Umum mengetahui bahawa vaksin Pfizer telah pun tiba di negara kita pada 20 Februari 2021 yang lalu. Ketibaan vaksin ini di Malaysia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada ramai rakyat Malaysia terutamanya frontliner dan warga emas yang telah mendapat vaksin tersebut.
Bagi yang masih menunggu giliran, usah risau kerana giliran kita pasti akan tiba kelak.
Vaksin Pfizer dah dapat, tak nak beli saham Pfizer pula ke?
Baca : Vaksin COVID-19 pertama untuk Malaysia tiba pagi ini
Bercerita tentang vaksin ini, tahukah anda selain menerima vaksin Pfizer, anda turut boleh membeli saham Pfizer? Sudah tentulah bukan di Bursa Malaysia tetapi di pasaran saham Amerika Syarikat iaitu New York Stock Exchange (NYSE).
Menarik bukan sekiranya kita juga boleh menjadi sebahagian daripada syarikat pengeluar vaksin ini? Kita turut boleh berbangga mengatakan bahawa kita merupakan salah seorang pemilik syarikat tersebut.
Harga saham Pfizer setakat 7 Mei 2021 adalah USD39.58.
Untung 20% Dengan Saham Pfizer
Apakah cara untuk mendapat pulangan sebanyak 20% daripada saham Pfizer?
Teknik yang digunakan di sini adalah teknik Buy on Dip. Teknik ini digunakan ketika saham membuat kejatuhan dan berada di paras support.
Paras support atau sokongan adalah merupakan satu paras harga saham yang seolah-olah disokong pada harga tersebut dan menghalang harga saham daripada terus membuat kejatuhan.
Apabila harga saham mencecah paras ini, harga saham cenderung untuk membuat lantunan ke atas semula.
Di Mana Paras Support Pfizer?
Major support Pfizer dilihat berada pada sekitar USD33.44 kerana Pfizer telah beberapa kali cuba untuk mematahkan support tersebut sejak September 2020 namun tidak berjaya. Saham ini turut menyentuh paras tersebut semula pada November 2020.
Setiap kali saham ini menyentuh harga tersebut, saham ini akan membuat lantunan semula ke atas. Maka dengan ini, kita tahu bahawa harga tersebut merupakan paras yang kuat untuk menyokong harga saham Pfizer.
Lantunan harga saham ini membuatkan saham Pfizer melonjak sehingga mencecah paras USD43. Setelah mencapai harga yang tinggi tersebut, sekali lagi Pfizer membuat correction dan kali ini, ia terus mencari paras sokongan pada harga yang disebut di atas..
Oleh itu, kita boleh menunggu dan mencari peluang untuk membuat entry ke dalam saham ini setelah melihat corak pergerakan saham Pfizer.
Pada 1 Mac 2021, entry ke dalam saham ini dibuat pada harga USD33.45 setelah ia menyentuh paras sokongan. Beberapa hari selepas itu, saham ini terus berlegar-legar di atas paras sokongan sebelum terus membuat kenaikan semula ke harga USD40.20.
Sekiranya saham ini dijual pada 5 Mei 2021 dengan harga USD40.20, keuntungan berjaya dilakukan hasil daripada kenaikan tersebut.
Return on Investment : 20.18%.
Pulangan sebanyak 20.18% dalam jangka masa sekitar 2 bulan boleh dianggap baik dalam pelaburan saham.
Bukan sahaja 20%, pulangan 30% dalam masa seminggu pun tidak mustahil dilakukan.
Anda juga mungkin berminat dengan : Untung Lebih 30% Dalam Masa Seminggu Di Wall Street
Status Syariah Saham Pfizer
Saham Pfizer adalah patuh syariah. Jadi, para pelabur tidak perlu risau sekiranya hendak membeli saham Pfizer.
Sumber carian patuh syariah adalah dengan menggunakan screener Islamicly.
Macam mana? Anda berminat untuk belajar melabur di Wall Street?
Dapatkan tips-tips yang ditulis khas kepada anda di 5 Tips Pelabur Global Bijak.
Kami faham bukan mudah untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan pelaburan global ini. Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk sertai kami di Webinar Wall Street 3.0. Dalam webinar ini, anda akan belajar secara terus dengan mentor pelaburan saham Wall Street yang terkemuka iaitu Tuan Mukhriz Mangsor yang berasal daripada Brunei.
Baca: 5 Sebab Anda Kena Belajar Dengan Guru Pelaburan Saham Global Ini
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




