Dah ada satu CDS cukup la, kenapa nak buka banyak-banyak?
Untuk mula melabur dalam pasaran saham, kita memerlukan akaun pelaburan iaitu Central Depository System (CDS) akaun.
Jika akaun bank yang kita ada adalah untuk menyimpan duit, akaun CDS pula adalah untuk pelabur menyimpan saham yang telah dibeli di pasaran terbuka.
Biasanya apabila membuka akaun CDS ini, pelabur akan diberikan sekali akaun pelaburan atau trading platform yang disediakan oleh broker masing-masing.
Sumber: Bursa Malaysia
Di Malaysia, terdapat lebih daripada 16 Broker yang menawarkan perkhidmatan pembukaan akaun CDS kepada pelabur seperti:
- Maybank Investment Bank
- Affin Hwang Investment Bank Berhad
- CGS-CIMB Securities Sdn Bhd
- Malacca Securities Sdn Bhd
Tetapi untuk pembukaan akaun secara online buat masa ini hanya broker daripada CGS-CIMB dan juga Malacca Securities sahaja yang ada.
Baca: Buka Akaun CDS Mplus Secara Online Dan Mula Melabur
Persoalannya adalah, perlukah seseorang pelabur membuka lebih daripada satu akaun CDS untuk melabur saham ini?
Mari kita lihat antara sebab dan kelebihan mempunyai lebih daripada satu akaun CDS kepada seorang pelabur.
Kelebihan Ada Lebih Daripada Satu Akaun CDS
Kita tahu fungsi akaun CDS hampir sama dengan fungsi akaun bank biasa iaitu menyimpan aset yang dimiliki. Jika akaun bank menyimpan wang, CDS pula untuk menyimpan saham.
Ramai antara kita mempunyai lebih daripada satu akaun bank untuk menyimpan wang kan? Mungkin di bank A kita gunakan secara aktif untuk berbelanja dan akaun bank B pula untuk menyimpan wang kecemasan.
Dua akaun bank yang mempunyai fungsi sama tetapi digunakan untuk tujuan berbeza kepada setiap orang.
Begitu juga dengan akaun CDS ini, walaupun fungsinya sama untuk melakukan transaksi jual beli dan simpan saham, namun kita boleh gunakan untuk tujuan yang berbeza.
Mari kita lihat antara sebab perlu ada lebih daripada satu akaun CDS.
Untuk Objektif Pelaburan Yang Berbeza
Dalam pelaburan saham, kita tahu bahawa terdapat lebih daripada satu strategi pelaburan yang digunapakai oleh para pelabur.
Ada yang membeli untuk mendapatkan dividen dan pelaburan jangka masa panjang, ada juga yang membeli untuk mendapatkan capital gain untuk sesuatu tempoh yang lebih singkat.
Jadi tujuan untuk mempunyai lebih daripada satu akaun CDS ini memudahkan pelabur untuk melabur mengikut strategi yang telah ditetapkan.
Mungkin akaun CDS daripada Broker A untuk pelaburan jangka masa panjang dan tidak perlu dibuka dan monitor secara kerap.
Akaun CDS daripada broker B pula untuk pelabur menggunakan teknik swing bagi mendapatkan pulangan daripada capital gain dalam masa yang lebih singkat.
Dengan adanya lebih daripada satu CDS ini, modal pelaburan juga dapat diasingkan siap-siap mengikut CDS dan dapat membantu mengawal emosi pelaburan lebih tenang.
Sumber Kajian Pasaran Daripada Pelbagai Broker
Sumber: CGS-CIMB & Affin Hwang Investment
Setiap broker biasanya akan menyediakan kajian dan penyelidikan berkaitan syarikat dan saham yang didagangkan di pasaran saham tempatan dan juga antarabangsa.
Dengan pelbagai sumber rujukan kajian broker-broker ini, pelabur akan dapat melihat kajian daripada perspektif berbeza dalam kalangan penganalisis sekaligus membantu pelabur dalam pelaburan mereka.
Broker juga biasanya akan memberikan stock highlight atau stock idea hampir setiap hari sebelum pasaran dibuka untuk membantu pelabur mendapatkan saham-saham yang berpotensi untuk dibeli.
Kelas Saham Percuma Kepada Pelabur
Pelanggan bagi setiap broker biasanya akan dijemput untuk menghadiri sesi perkongsian tentang pelaburan secara percuma oleh broker masing-masing.
Webinar percuma ini pula akan dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dalam pasaran saham dan perkongsian mereka pada sesi market outlook misalnya boleh memberikan input yang sangat bagus kepada pelabur.
Lagi banyak broker, lagi banyak lah kelas percuma ini!
Banyak lagi sebab dan kelebihan jika anda mempunyai lebih daripada satu akaun CDS selain daripada apa yang diterangkan di atas.
Jadi, apa salahnya jika kita mempunyai lebih daripada satu akaun? Kos untuk membuka pun murah je sekitar RM11.00 sahaja.
Baca: Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->





![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)