Sebelum sesuatu saham syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia, saham syarikat tersebut akan ditawarkan kepada orang awam sebagai Initial Public Offering (IPO). Anda perlu faham bahawa disebalik setiap saham syarikat itu sebenarnya adalah sebuah perniagaan yang sedang berjalan.
Anda pasti kenal syarikat seperti Nestle, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Pos Malaysia dan Dutch Lady, bukan?
Mengapa sesebuah syarikat itu membuat keputusan untuk memberi penawaran IPO ini kepada umum?
IPO bermaksud syarikat memberikan penawaran kepada orang awam seperti kita untuk memohon menjadi pemegang saham syarikat itu sebelum sahamnya syarikat itu diniagakan di Bursa Malaysia.
Secara asasnya, setiap perniagaan mempunyai saham mereka sendiri. Bagi mengembangkan perniagaan, syarikat mula menawarkan perniagaan mereka untuk dimiliki oleh orang awam melalui penawaran IPO. Permohonan IPO ini pula boleh dibuat melalui dua cara iaitu; MITI (Ministry of International Trade and Industry) dan platform bank atas talian.
Pada permulaan penawaran saham syarikat ditawarkan kepada orang awam, MITI membuka peluang permohonan kepada bumiputera sahaja melalui laman web MITI sendiri. Bagi platform bank atas talian pula, terdapat dua platform yang boleh digunakan, iaitu; Maybank2u dan CIMB Clicks. Kedua-dua platform ini boleh digunakan oleh bumiputera dan juga bukan bumiputera dalam membuat permohonan IPO.
Namun, pembukaan tawaran pembelian IPO akan dibuat di MITI terlebih dahulu, iaitu dalam tempoh tiga bulan hingga satu tahun lebih awal berbanding di platform bank atas talian. Ini adalah kerana pihak kerajaan mahu membuka peluang kepada bumiputera terlebih dahulu untuk memiliki pemegangan saham syarikat melalui IPO sebelum dibuka kepada orang awam.
MITI menawarkan pemilikan IPO yang amat menarik kepada bumiputera, kerana modal pendahuluan pembelian IPO akan diberikan oleh pihak MITI kepada para pemohon. Ini bermakna mereka yang memohon IPO syarikat melalui MITI, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal pendahuluan kerana modal ini akan dibekalkan oleh pihak kerajaan kepada pemohon yang berjaya.
Anda hanya perlu membayar unit saham yang anda pohon selepas permohonan anda berjaya. Namun, untuk mendapatkan kelebihan sebegini, anda perlu melengkapkan dokumen yang banyak.
Permohonan IPO Melalui Laman Web MITI
Kata kunci seperti “MITI IPO” boleh digunakan dalam enjin carian Google dalam membuat carian ke atas laman web MITI. Pilihan “MITI Saham Online” akan muncul pada carian paling atas pada paparan skrin. Dengan mengetik kata kunci tersebut, anda akan dibawa ke laman web utama MITI, iaitu sahamonline.miti.gov.my.

Contoh paparan halaman utama MITI sekiranya tiada sebarang makluman IPO baharu. (Sumber: MITI.)
Sekiranya terdapat IPO yang bakal disenaraikan dalam masa terdekat, nama syarikat-syarikat akan disenaraikan pada bahagian “makluman” di halaman utama laman web ini. Di situ, turut dinyatakan tentang tempoh masa validity tawaran itu, iaitu pada tarikh tawaran akan mula dibuka beserta tarikh tawaran itu akan ditutup.

Contoh paparan halaman utama MITI sekiranya terdapat makluman berkenaan IPO yang bakal disenaraikan
Setelah anda tahu nama-nama syarikat yang bakal disenaraikan, anda boleh mula membuat kajian prospek syarikat yang anda minat, sama ada syarikat tersebut memiliki potensi untuk berkembang dan bergerak jauh atau pun sebaliknya.
Jika ada sehingga tiga IPO yang disenaraikan dalam satu masa, bagaimana pula cara untuk memilih IPO yang terbaik untuk dipohon?
Anda boleh mengetik pada tulisan hijau yang bertulis “maklumat lanjut” di penghujung pengumuman nama IPO yang akan memberitahu maklumat lebih lanjut tentang prospek IPO yang ditawarkan.
Di situ terdapatnya maklumat berkaitan dengan bilangan unit khas untuk Bumiputera yang ditawarkan, anggaran harga tawaran bagi setiap unit, aktiviti utama syarikat, serta beberapa maklumat lain berkenaan latar belakang syarikat.
Melalui pembacaan ke atas prospek syarikat, anda boleh mengenal pasti syarikat-syarikat di Bursa Malaysia yang mempunyai kaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat yang bakal menawarkan IPO tersebut.
Apa lagi? Marilah kita bersama-sama merebut peluang IPO yang menarik ini!
Kenapa best sangat IPO ni? Jemput baca Prestasi IPO Bagi Tahun 2019, Ada Yang Harganya Naik 115% Selepas Sehari.
Zero Pasal Pelaburan Saham?
Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham. Buku pun banyak boleh dibeli secara online.
Alhamdulillah buku Malaysia Melabur Saham telah terbit. Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Kenapa Kena Beli Buku Ini?
- Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
- Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
- Tak dapat nak belajar secara face-to-face, boleh slow-slow baca buku ini.
- Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.
- Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Testimoni
“Buku ini memang sangat membantu bagi mereka yang nak mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham”- TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD (MSTA,CFTe), Master Trainer Asri Ahmad Academy, Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018
“Dalam dunia pelaburan saham ni banyak cabangnya, dengan membaca buku ini anda tahu nak mula”- TUAN HAJI ZAINAL ARIFFIN OSMAN (MSTA, CFTe, IFTA, UKSTA, MATA), Certified Technical Analyst, Senior Vice President Inter-Pacific Securities
“Dengan membaca buku ini, ianya dapat membantu kita agar tak tersalah langkah dalam melabur saham”- TUAN NAZARRY ROSLI (CCFT, CFP, MSTA, CFTe), Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)
Buku Malaysia Melabur Saham kini dibuka untuk jualan. Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham
Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)