• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Pindah Saham Dari Satu CDS Ke CDS Yang Lain Dengan Bursa Anywhere

in Hebahan
A A
Pindah Saham Dari Satu CDS Ke CDS Yang Lain Dengan Bursa Anywhere
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

“Brokerage Fee CDS sekarang mahal sangat, macam mana nak transfer saham yang ada ke CDS lain?”

Sebelum kita mulakan pelaburan saham, kita perlu mempunyai akaun pelaburan dan juga akaun Cash Depositary System (CDS).

Akaun pelaburan adalah untuk kita membeli dan menjual saham manakala akaun CDS pula untuk kita menyimpan saham yang dibeli, sama fungsinya seperti akaun simpanan bank kita.

Semasa awal-awal terlibat dalam dunia pelaburan, kita biasanya akan membuka akaun dengan broker yang ada di depan mata lebih-lebih lagi yang menawarkan pembukaan akaun secara percuma selepas hadiri seminar saham.

Waktu itu kita masih tidak tahu apa servis yang ditawarkan dan fi yang dikenakan untuk melabur, yang kita tahu, pembukaan akaun adalah percuma.

Selepas menggunakan perkhidmatan broker tadi, rasa menyesal mula hadir kerana brokerage fee yang dikenakan terlalu mahal berbanding broker lain, tambahan lagi servis yang ditawarkan tidak memuaskan.

Lagi menyakitkan hati apabila kita dapat remisier yang sangat tidak membantu dan tiada sebarang pertolongan ditawarkan kepada kita.

Maka, kita pun mula terdetik untuk menggunakan perkhidmatan daripada broker dan remisier lain untuk memenuhi kehendak kita.

Tetapi masalahnya kita masih mempunyai pegangan saham yang banyak di dalam akaun CDS yang lama. Jika hendak jual sekarang untuk dapatkan tunai, akan menyebabkan kerugian.

Apa boleh kita buat?

Sebenarnya kita boleh pindahkan saham dari satu CDS ke CDS yang lain tanpa perlu menjualnya terlebih dahulu.

Mari kita lihat cara pindahkan saham dari satu CDS ke CDS yang lain dengan aplikasi Bursa Anywhere.

Baca: Aplikasi Bursa Anywhere- Semua Pelabur Wajib Download

Pindah Saham Ke CDS Lain Dengan Aplikasi Bursa Anywhere

Sumber: Bursa Malaysia

Bursa Anywhere merupakan inisiatif daripada Bursa Malaysia untuk memudahkan pelabur mengemas kini maklumat akaun CDS secara online. Aplikasi ini juga mempunyai fungsi lain seperti:

  • Pemindahan saham ke CDS yang berbeza
  • Aktifkan semula CDS yang tidak aktif
  • Aktifkan semula CDS yang sudah dormant

Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan pelabur untuk membuka CDS secara online dan melanggan eIPO.

Baca: Tutorial Buka Akuan CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Selepas selesai pendaftaran di aplikasi ini, barulah kita boleh memindahkan saham daripada satu CDS ke CDS yang lain.

Tutorial Pindah Saham Ke CDS Lain Dengan Bursa Anywhere

Sumber: Bursa Anywhere

Selepas anda log in ke dalam aplikasi Bursa Anywhere, anda akan melihat CDS daripada broker yang anda miliki.

Seterusnya anda perlu tekan di bahagian My Services seperti yang ditunjukkan gambar diatas.

Sumber: Bursa Anywhere

Di bahagian seterusnya ini adalah servis-servis yang ditawarkan oleh Bursa Anywhere kepada pelabur. Untuk memindahkan saham daripada satu akaun ke akaun yang lain, anda perlu klik pada Transfer Of Securities.

Sumber: Bursa Anywhere

Pilih akaun CDS yang mempunyai pegangan saham untuk dipindahkan ke CDS yang lain. Contoh diatas adalah memilih CDS Malacca Securities (MPLUS) seperti di atas. 

Sumber: Bursa Anywhere

Selepas itu, pilih saham yang anda ingin pindahkan daripada CDS MPLUS tadi ke CDS yang lain. Contohnya anda ingin memindahkan saham INARI ke CDS yang lain, jadi anda perlu pilih saham INARI tersebut berserta jumlah yang hendak dipindahkan.

Kemudian anda pilih CDS baru yang ingin anda pindahkan. Contohnya anda memilih untuk pindahkan saham tadi ke CDS CGS-CIMB seperti gambar diatas.

Sumber: Bursa Anywhere

Akhir sekali adalah persetujuan untuk pemindahan dilakukan dan kos pemindahan yang dikenakan sebanyak RM 10.00 untuk setiap transaksi.

Proses pemindahan saham ini biasanya akan mengambil masa 24 jam atau satu hari. Jadi jangan terkejut pula bila dah pindah saham tetapi bila periksa tiada.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share964ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In