Indikator apa yang boleh bagi confirmation bila nak beli?
Dalam analisa teknikal, selain daripada support dan resistance pelabur juga biasanya akan menggunakan indikator yang bertindak sebagai confirmation tools ketika membeli sesuatu saham.
Indikator ini ada banyak. Antara indikator yang sering digunakan adalah seperti:-
- Simple Moving Average
- Relative Strength Index
- Moving Average Convergence Divergence (MACD)
Tetapi hari ini kita akan melihat kepada indikator Ichimoku Cloud tetapi bukan secara menyeluruh, hanya strategi breakout kumo cloud sahaja.
Baca juga: Cara Tingkatkan Winning Rate Dengan Ichimoku Cloud
Kita biasa dengar tentang strategi buy on breakout dimana fokus utama kita adalah dengan menantikan harga saham tersebut memecahkan garisan resistance yang sedia ada.
Kali ini juga kita akan menggunakan strategi breakout, tetapi breakout kumo cloud yang merupakan salah satu komponen dalam indikator ichimoku cloud.
Strategi Breakout Kumo Cloud
Sumber :
Untuk strategi ini, kita hanya akan menggunakan kumo cloud sahaja dengan tetapan seperti diatas dan abaikan komponen lain dalam indikator ichimoku cloud ini.
Nama pun breakout kumo cloud, jadi kita hanya akan melihat atau membeli apabila harga saham tersebut memecahkan kumo cloud dan bukan nya ketika berada dalam kumo cloud.
Mari kita lihat antara saham yang berjaya dalam strategi breakout kumo cloud ini.
Untung Hingga 30% Selepas Breakout Kumo Cloud
Sumber :
Seperti carta saham A diatas, harga sahamnya telah membuat breakout kumo cloud pada 14 Oktober 2021 pada harga USD111.99 seunit.
Selepas daripada breakout tersebut, harga sahamnya meneruskan kenaikan sehingga mencecah harga USD146.69 pada 15 November 2021.
Ini merupakan kenaikan sebanyak 30.9% dalam masa sebulan untuk saham A ini.
Untung 35% Kurang Sebulan Dengan Strategi Breakout Kumo Cloud
Sumber :
Saham B diatas ini pula mula membuat breakout kumo cloud pada 18 Oktober 2021 apabila harganya naik dan ditutup tinggi pada USD222.22 seunit.
Harga saham ini telah mencecah sehingga USD300.28 seunit pada 15 November 2021 dan ini telah menjadikan saham ini melakukan kenaikan sehingga 35.12% dalam masa kurang sebulan.
Untung Hingga 80% Dengan Strategi Breakout Kumo Cloud
Sumber :
Harga saham C ini pula telah memecahkan kumo cloud pada 29 Julai 2021 dengan harga penutupnya pada USD677.35 seunit.
Harga saham C ini pernah mencecah sehingga USD1,229.91 pada 4 November lepas menjadikan harga saham ini meningkat sehingga 81.6% dalam masa kurang daripada 4 bulan sebelum harga saham ini jatuh kepada USD1,013.39 pada 15 November 2021.
Berikut merupakan bagaimana kumo cloud dapat membantu pelabur untuk membuat keputusan membeli dalam pasaran saham.
Tetapi ingat, semua indikator ini hanyalah sebagai alat bantuan sahaja, jangan harapkan indikator semata-mata. Sebaliknya kukuhkan ilmu asas pelaburan saham ini baik dari segi fundamental mahupun teknikal.
Jika dari segi teknikal, pastikan anda ikuti SOP pembelian saham yang betul dahulu ya untuk lebih selamat.
Rujukan percuma: SOP Pembelian Saham Yang Pelabur Wajib Tahu




