Siapa yang tidak kenal dengan syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB)? PNB merupakan antara pelabur institusi dengan dana terbesar di Malaysia.
PNB ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara. Aset di bawah pengurusan (AUM) PNB adalah sebanyak RM312 bilion setakat 31 Disember 2019.
Sumber: PNB
Baca : 3 Cara Cari Jerung Dalam Saham
Falsafah pelaburan PNB adalah berasaskan pelaburan jangka masa panjang. Oleh itu, PNB sudah tentu melabur dalam syarikat yang stabil dan kukuh dari sudut prestasi kewangannya sahaja. Antara pelaburan yang dibuat oleh PNB adalah pelaburan ekuiti awam, pendapatan tetap, persendirian dan hartanah.
Tahukah anda, Permodalan Nasional Berhad (PNB) melabur dalam 10 syarikat strategik ini?
Sumber: PNB
1. MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK)
Sumber:Bursa Market Place
Maybank merupakan sebuah syarikat perbankant yang dikategorikan dalam sektor perkhidmatan kewangan. PNB merupakan pemegang saham terbesar bank terkemuka ini. PNB memiliki sebanyak 48.86% kepentingan dalam Maybank.
Untuk pengetahuan anda, saham Maybank adalah tidak patuh syariah.
2. SIME DARBY BERHAD (SIME)
Sumber: Bursa Market Place
Sime Darby merupakan salah sebuah syarikat yang terkenal di dalam dan luar negara.
PNB memiliki lebih separuh daripada pegangan dalam syarikat Sime Darby Berhad dengan pegangan saham sebanyak 51.98%.
Saham Sime Darby adalah patuh syariah.
3. SIME DARBY PLANTATION BERHAD (SIMEPLT)
Sumber: Bursa Market Place
Sime Darby Plantation ditubuhkan untuk menguruskan salah satu perniagaan teras Sime Darby Group iaitu dalam perladangan. Kini Sime Darby Plantation menjadi antara syarikat perladangan kelapa sawit terbesar dunia. Prestasi kewangan suku pertama tahun 2021 Sime Darby Plantation amat menakjubkan dengan keuntungan bersih sebanyak RM562 juta.
PNB merupakan pemegang saham terbesar SIMEPLT dengan pegangan sebanyak 56.12%. Saham ini berstatus patuh syariah.
4. SIME DARBY PROPERTY BERHAD (SIMEPROP)
Sumber: Bursa Market Place
Sime Darby Property adalah pemaju hartanah terbesar Malaysia dari segi keluasan tanah yang dimiliki. Syarikat ini memiliki tanah seluas 19,977 ekar yang masih belum dibangunkan dan ianya bernilai sekitar RM86.9 bilion.
Sime Darby Property terlibat dalam membangunkan banyak rumah kediaman, pusat komersial dan industri.
PNB memiliki sebanyak 56.12% pegangan dalam Sime Darby Property Berhad. Saham SIMEPROP adalah berstatus patuh syariah.
5. S P SETIA BERHAD (SPSETIA)
Sumber: Bursa Market Place
SP Setia adalah sebuah syarikat hartanah dan telah membina banyak hartanah kediaman di Malaysia. Selain terlibat dalam membangunkan hartanah, syarikat ini turut terlibat dalam pelaburan hartanah dan mula menerokai industri perhotelan dan pasar raya.
PNB memiliki sebanyak 62.40% pegangan saham dalam SP Setia.
Saham SPSETIA adalah patuh syariah.
6. UMW HOLDINGS BERHAD (UMW)
Sumber:Bursa Market Place
UMW Holdings Berhad lebih dikenali sebagai syarikat yang terlibat dalam pengedaran kenderaan. Meskipun negara kita masih dilanda masalah gejala kesihatan yang teruk, jangan hairan kerana orang ramai masih terus membeli kenderaan.
Baca : UMW Group Catat Jualan 29,679 Kenderaan Pada April 2021
UMW mempunyai 4 segmen iaitu automotif, peralatan, pembuatan & kejuruteraan serta aeroangkasa. PNB memiliki pegangan saham sebanyak 59.87% dalam UMW.
Saham UMW adalah berstatus patuh syariah.
7. VELESTO ENERGY BERHAD (VELESTO)
Sumber: Bursa Market Place
PNB jauh meninggalkan pelabur institusi yang lain dengan pegangannya sebanyak 56.03% manakala institusi yang lain hanya memiliki saham Velesto kurang daripada 5%.
Velesto Energy Berhad adalah sebuah syarikat penggerudian luar pesisir untuk mencari minyak mentah dan gas asli.
Saham Velesto adalah patuh syariah.
Baca : Apa Kata Broker Terhadap Saham Velesto Selepas Pelantar Naga 7 Tenggelam?
8. DUOPHARMA BIOTECH BERHAD (DPHARMA)
Sumber: Bursa Market Place
Nama Duopharma meningkat setelah Menteri Sains & Teknologi mengumumkan bahawa Duopharma akan terlibat dalam proses fill and finish vaksin yang akan diterima negara.
Pemegang saham utama Duopharma adalah PNB dengan pegangan sebanyak 49.64%.
Saham Duopharma adalah berstatus patuh syariah.
9. MNRB HOLDINGS BERHAD (MNRB)
Sumber: Bursa Market Place
Malaysian National Reinsurance Berhad, sebuah syarikat berkaitan insuran negara ditubuhkan pada tahun 1972 untuk mengurangkan aliran keluar insuran premium ke luar negara.
Syarikat ini mula beroperasi pada 19 Februari 1973. MNRB memberi perlindungan kepada syarikat-syarikat insuran dan memberi bantuan dari segi mengawal risiko yang dilihat terlalu besar bagi syarikat insuran.
PNB memiliki sebanyak 56.89% pegangan dalam syarikat ini. MNRB berstatus tidak patuh syariah.
10. SAPURA ENERGY BERHAD (SPRNG)
Sumber: Bursa Market Place
Sapura Energy Berhad sebuah syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas antara syarikat yang mendapat minat daripada pelabur institusi seluruh dunia. Daripada senarai di atas sahaja kita dapat lihat nama-nama besar seperti Vanguard Group dan Blackrock iaitu dua syarikat insitusi terbesar dunia.
Namun begitu, PNB tetap menjadi pemegang saham terbesar dalam Sapura dengan pegangan sebanyak 39.43%. Keupayaan Sapura dalam menyediakan pelbagai servis dalam perkhidmatan minyak & gas di dalam dan luar negara menjadi punca PNB yakin untuk melabur di dalam syarikat ini.
Saham Sapura Energy adalah berstatus patuh syariah.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Ini Ada Solusi!
Tak semua orang ada masa yang cukup untuk monitor pergerakan saham setiap hari.
Mungkin sibuk bekerja atau ada komitmen lain yang membataskan masa anda untuk melabur.
Ada juga yang selalu ikut buy call tapi tak pernah untung. Sahamnya naik tapi bila entry terus jatuh.
Apa kata kalau anda kurangkan masa monitor saham tapi tingkatkan kualiti pelaburan anda?
Haa! Webinar Swing Trading boleh bantu atasi masalah-masalah anda!
- Tak perlu menghadap pasaran saham setiap hari
- Tak perlu lari-lari dari kerja hakiki
- Tak perlu risau setiap kali anda buat entry
- Dapat menjaga emosi anda dalam pelaburan
Apa yang akan anda pelajari dalam webinar ini?
✅Mindset Power
✅Teknik Compounding
✅Jenis Chart
✅11 Jenis Reversal Candlestick
✅Market Phase
✅Buy On Breakout
✅Kajian Saham
✅Kenali Top 4 Sell Signal
✅Pemilihan Winning Stock
✅Dan banyak lagi …
Daftar sekarang di Webinar Swing Trading >> thekapital.my/swingtrading



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)