• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sebanyak 44 Juta Unit Saham CTOS Untuk Dimiliki Rakyat Malaysia

in Market Update
A A
Sebanyak 44 Juta Unit Saham CTOS Untuk Dimiliki Rakyat Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Rata-rata rakyat Malaysia kenal dengan syarikat peneraju Agensi Pelaporan Kredit (CRA) tempatan iaitu CTOS Sdn Bhd (CTOS). CTOS merupakan syarikat yang menyediakan data dan analisis kepada pelanggan untuk membantu mereka menguruskan risiko kredit.

Satu lagi syarikat yang disokong oleh Creador bakal tersenarai di pasaran saham tempatan

Syarikat ini bakal tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan akan dikenali sebagai CTOS Digital Berhad dengan apungan saham berjumlah sekitar 1.1 bilion unit. Daripada jumlah ini, ianya terbahagi kepada dua iaitu:

  • 900 juta terdiri daripada saham yang sedia ada
  • 200 juta pula adalah saham baru yang diterbitkan.

Syarikat ini dijangkakan akan bernilai RM2.0 bilion ketika diapungkan dan harga seunit saham CTOS bernilai sekitar RM0.90.

Setakat artikel ini ditulis, prospektus CTOS masih belum memutuskan nilai bagi seunit saham syarikat ini. 

Pembahagian Saham CTOS

Untuk meningkatkan kadar kecairan saham syarikat ini semasa disenaraikan, CTOS akan membahagikan (subdivision) satu saham syarikat ini kepada 20 bahagian dan akan menjadikan keseluruhan saham syarikat kepada 2,000,000,000 unit.

Daripada jumlah ini, saham ini akan ditawarkan kepada dua kumpulan utama iaitu:-

  • Pelabur Institusi
  • Pelabur Runcit

Sebanyak 936,000,000 IPO akan diagihkan pelabur institusi yang merupakan 42.55% daripada jumlah keseluruhan saham CTOS. Tawaran ini khusus diberikan kepada:

  • Pelabur Institusi tempatan dan pelabur terpilih
  • Pelabur Institusi asing 

Pelabur runcit pula ditawarkan IPO saham ini sebanyak 164,000,000 atau 7.45% daripada keseluruhan apungan saham ini. 

Daripada jumlah ini, 120,000,000 atau 5.45% daripada keseluruhan saham ini akan dikhaskan kepada Eligible Persons seperti:

  • Pengarah syarikat (3,200,000 unit)
  • Pekerja syarikat yang layak (26,800,000 unit)
  • Mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat (90,000,000 unit)

Lebihan sebanyak 44,000,000 saham yang diterbitkan atau 2.00% sahaja yang akan terbuka untuk cabutan kepada umum.

Jumlah yang dinyatakan diatas tidak muktamad dan tertakluk kepada proses pembahagian semula.

Dana Ini Akan Digunakan Untuk Apa?

Menurut prospektus CTOS, dana daripada terbitan IPO ini akan digunakan untuk tiga perkara utama iaitu:-

  1. Membayar semula pinjaman bank
  2. Membayar kos perbelanjaan yang terlibat untuk proses IPO
  3. Pengambilalihan syarikat yang akan ditentukan 

Hutang keseluruhan CTOS dianggarkan sekitar RM163.5 juta yang terdiri daripada beberapa jenis hutang seperti:

  1. USD21.2 juta atau RM88.1 juta daripada RHB Term Loan 1
  2. RM43.9 juta daripada RHB Term Loan 2 
  3. RM32.0 juta daripada RHB Term loan 3

Kos yang terlibat dalam proses IPO ini termasuk kos-kos seperti pengiklanan, yuran kepada pihak berkuasa, kos perjalanan dan pelbagai lagi pula dianggarkan sekitar RM10.9 juta.

Untuk proses pengambilalihan syarikat pula, CTOS menumpukan syarikat-syarikat yang mempunyai sinergi digital yang sesuai dengan syarikat ini untuk melebarkan segmen penyelesaian digital mereka kepada pelanggan mereka. 

Struktur Syarikat CTOS Digital

CTOS Digital mempunyai beberapa syarikat yang bernaung dibawahya dan kesemua anak syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh CTOS Digital  seperti:

  1. CTOS Data Systems
  2. CTOS Business
  3. Intellidata Solutions
  4. Automated Mail Responder

Siapa Pesaing CTOS Digital?

Antara pesaing kepada syarikat CTOS Digital yang menawarkan perkidmatan yang hampir sama  adalah seperti Experian dan CBM.

Namun, jika dibandingkan nilai pasaran berdasarkan pendapatan syarikat, CTOS Digital mendahului syarikat lain hampir 6 kali ganda.

Laporan Kewangan Syarikat CTOS Digital

Melihat daripada laporan kewangan menerusi prospektus CTOS Digital, syarikat ini mencatatkan pertumbuhan keuntungan kasar secara konsisten. Keuntungan kasar CTOS pada tahun 2020 adalah sebanyak RM121.44 juta, meningkat sebanyak 12.9% berbanding tahun sebelumnya.

Patuh Syariah Ke Saham CTOS Digital Ni?

Saham CTOS yang bakal diapungkan di pasaran ini adalah patuh syariah. Jadi dah boleh melabur tanpa was-was. 

Jemput baca juga:

  • Initial Public Offering (IPO); Sejarah Satu-Satu Saham Bermula Di Bursa Malaysia
  • Rahsia Buat Keuntungan Dengan Membeli IPO
  • Untung 260% Dengan Saham IPO Pada Hari Pertama

Belajar dan Terus Belajar!

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Buku pun banyak boleh dibeli secara online. 

Alhamdulillah buku Malaysia Melabur Saham telah terbit. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Buku Malaysia Melabur Saham

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
  • Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.
This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Isi-Kandungan-1200x800-ONPAY-700x467.jpg

Testimoni

“Buku ini memang sangat membantu bagi mereka yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham”- TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD (MSTA,CFTe), Master Trainer Asri Ahmad Academy, Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018

“Dalam dunia pelaburan saham ni banyak cabangnya, dengan membaca buku ini anda tahu nak mula”- TUAN HAJI ZAINAL ARIFFIN OSMAN (MSTA, CFTe, IFTA, UKSTA, MATA), Certified Technical Analyst, Senior Vice President Inter-Pacific Securities

“Dengan membaca buku ini, ianya dapat membantu kita agar tak tersalah langkah dalam melabur saham”- TUAN NAZARRY ROSLI (CCFT, CFP, MSTA, CFTe), Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Share1072ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In