Dah puas melabur dan berdagang saham di Bursa Malaysia? Nak cuba melabur saham di Wall Street pula? Boleh je. Teknik yang digunapakai dalam mana-mana pelaburan saham semuanya hampir sama. Jika anda seorang pelabur yang berpandukan fundamental, maka anda boleh gunakan teknik CANSLIM untuk cari saham yang berkualiti.
Jika anda penggemar teknikal, maka boleh gunakan teknik “Buy on Breakout’, “Buy on Dip” atau boleh gunakan indikator sebagai panduan untuk membantu dalam membuat keputusan. Sebelum mulakan langkah untuk melabur ke dalam pasaran saham Wall Street, mari lihat 5 tips untuk menjadi seorang pelabur global yang bijak.
1. Ikut Trend Pasaran

Sumber: StockInvesting.today
Dalam trend pasaran, terdapat empat fasa yang setiap pelabur perlu tahu. Trend bermula dengan fasa pengumpulan (Accumulation). Dalam fasa pengumpulan ini, terdapat pihak yang digelar Smart Money akan mengumpul saham pada harga yang murah ini. Namun, fasa ini mungkin boleh berlaku untuk satu tempoh yang sangat lama dan boleh makan masa bertahun lamanya. Maka, elakkan masuk ke dalam pasaran ketika accumulation phase.
Fasa yang seterusnya adalah Mark Up Phase. Pelabur boleh masuk ke dalam pasaran ketika fasa mark up ini kerana ini lah ketika pasaran membuat uptrend dan paling mudah untuk kita menjana keuntungan. Jika dan masuk ke dalam pasaran pada breakout yang pertama maka pelabur boleh ikut trend tersebut sehingga harga saham tersebut mematahkan trendline.
Fasa yang ketiga adalah Distribution Phase. Ketika fasa ini, harga saham seolah-olah tidak mampu untuk naik dengan lebih tinggi lagi. Apa yang terjadi ketika fasa distribution adalah pihak yang mengumpul saham pada fasa accumulation dan mark up akan mula membuang pegangan masing-masing.
Fasa yang terakhir ialah Markdown Phase. Fasa ini adalah fasa ketika para penjual masuk ke dalam pasaran dan mula menjual pegangan mereka. Harga saham akan cenderung untuk teus menjunam ke bawah.
Tipsnya mudah, sekiranya kita sebagai pembeli baru hendak masuk ke dalam pasaran cuba elakkan masuk ke dalam saham yang sedang membuat fasa markdown.
2. Perhatikan Pergerakan Harga, Indikator Hanya Sebagai Tool
Apabila harga saham bergerak naik, apa yang penting untuk dilakukan adalah dengan melukis garisan support, resistance dan trendline. Ketika sesebuah saham telah membuat breakout dan ingin membuat fasa uptrend, seeloknya dilukiskan garisan trendline sebagai penanda aras untuk melihat saham tersebut sedang membuat uptrend.

Saham Tesla setakat ini dilihat masih lagi uptrend dan belum lagi mematahkan trendline. Selagi saham ini belum mematahkan trendline tersebut, maka boleh lah layan sahaja kaunter Tesla ini. Harga saham Tesla yang mencecah paras All-Time High ini telah menyebabkan Elon Musk dinobatkan sebagai orang terkaya dunia pada 8 Januari 2021.

Boleh Gunakan Indikator Sebagai Alat Bantuan Untuk Mengkaji Harga
Ada banyak indikator yang boleh digunakan untuk membantu pelabur melihat adakah harga saham telah mencecah paras overbought atau oversold. Overbought bermaksud saham tersebut telah terlebih beli dan saham tersebut cenderung untuk membuat reversal. Oversold pula bermaksud saham tersebut telah terlebih jual dan saham tersebut dianggap boleh dibeli ketika orang ramai telah menjual saham tersebut dengan banyak. Di antara indikator yang boleh digunakan adalah Relative Strength Index (RSI), Stochastic, MACD (Moving Average Convergence Divergence) dan banyak lagi.
3. Sentiasa Peka Dengan Perkembangan Sektor Terbaru Dalam Pasaran
Sebelum pandemik Covid-19, syarikat-syarikat yang terlibat dalam perniagaan sarung tangan, penjagaan kesihatan dan perabot dilihat tidur selama bertahun-tahun lamanya. Namun, apabila pandemik terjadi, syarikat yang terlibat dengan pembuatan sarung tangan dan penjagaan kesihatan berjaya menarik minat pelabur. Maksudnya, kita kena tahu apa yang orang ramai perlukan dan gunakan pada masa tersebut.
Sebagai contoh, orang ramai terpaksa bekerja daripada rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Orang ramai terpaksa bekerja dari rumah dan bermesyuarat juga terpaksa dilakukan di rumah masing-masing. Kesannya?
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan mesyuarat dalam talian seperti syarikat Zoom Video Communications mendapat manfaat daripada situasi ini. Harga saham Zoom pada 2 Januari 2020 adalah USD68.72 dan harga saham Zoom pada 31 Disember 2020 adalah USD337.32. Tahukah anda Zoom pernah mencecah paras harga USD568.34 pada 19 Oktober 2020?

4. Pilih Saham Patuh Syariah
Kita di Malaysia amat bertuah kerana banyak trading platform dan screener yang ada di Malaysia dapat membantu kita menyemak sama ada saham tersebut patuh syariah ataupun tidak. Berbeza dengan pasaran saham di luar negara, peluang untuk kita tahu status syariah saham tersebut agak terhad dan sukar; melainkan kita melanggan servis screener tersebut.
Amat penting bagi yang beragama Islam untuk memastikan saham yang dibeli adalah berstatus patuh syariah untuk mengelakkan kita terbeli saham-saham yang tidak patuh syariah. Caranya adalah dengan melanggan screener global seperti Islamicly dan Ideal Rating. Pakej yang ditawarkan mungkin berbeza dan harganya juga berbeza.

5. Ambil Keuntungan Sebelum Saham Buat Pembetulan (Correction)
Pelaburan saham ini ada pasang surutnya. Ketika pasaran saham naik mencanak selama beberapa hari, kemungkinan besar saham tersebut akan membuat pembetulan (correction) dahulu sebelum menyambung meneruskan kenaikan tersebut. Correction memang selalu berlaku.
Ketika kita membeli sesuatu saham, sepatutnya sudah tahu berapakah harga yang ingin dijual ketika saham tersebut naik dan juga turun. Maksudnya adalah pelabur harus mempunyai Target Price dan juga harga untuk Cut Loss.
Ketika pasaran saham sedang bergerak dengan volatility yang tinggi ini, dinasihatkan agar para pelabur untuk mengambil dahulu keuntungan sebelum saham tersebut membuat correction.
Peluang untuk membeli semula saham sentiasa ada, kita tunggu peluang seterusnya.
Berminat nak belajar bagaimana nak jual beli saham global? Dah biasa buat duit dengan Bursa Malaysia, sekarang nak beralih angan ke Wall Street pula?

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)