“Wow, bestnya dapat profit 260% dalam masa satu hari!”
IPO adalah singkatan bagi Initial Public Offering (IPO) yang bermakna tawaran permulaan saham syarikat sebelum saham tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia. Melabur melalui IPO mempunyai kadar risiko yang agak rendah walaupun sukar untuk dapat.
Baca: Initial Public Offering (IPO); Sejarah Satu-Satu Saham Bermula Di Bursa Malaysia
Hampir kesemua (tetapi bukan semua) saham IPO pada tahun lepas (2021) membuat kenaikan pada hari pertama disenaraikan. Baca lagi Top 5 Prestasi IPO Untuk Tahun 2021
Ramai pelabur melihat peluang untuk membuat keuntungan daripada IPO lalu menyebabkan orang ramai tidak mahu ketinggalan memohon saham-saham yang bakal disenaraikan.
Sebelum itu, saya ingin tekankan bahawa artikel ini tidak bertujuan memberi sebarang saranan belian dan jualan terhadap saham IPO dan saham yang telah disenaraikan.
Baca: Prestasi IPO Bagi Tahun 2020, Ada Yang Naik 128% Pada Hari Pertama
Pembaca sebaiknya membuat kajian sendiri secara holistik dengan membaca prospektus syarikat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli saham IPO tersebut.
Baru-baru ini terdapat sebuah syarikat yang baru sahaja disenaraikan dan harga IPOnya berjaya melonjak naik setinggi 260% pada hari pertama disenaraikan.
Kalau nak tahu, saham tersebut adalah Flexidynamic.
Saham Flexi ditawarkan pada harga hanya RM0.20 sebelum saham ini disenaraikan. Saham ini telah oversubscribed sebanyak 155.72 mata (yang mohon terlebih ramai).
Ini bermakna, saham Flexi mendapat permintaan yang sangat tinggi dan Flexidynamic menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM15.05 juta daripada IPO tersebut.
Baca: Flexidynamic sasar RM15.05 juta daripada IPO
Dari RM15.05 juta hasil yang diperoleh dari IPO, RM6.38 juta akan digunakan untuk membayar pinjaman bank yang diambil untuk membiayai pembelian kilang baru.
Sebanyak RM0.42 juta lagi akan digunakan untuk pengubahsuaian kilang-kilang ini, sementara RM1.63 juta diperuntukkan untuk pembelian mesin dan peralatan.
Dari hasil tersebut, RM3.62 juta lagi akan diperuntukkan untuk modal kerja, dengan RM3.0 juta lagi akan digunakan untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian.
Kilang baru Flexidynamic dijangka siap pada Mei 2021, dengan operasi kilang akan bermula suku ketiga tahun ini.
Operasi kilang ini dijangka akan menyumbang kepada perolehan syarikat di masa hadapan kelak.
Nak tahu apakah perniagaan yang dijalankan Flexidynamic?
Flexidynamic merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sistem pengklorinan kepada syarikat pengeluar sarung tangan getah.
Fasiliti pembuatan syarikat ini terletak di Banting, Selangor dan syarikat ini turut hadir dalam pasaran luar negara seperti Vietnam, Indonesia, Sri Lanka dan Thailand.
Kumpulan syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam :-
- Reka bentuk
- Kejuruteraan
- Pemasangan
- Pengoperasian sistem klorinasi
Pada hari pertama Flexi disenaraikan, Flexi dibuka pada harga RM0.69 melonjak naik ke harga tertinggi hari tersebut sehingga mencecah RM0.72.
Kenaikan ini adalah sebanyak 260% sekiranya anda berjaya membeli Flexi ketika IPO pada harga RM0.20 dan menjualnya pada RM0.72 sebaik sahaja ianya disenaraikan.
Dekat mana lagi agaknya boleh bagi pulangan 260% dalam masa sehari?
Jika anda melabur dengan RM1,000 sekalipun, anda telah berjaya mendapat pulangan RM2,600 sekiranya anda menjual pada harga tertinggi tersebut.
Akan tetapi, berlaku pengambilan untung pada saham Flexi yang menyebabkan harga saham ini mengalami kejatuhan yang teruk pada hari pertama ianya tersenarai.
Para pelabur dah untung besar sudah tentu nak nikmati keuntungan tersebut kan?
Kalau nak tahu anda juga boleh mengambil peluang membuat keuntungan melalui saham IPO. Nak tahu caranya?
Baca: Bagaimana cara nak beli saham IPO? Mohon online senang
Jangan lepaskan peluang ini kerana tahun ini Bursa Malaysia dijangka meriah dengan IPO.
Natijahnya, saham-saham IPO semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan pelabur tempatan yang melihat IPO sebagai peluang untuk menggandakan pelaburan mereka dengan mudah.
Jangan beli saham IPO secara melulu kerana anda perlu pastikan dahulu syarikat tersebut sesuai dibeli atau tidak.
Akhir kata, jangan lupa untuk baca prospektus syarikat dan pastikan status syariah saham tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli IPO.
Panduan percuma:
- Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia
- Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera MITI Version 2.0 Membolehkan Kita Beli IPO Secara Online
- 10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Beli IPO Farm Fresh
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards