• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UMW Group Catat Jualan 29,679 Kenderaan Pada April 2021

in Catalyst
A A
Kumpulan UMW Mencatatkan Penjualan Kenderaan Yang Memberangsangkan Pada Bulan Oktober

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — UMW Group merekodkan jualan tinggi dalam automotif bagi April 2021 menerusi syarikatnya, UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dengan mencatatkan jualan sebanyak 29,679 kenderaan bagi bulan tersebut.

UMWT dalam satu kenyataan berkata ia mencapai jualan sebanyak 9,280 unit pada April 2021, 12.7 peratus lebih tinggi daripada 8,232 unit yang dicatatkan pada bulan Mac 2021 dalam persekitaran permintaan yang tinggi untuk Toyota Corolla Cross dan Toyota Harrier yang baru dilancarkan.

Toyota Vios, Yaris dan Hilux terus menjadi model terlaris UMWT, katanya.

“Toyota Fortuner dan Innova yang dipertingkatkan juga memberikan sumbangan positif terhadap jualan bulan April.

“Untuk empat bulan pertama tahun ini, UMWT telah jual sebanyak 26,431 kenderaan, jauh lebih tinggi daripada 10,596 unit yang direkodkan pada tempoh sama pada tahun 2020 yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0). UMWT mensasarkan untuk menjual sebanyak 62,000 unit pada 2021,” katanya.

Sementara itu, syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan sebanyak 20,399 unit pada April 2021, lebih rendah daripada 24,431 unit yang direkodkan pada bulan sebelumnya, ia disebabkan oleh kekurangan cip semikonduktor yang telah memberi kesan buruk kepada industri automotif.

“Permintaan untuk Perodua Ativa yang dilancarkan pada 3 Mac lepas kekal kukuh dengan purata tempahan harian sebanyak 290 unit. Perodua menjual sebanyak 4,624 unit Ativa pada April, menjadikan jumlah keseluruhan sejak dilancarkan kepada hampir 9,000 unit,” katanya.

Untuk empat bulan pertama tahun ini, Perodua menjual sebanyak 78,304 kenderaan, naik 73.9 peratus daripada 45.034 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada tahun 2020 yang terjejas akibat PKP 1.0. 

Perodua mensasarkan untuk menjual 240,000 unit tahun ini.

“Kami teruja dengan jualan kukuh dicatat oleh UMWT dan Perodua. Model yang baru dilancarkan telah diterima dengan baik oleh pelanggan kami, ia yang membawa kepada jualan yang lebih tinggi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Beliau berkata syarikat melakukan yang terbaik untuk meningkatkan pengeluaran untuk memastikan penghantaran sampai tepat pada masanya kepada pelanggan.

Namun, beliau berkata kekurangan cip semikonduktor telah mempengaruhi pengeluaran Perodua dan ia sedang mencari pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap produk dan perkhidmatan syarikat ini,” katanya.

Dalam pada itu, UMW berkata UMW Grantt International Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar minyak pelincir GRANTT baru-baru ini mengumumkan penajaan pelumba motosikal Malaysia yang berpotensi, Hafizh Syahrin Abdullah untuk tahun kedua berturut-turut.

Ia berkata penajaan Hafizh Syahrin yang dilanjutkan dalam perlumbaan Moto2 untuk musim 2021 memberi kesan yang baik kepada semua pihak yang terlibat serta pembangunan sukan permotoran di Malaysia.

   Kerjasama itu memberi UMW peluang memperkenalkan minyak pelincir GRANTT kepada pelanggan di peringkat global untuk meningkatkan lagi kehadiran jenamanya.

— BERNAMA 

Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In