Perlu swing berapa lama kalau nak untung besar?
Majoriti dari kita sibuk dengan kerja harian, mana sempat nak tengok chart.
Tetapi dengan strategi swing sebenarnya pelabur tidak perlu untuk melihat chart setiap hari. Cukup sekadar seminggu sekali atau sebulan sekali pun boleh untung lebih daripada 30%.
Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Strategi swing trading ini hanya perlukan anda meluangkan sedikit masa pada hujung minggu untuk mencari saham apa hendak dibeli, dan tunggu alert daripada platform atau screener.
Cara pelaburan ini lebih tenang dan tidak memerlukan masa atau komitmen yang terlalu tinggi daripada pelabur. Sebab itu ramai mereka yang bekerja sepenuh masa memilih strategi swing trading ini untuk memulakan pelaburan saham mereka.
Tak percaya dengan trade seminggu sekali pon boleh buat duit?
Mari kita lihat portfolio Tuan Khuzaimie Khalid baru-baru ini daripada strategi swing yang beliau amalkan.
Niat Nak Swing, Tetapi Terjual Awal
Portfolio Tuan Khuzaimie Khalid
Kaunter saham ini membuat kenaikan dengan volume dan Tuan Khuzaimie masuk beli saham ini awal pada harga RM0.22 seunit dengan niat untuk swing.
Kemudian harga saham ini membuat kenaikan yang sangat tinggi sehingga mencecah lebih daripada RM0.33 seunit sebelum membuat kejatuhan semula pada hari tersebut.
Apabila harga kembali turun, Tuan Khuzaimie sempat menjualnya pada harga RM0.28. Pulangan sekitar 27% dalam masa sehari.
Pegang 7 Hari, Untung Lebih 30%
Portfolio Tuan Khuzaimie Khalid
Daripada carta kaunter saham yang sama, Tuan Khuzaimie mencari peluang dengan kaunter yang sama lagi dengan membeli menggunakan teknik buy on dip pada harga RM0.26 seunit dua hari setelah pembelian pertama beliau tadi.
Kemudian beliau memegang saham ini selama tujuh hari dan menjualnya semula pada harga RM0.35 seunit. Menjadikan pulangan pelaburan beliau dalam tempoh 7 hari itu sebanyak 34.64%.
Jika anda melabur bermodalkan sekitar RM5,000 untuk membeli saham yang sama pada harga yang sama dan menjualnya juga pada RM0.35, untung kasar anda untuk tempoh 7 hari berkenaan adalah sekitar RM1,730.
Kejayaan Tuan Khuzaimie membuat keuntungan secara konsisten dalam pasaran saham ini adalah hasil daripada pengalaman beliau yang pernah rugi besar dalam dunia pelaburan saham.
Namun beliau tidak pernah berputus asa dan gigih mencari ilmu sehinggalah beliau berjaya seperti hari ini.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




