• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Sudahkah Anda Memohon IPO Tuju Setia?

in Hebahan
A A
Sudahkah Anda Memohon IPO Tuju Setia?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

“Saham IPO yang baru tu korang dah beli ke?”

Sebelum itu nak tanya anda tahu tak apa itu IPO? IPO merupakan akronim bagi Initial Public Offering ataupun juga dikenali sebagai tawaran awam permulaan.

Syarikat yang memerlukan dana tambahan akan membuat permohonan kepada Bursa Malaysia dan akan disaring dengan proses saringan yang ketat sebelum dibenarkan untuk disenaraikan di pasaran saham.

IPO juga merupakan terbitan syer yang baru diwujudkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran, yang biasanya lebih murah daripada harga pada hari pertama saham tersebut tersenarai kelak.

Tahun lepas kita telah menyaksikan hampir kesemua IPO berjaya memberi pulangan yang baik kepada para pemegang saham sebaik sahaja disenaraikan pada hari pertama.

Terdapat pemegang saham IPO yang mendapat pulangan sebanyak 20%, 30% dan malah ada yang melebihi 100%.

Malah ada juga yang berjaya menjana keuntungan setinggi 260% dengan saham IPO pada hari pertama. Saham yang berjaya membuat kenaikan setinggi 260% pada hari pertama adalah saham Flexidynamic yang juga baru sahaja disenaraikan pada tahun ini.

Baca: Untung 260% Dengan Saham IPO Pada Hari Pertama

Baru-baru ini Bursa Malaysia telah mengumumkan IPO terkini iaitu Tuju Setia.


Sumber: Bursa Malaysia

Jom kami kongsikan beberapa maklumat menarik mengenai Tuju Setia kepada anda.

Siapa Tuju Setia?

Tuju Setia Berhad adalah sebuah syarikat pemaju hartanah yang akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.

Tuju Setia ditubuhkan pada tahun 2005 dan telah berada dalam industri ini selama 16 tahun. Teras perniagaan syarikat adalah pembinaan bangunan dan kerja-kerja awam.

Selain itu, Tuju Setia turut menyediakan servis pengurusan pembinaan.

Tarikh Penting Proses Tawaran Permulaan Awam Tuju Setia

Berikut adalah tarikh penting yang anda wajib tahu mengenai tawaran permulaan awam Tuju Setia.

Sumber: Tuju Setia

26 April 2021: Pelancaran prospectus dan penawaran saham IPO Tuju Setia kepada pelabur awam

5 Mei 2021: Hari terakhir permohonan saham IPO Tuju Setia

7 Mei 2021: Hari pengundian IPO Tuju Setia

19 Mei 2021: Hari pertama Tuju Setia disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia

Sekiranya permohonan anda untuk membeli IPO Tuju Setia berjaya, anda hanya perlu menunggu sehingga saham tersebut disenaraikan pada 19 Mei 2021.

Manakala sekiranya permohonan anda tidak berjaya, wang pelaburan yang digunakan untuk memohon saham IPO tadi akan dipulangkan.


Sumber: The Malaysian Reserve

Syarikat ini akan disenaraikan pada 19 Mei 2021 ini dan permohonan untuk membeli saham ini telah dibuka pada 26 April 2021. Tarikh tamat untuk memohon pula pada hari Rabu 5 Mei 2021.

Syarikat ini menyasarkan untuk meraih dana sebanyak RM56 juta daripada tawaran awam permulaan ini.

RM56 juta tersebut akan dijana menerusi tawaran 80 juta saham baharu pada harga RM0.70 seunit beserta dengan 27 juta saham sedia ada.

Modal pasaran bagi Tuju Setia apabila disenaraikan kelak adalah sebanyak RM221.78 juta.

Sumber: Prospektus Tuju Setia

Pengarah urusan syarikat berkata sebanyak RM32 juta daripada peruntukan tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan modal membeli peralatan dan mesin pembinaan baharu dan perisian Model Bangunan Bermaklumat (BIM). Melalui pembelian peralatan yang canggih ini, diharapkan agar ia mampu meningkatkan keupayaan aktiviti reka bentuk dan pembinaan syarikat.

Di samping itu, Tuju Setia turut merancang untuk membeli tanah di sekitar Lembah Klang dan membina kemudahan penyimpanan baru yang lebih baik.

Sebahagian daripada jumlah RM56 juta tersebut iaitu sekitar RM19 juta akan diperuntukkan sebagai modal kerja dan RM5 juta lagi adalah untuk perbelanjaan penyenaraian.

Projek-projek Tuju Setia

Setakat Mac 2021, syarikat telah berjaya memperoleh 4 kontrak bernilai RM953.1 juta untuk membina bangunan bertingkat tinggi di sekitar Malaysia. Pengarah urusan syarikat iaitu Wee Eng Kong berkata projek ini akan menyumbang kepada pendapatan syarikat sehingga tahun 2024.

Dana yang diraih melalui IPO ini akan menggalakkan pertumbuhan syarikat kerana dana ini akan ditumpukan untuk meningkatkan kecekapan syarikat dalam melaksanakan projek baru daripada buku tendernya yang kini bernilai sekitar RM4 bilion.

Projek-projek syarikat ini terletak di kawasan Cheras, Segambut, Bandar Puteri Puchong, Petaling Jaya, Desa ParkCity, Setia Alam dan Kajang.

Baca: Initial Public Offering (IPO); Sejarah Satu-Satu Saham Bermula Di Bursa Malaysia dan Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

Share1037ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

2 years ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In