• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?

in Asas Saham
A A
4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Tiada identiti diri ketika melabur saham.”

Adakah anda salah seorang daripada  jenis trader yang dinyatakan di atas?

Sumber: pxfuel

Dipercayai ramai pelabur saham yang tiada identiti ketika terlibat dalam pasaran saham.

Maksud identiti di sini adalah, mereka tidak tahu apakah matlamat dan objektif mereka dalam pelaburan saham.

Berkaitan

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?

Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022

Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?

Pada mulanya, berangan – angan nak jadi pelabur jangka masa panjang. Tetapi tak sampai seminggu dah jual saham yang dibeli pada harga yang rendah dan merugikan.

Satu lagi situasi yang berlainan adalah, apabila seorang pelabur yang konon – kononnya nak menjadi seorang scalper.

Akan tetapi, apabila harga saham jatuh pada paras yang teruk, mereka tidak pula menjualnya.

Akhirnya, saham yang dibeli mengalami kejatuhan yang lebih teruk ekoran tindakan pelabur itu yang lambat membuat keputusan.

Inilah yang dikatakan teknik harapan.

Apabila kita melabur dalam saham, antara perkara yang perlu dilakukan adalah kita perlu kenali diri sendiri.

Sebelum melabur tanya diri kita sendiri adakah kita seorang pelabur atau pedagang.

Baca : Pengurusan Wang, Bergantung Kepada Kemampuan Pedagang

Setiap orang mempunyai matlamat dan dan perspektif yang berbeza dalam pelaburan saham.

“Ada orang yang peram saham lama – lama, ada yang beli dan jual dalam tempoh yang singkat.”

Jika anda berminat untuk menjadi trader, tahukah anda terdapat 4 jenis pedagang dalam dunia pelaburan.

Jom lihat jenis-jenis pedagang yang ada.

1. Scalper

Scalper adalah pedagang yang memegang saham yang dibeli untuk tempoh yang sangat singkat.

Scalper biasanya menjual saham setelah beberapa saat atau minit saham dibeli.

Tujuannya?

Scalper membeli saham dengan tujuan untuk mengambil sedikit keuntungan dalam setiap pergerakan harga saham.

Baca : Scalper Menggoreng Saham Waran Sehingga Mencecah 533% Sehari

Modal yang diperlukan seorang scalper biasanya besar kerana mereka hanya memerlukan pulangan sekitar 1% – 5% dan akan terus menjual pegangan masing-masing.

Time frame yang digunakan pula adalah lebih kecil contohnya 1 minit – 15 minit.

Sumber: Trading View

Seorang scalper memerlukan kecekapan teknikal yang tinggi kerana scalper membeli saham hanya berdasarkan momentum harga saham.

Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah,anda mungkin menepati ciri-ciri seorang scalper.

  • Ingin capai ROI secepat mungkin
  • Cekap dalam analisa teknikal carta saham
  • Mempunyai modal yang besar untuk melabur
  • Mempunyai banyak masa untuk mengkaji pergerakan harga

2. Intraday Trader

Seorang pedagang intraday kebiasaannya memegang saham kurang daripada 24 jam. Nama pun dah intraday.

Maksudnya, seorang Intraday trader membeli saham dan menjual saham tersebut pada hari yang sama.


Sumber: pxfuel

Bunyinya mungkin hampir sama dengan scalper seperti yang diterangkan sebelum ini. Bezanya, intraday trader akan menjual saham setelah beberapa jam.

Situasinya boleh jadi sama ada anda membeli saham di sebelah pagi dan menjual saham tersebut di sebelah petang.

Time frame yang digunakan adalah time frame adalah maksimum 1 jam dan 30 minit.

Sama seperti scalper, seorang pedagang Intraday juga memerlukan kecekapan teknikal yang tinggi. Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, anda juga boleh menjadi seorang pedagang Intraday.

  • Rajin mengikuti perkembangan semasa
  • Mempunyai modal yang besar
  • Cekap dengan analisa teknikal
  • Ingin cepat nampak hasil

3. Swing Trader

Swing Trader pula berbeza dengan scalper dan intraday trader. Pada kebiasaannya, seorang swing trader akan menyimpan saham selama beberapa hari dan boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu.

Teknik swing trading sesuai bagi pelabur saham yang tidak mempunyai modal yang besar dan tidak mempunyai masa.

Baca : Swing Trading: Teknik Popular Bagi Mereka Yang Tak Banyak Masa

Dari sudut modal pelaburan pula, teknik swing tidak memerlukan modal yang besar kerana saham akan disimpan selama berminggu-minggu.

Seorang swing trader akan membeli saham saat wujud catalyst yang menarik mengenai sesebuah syarikat dan industri selagi saham tersebut masih berada dalam fasa uptrend, maka bolehlah layan uptrend tersebut.

Sekiranya trendline uptrend tersebut telah patah, maka swing trader akan menjual sahamnya dan beralih ke saham yang lain.

Buat pengetahuan anda, time frame yang digunakan swing trader lazimnya adalah harian dan mingguan.

Seorang swing trader gemar menukar pegangan sahamnya dari satu saham ke satu saham yang lain kerana ingin memaksimakan keuntungannya.

Oleh itu, sekiranya harga saham tersebut telah mencapai harga sasaran pedagang akan memilih untuk menjual saham tersebut.

Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, anda mungkin sesuai dengan teknik swing.

  • Bekerja sepenuh masa
  • Tidak memerlukan modal yang besar
  • Membuat analisa fundamental syarikat
  • Rajin mengkaji prestasi kewangan syarikat
  • Tidak mengharapkan pulangan yang cepat

4. Position Trader

Position trader adalah pedagang yang menyimpan saham untuk tempoh yang lebih lama iaitu selama berbulan-bulan.

Pedagang jenis ini biasanya menyimpan saham untuk tempoh yang lama kerana percaya bahawa saham tersebut mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi.

Oleh itu, seorang position trader mengfokuskan kajian fundamental kerana jika ingin memegang saham untuk tempoh yang lama, kenalah pilih saham yang baik dari sudut fundamental.

Sumber: pxfuel

Untuk rekod, time frame yang digunakan position trader adalah harian dan mingguan.

Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, anda sesuai untuk menjadi position trader.

  • Bekerja sepenuh masa
  • Fahaman fundamental yang kukuh
  • Mempunyai kesabaran yang tinggi
  • Tidak gemar melihat carta setiap hari
  • Tidak mengharapkan pulangan yang cepat

Kesimpulannya ada 4 jenis pedagang yang ada dalam pelaburan saham seperti yang diterangkan di atas iaitu scalper, intraday, swing trader dan position trader.

Sekarang tanya diri anda, yang mana satukah diri anda?

Baca : 3 Indikator Mudah Untuk Pelabur Baru Gunakan

Jika anda adalah pelabur yang masih baru dalam pelaburan saham, seeloknya elakkan pelaburan jangka masa yang sangat singkat kerana risiko yang anda tanggung adalah sangat tinggi.

Sebagai nasihat, anda boleh mulakan dengan menjadi seorang swing trader atau position trader terlebih dahulu.

Untuk anda yang sedang kerja makan gaji, teruskan bekerja dan belajar cara buat duit tambahan dengan menjadi seorang Swing Trader!

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memag mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

Bawa kawan atau pasangan dan daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!
Klik >> thekapital.my/swing

Share1495ShareSend

Related Posts

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?
Asas Saham

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?

2 months ago
Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022
Asas Saham

Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022

2 months ago
Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?
Asas Saham

Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?

3 months ago
Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Asas Saham

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

4 months ago
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In