Nak mula melabur saham kena ada akaun CDS dulu, tapi nak buka CDS yang mana?
Seperti yang kita tahu, untuk melabur saham kita perlukan akaun CDS untuk menyimpan saham yang dibeli dan akaun pelaburan untuk melakukan transaksi jual beli saham. Biasanya akaun pelaburan dan CDS ini dibuka sekali.
Tapi akaun CDS ini ada dua jenis dan ianya mempunyai beberapa perbezaan ketara antara kedua-dua jenis akaun ini.
Dua jenis akaun CDS dikenali sebagai Direct Account dan Nominee Account.
Jadi apa beza antara kedua-dua jenis akaun pelaburan dan CDS ini? Apa pula kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis akaun ini?
Mari kita lihat apa itu Direct Account dan Nominee Account.
Akaun CDS Direct
Akaun CDS Direct ini merupakan akaun yang berdaftar atas nama pelabur sendiri. Ini bermakna pelabur memiliki akaun atas nama sendiri dan semua saham yang dibeli adalah atas nama pelabur dan bukannya atas nama pihak ketiga atau nama broker.
Dengan mempunyai akaun direct ini, pelabur mempunyai beberapa kelebihan seperti:-
- Layak hadir ke mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan oleh syarikat
- Menerima dividen secara terus ke akaun bank tanpa kos tambahan
- Boleh digunakan untuk memohon IPO
- Menerima laporan tahunan syarikat secara terus ke alamat rumah pelabur
Satu lagi kelebihan mempunyai akaun direct ini adalah anda boleh memindahkan saham daripada satu akaun CDS ke akaun CDS yang lain dengan menggunakan aplikasi Bursa Anywhere.
Baca: Pindah Saham Dari Satu CDS Ke CDS Yang lain Dengan Bursa Anywhere
Satu perkara lagi adalah semasa pembukaan akaun CDS direct, pelabur boleh memilih remisier yang anda mahu dengan berhubung terus dengan remisier atau wakil pemasaran remisier tersebut untuk membuka akaun CDS bersama mereka.
Jadi jika ada berlaku apa-apa masalah nanti kita tahu lah nak berhubung dengan siapa, ada remisier juga menyediakan kelas asas saham percuma kepada pelanggan mereka.
Baca: Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur
Kekurangan akaun CDS direct ini tidak banyak, cuma tempoh masa pembukaan akaunnya sedikit panjang sekitar seminggu atau dua minggu.
Akaun CDS Nominee
Akaun CDS Nominee ini pula merupakan akaun CDS yang didaftarkan atas nama broker. Ini bermakna semua transaksi belian, jualan dan juga saham itu adalah atas nama broker dan bukanya pelabur.
Kelebihan pembukaan akaun nominee ini adalah tempoh masa pembukaan akaun yang sangat cepat. Ada broker yang membolehkan akaun CDS untuk siap pada hari yang sama pembukaan, ada juga yang mengambil masa sehari atau dua.
Selain itu, jika berlaku sebarang corporate exercise atau action seperti right issue atau expiry warrant, pihak broker akan menghubungi pelabur untuk memaklumkan perkara tersebut. Jadi tidaklah pelabur terlepas untuk bertindak nanti.
Namun akaun CDS Nominee ini juga mempunyai kelemahannya tersendiri. Antaranya adalah seperti:-
- Tidak boleh memohon IPO menggunakan akaun nominee
- Dividen daripada syarikat dikreditkan ke trust account nominee
- Tidak layak hadir ke mesyuarat agung tahunan syarikat
Akaun jenis ini juga tidak akan muncul di aplikasi Bursa Anywhere dan pelabur tidak boleh memindahkan saham daripada akaun ini ke akaun saham yang lain.
Berikut merupakan antara perincian tentang dua jenis Akaun CDS dan pelaburan yang ada. Selepas dah tahu ini, jangan tersalah buka pula.
Baca: Kenapa Perlu Ada Lebih Daripada Satu Akaun CDS?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)