Betul ke pelantar Velesto tenggelam ke dalam laut?
Pada 3 Mei 2021, satu insiden yang tidak diingini berlaku di perairan Sarawak apabila terdapat sebuah pelantar minyak milik Velesto tenggelam di laut.
Sumber: Utusan Borneo
Pelantar minyak yang dikenali sebagai Naga 7 pada awalnya mengalami kerosakan pada salah satu tiang sokongannya. Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.45 petang Isnin yang lalu telah menyebabkan pelantar tersebut condong sebanyak 10% daripada posisi awal.
Pelantar tersebut telah tenggelam sepenuhnya pada keesokan harinya.
Kerosakan satu tiang sokongan pelantar tersebut dipercayai berlaku ketika penggerudian dasar laut dijalankan. Ketika dasar laut diuji untuk menampung berat pelantar tersebut, percubaan tersebut gagal dan kaki pelantar tersebut tidak berjaya menahan pelantar tersebut daripada terus berdiri di tengah lautan.
Walaubagaimanapun, pihak Velesto telah melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa dan Velesto juga masih memantau tempat kejadian sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan impak yang lebih besar.
Untuk pengetahuan anda, Naga 7 merupakan pelantar ‘jack up’ dengan kaki julur bebas premium yang mempunyai kemampuan untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman laut sejauh 375 kaki.
Sumber: Rig Lynx. Gambar sebelum kejadian.
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak komunikasi strategik Velesto, aktiviti penggerudian belum lagi berjalan ketika itu dan belum ada telaga minyak yang telah digali ketika kejadian tersebut.
Kesemua 101 orang kru pelantar tersebut dilaporkan selamat dan sebahagian daripada kru tersebut telah berjaya dihantar ke darat.
Baca : Pelantar minyak Velesto ‘Naga 7’ tenggelam, 101 kru selamat
Impak Insiden Tersebut Terhadap Saham Velesto
Insiden tersebut sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap saham Velesto apabila terdapat volume jualan yang besar pada 4 Mei 2021. Harga terendah Velesto pada hari tersebut menjunam sehingga RM0.14.
Sumber: Trading View
Meskipun pelantar tersebut dilindungi dengan insuran, para pelabur tetap berpendapat bahawa insiden ini akan memberi kesan yang kurang baik terhadap kewangan syarikat.
Lantas daripada itu, para pelabur terutamanya pelabur runcit melepaskan pegangan masing-masing.
Maybank Investment Bank Research pula telah menukar status saham Velesto daripada “Beli” kepada “Jual” dengan harga sasaran terkini adalah RM0.11. Harga saham Velesto setakat 4 Mei 2021 adalah RM0.16.
Broker menjangkakan kejatuhan sebanyak 31% bagi saham ini sekiranya harga sasaran yang baru tercapai.
Pengurangan harga sasaran ini kesan daripada kekurangan 1 pelantar milik Velesto untuk meneruskan projek-projek syarikat tersebut.
Sumber: Maybank Investment Bank Research
Penganalisa broker Maybank turut menyatakan bahawa kejadian ini dijangka akan menyebabkan Velesto tidak mencatatkan keuntungan sehingga tahun 2023.
Berikutan kejadian ini, Maybank memotong pendapatan tahun fiskal 2021-2023 sebanyak 58%-144% setelah mengambil kira impak kehilangan Naga 7 terhadap syarikat Velesto.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards