, sebelum membeli pastikan candlestick saham tersebut membentuk marubozu atau membentuk batang hijau yang panjang seperti carta diatas. 

Pelabur juga perlu memastikan candlestick tersebut telah terbentuk dengan sempurna dan bukan kenaikan sementara. 

Untuk memastikan candlestick ini terbentuk dengan sempurna pula, kita perlulah tunggu disebelah petang. 

Beli Pada Waktu Petang Untuk Confirmation

Belian pada waktu petang ini disarankan adalah untuk memastikan bentuk candlestick yang terbentuk itu telah sempurna dan potensi untuk ianya jatuh lebih rendah kurang berbanding dengan bentuk candlestick pada waktu pagi. 

Saranan ini hanya kepada mereka yang mahu lebih selamat ketika melabur saham, kepada yang sudah mahir dan mempunyai skil pelaburan yang hebat, anda boleh masuk pasaran pada bila-bila masa sahaja. 

Jangan pula marah ketika membaca saranan beli petang ini ya. 

Jika semua SOP di atas telah dipenuhi, satu perkara lagi yang kita perlu berikan keutamaan kepada syarikat yang mempunyai fundamental yang baik. 

Utamakan Syarikat Yang Mempunyai Fundamental Yang Baik

Syarikat yang mempunyai fundamental yang kukuh biasanya mempunyai pergerakan harga saham yang lebih stabil berbanding syarikat yang tidak mempunyai fundamental yang baik.

Oleh itu, jika terdapat beberapa saham yang menepati SOP teknikal diatas, pelabur dinasihatkan untuk mendahulukan syarikat yang mempunyai fundamental yang lebih baik. 

Baca: Beli Saham Apa Hari Ini?

Berikut merupakan SOP pembelian saham yang dikongsikan kepada pembaca kali ini. Dengan mengikuti SOP yang diterangkan diatas, mudah-mudahan pelabur mampu menjana keuntungan dalam pelaburan saham ini. 

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pembaca semua. 

Kerja Makan Gaji Dan Tak Sempat Nak Monitor Saham? Kami Kongsikan Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Kami janji akan dapat banyak ilmu dan mudah faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Memang berbaloi……

Apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang!

DAFTAR WEBINAR SWING TRADING
Share418ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In