• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

3 Cara Cari Jerung Dalam Saham

in Technical Analysis
A A
3 Cara Cari Jerung Dalam Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Macam Mana Nak Tahu Jerung Dah Masuk?

Jerung dalam pasaran saham ini biasanya adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pelabur yang mempunyai modal dan kuasa belian yang tinggi.

Nama lain jerung ini juga dikenali sebagai smart money.

Baca: Top 5 Saham Di Dalam Portfolio 3 Jerung Terbesar Tempatan

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Apabila kita sebut sahaja pasal jerung, kita akan membayangkan pelabur jenis institusi dari pelbagai sektor dan sub sektor.

Di Malaysia pelabur institusi yang biasa dikenali adalah seperti :-

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP)
  • Lembaga Tabung Haji (TH)
  • Bank-bank pelaburan
  • Syarikat Insurans

Baca: Siapa Itu Jerung? Dan Sejauh Mana Jerung Mempengaruhi Pasaran Saham?

Namun begitu, jerung ini tidak terhad kepada pelabur institusi sahaja, pelabur high net worth yang mempunyai modal pelaburan yang sangat besar juga tergolong sebagai salah satu jjerung dalam pasaran.

Macam Mana Nak Tahu Jerung Beli Sesuatu Saham?

Akan tetapi, bagaimana pula kita nak tahu jika ada jerung yang pegang atau masuk dalam sesuatu kaunter saham sebuah syarikat?

Ada tiga cara untuk kita melihat pegangan dan kemasukan jerung dalam sesuatu kaunter saham. Caranya adalah:

  • Cari pemilik syarikat tersebut
  • Gunakan indikator MCDX Smart Money
  • Perhati jumlah lot belian sesuatu saham
  1. Cari Pemilik Syarikat

Cara untuk kita mencari pemilik sesebuah syarikat ini adalah dengan menggunakan Bursa Marketplace. 

Sumber: Bursa Marketplace

Caranya adalah dengan memilih syarikat pilihan kita dan seterusnya lihat di bahagian ownership seperti gambar di atas. 

Sumber: Bursa Marketplace

Berdasarkan top 10 pemilik saham di atas, kita dapat lihat terdapat beberapa pelabur institusi seperti KWSP, PNB, KWAP dan beberapa jerung yang lain merupakan pemilik kepada syarikat ini.

  1. Lihat Jumlah Lot Belian Sesuatu Saham

Untuk cara kedua ini, kita perlu melihatnya menggunakan platform broker masing-masing. Caranya adalah kita cari kaunter pilihan kita dan lihat di bahagian trade details. 

Sumber: Platform Malacca Securities 

Selepas kita melihat di bahagian trade details, kita akan nampak jumlah lot belian telah diasingkan mengikut warna.

Yang kita perlu perhatikan adalah bahagian yang berwarna hijau. Hijau ini membawa maksud jumlah dagangan melebihi seribu lot ke atas.

Harga saham di atas adalah sekitar RM1.87 seunit. Untuk membeli 1,000 lot kita memerlukan modal sekurang-kurangnya RM187,000 tidak termasuk kos-kos lain seperti caj broker, duti setem dan lain – lain. 

Secara logiknya hanya mereka yang mempunyai modal besar seperti pelabur institusi dan pelabur high net worth sahaja mampu untuk membuat transaksi sebanyak itu. 

Mereka juga yang kita kenali sebagai jerung di dalam pasaran saham.

  1. Gunakan indikator MCDX Smart Money

Satu lagi cara untuk kita mengesan jerung telah masuk dalam sesuatu kaunter adalah dengan menggunakan indikator MCDX Smart Money di screener TradingView.

Sumber :

Cara untuk kita cari dan indikator MCDX Smart Money adalah seperti yang ditunjukan gambar diatas.

Sumber :

Selepas mengeluarkan indikator MCDX Smart Money ini, kita perlu menggunakan carta berdurasi empat jam untuk mendapatkan maklumat kemasukan smart money yang lebih ideal.

Sumber :

Seperti apa yang kita lihat dalam gambar di atas, indikator MCDX Smart Money ini terbahagi kepada tiga warna yang berbeza yang ianya membawa makna yang tersendiri.

  • Merah merujuk kepada smart money (Jerung)
  • Kuning dan hijau merujuk kepada pelabur runcit

Berdasarkan carta di atas, kaunter ini dilihat mempunyai kemasukan jerung yang semakin meningkat kerana indikator MCDX Smart Money menunjukkan warna merah melebihi warna hijau dan kuning.

Rumusan

Berikut merupakan antara cara dan indikator yang boleh membantu kita untuk mengenal pasti pemilikan dan kemasukan jerung di dalam sesuatu kaunter saham.

Kita sebagai pelabur runcit, sama ada nak mengikut atau tidak cara jerung memilih kaunter adalah bergantung kepada kita.

Satu perkara yang anda perlu tahu, 10% keuntungan yang diperolehi jerung jauh jumlahnya dengan 10% keuntungan yang kita miliki. 

Jangan sampai jerung dah menjual untuk mendapatkan keuntungan kita masih lagi melihat merah dalam portfolio pegangan kita.

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share2752ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

11 months ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In