
Indikator Moving Average Convergence Divergence (MACD) merupakan sebuah indikator popular yang digunakan oleh kebanyakan pelabur.
MACD adalah indikator yang mengikuti pasaran yang memaparkan hubung kait di antara dua garisan moving average.
Di dalam indikator ini, moving average yang digunakan adalah exponential moving average (EMA) kerana ianya lebih cepat bertindak balas dengan harga terkini pasaran.
Indikator ini sangat mudah digunakan, tetapi ianya sedikit sukar untuk memahami penggunaannya secara menyeluruh.
Mari kita lihat struktur indikator MACD ini dengan lebih terperinci untuk kita faham cara penggunaanya yang betul.
Struktur MACD
Indikator MACD ini terhasil daripada tiga komponen utama:
- Garisan MACD
- Garisan signal
- Histogram

Garisan MACD merupakan garisan yang berdurasi pendek dan ianya lebih sensitif dengan perubahan harga semasa berbanding garisan signal.
Garisan signal dalam indikator MACD ini pula berdurasi lebih pendek dan bertindak balas lebih lewat terhadap perubahan harga semasa saham.
Garisan signal ini biasanya akan kerap bersilang dengan garisan MACD disebabkan oleh perbezaan durasi ini.
Satu lagi komponen di dalam indikator MACD ini adalah Histogram. Histogram ini menggambarkan jurang di antara garisan MACD dan garisan signal.
Semakin besar jurang di antara garisan tersebut, semakin besar histogram yang akan terbentuk.
Apabila saiz histogram ini semakin meningkat, ianya dikenali sebagai divergence. Sebaliknya bila ianya menguncup ianya dikenali sebagai convergence.
Kita dah kenal komponen yang ada di dalam MACD, tetapi bagaimana pula cara penggunaannya?
Cara Penggunaan Indikator MACD
Perkara yang paling penting dalam penggunaan indikator MACD ini adalah persilangan di antara garisan MACD dan garisan signal.

Apabila garisan MACD bersilang daripada bawah garisan signal di atas zero line dan ditambah dengan histogram yang positif, ianya menunjukkan bahawa terdapat momentum bullish pada saham tersebut.

Sebaliknya pula yang berlaku apabila garisan signal yang berada di atas garisan MACD dan berada di bawah zero line, diikuti dengan historgam yang negatif. Ini bermakna saham tersebut sedang berada di dalam fasa bearish.
2 Cara Penggunaan Indikator MACD
Kebiasaanya indikator MACD mempunyai dua cara penggunaanya iaitu:
- Belian Crossover
- Menentukan Overbought/Oversold
Mari kita lihat kedua-dua cara penggunaannya.
Belian Dengan Cara MACD Crossover

Apabila garisan MACD bersilang dengan garisan signal daripada bawah, ianya menunjukkan isyarat belian atau buy signal. Isyarat ini lebih kuat sekiranya persilangan ini terjadi di bawah zero line.
Jika garisan signal yang bersilang dengan garisan MACD daripada atas pula, ianya merupakan isyarat jualan atau sell signal. Isyarat jualan ini lebih kuat jika sekiranya persilangan tersebut berlaku di atas paras zero line.
Penggunaan teknik ini adalah lagging kerana kita menantikan persilangan dua garisan seperti yang berlaku di dalam persilangan moving average.
Teknik ini sangat sesuai digunakan apabila saham tersebut berada di fasa kenaikan yang kuat.
Ianya tidak sesuai digunakan apabila pergerakan harga saham itu sedang berada di fasa sideways.
Menentukan Overbought Atau Oversold Sesuatu Saham

Sesuatu saham apabila ianya berada di paras terlalu tinggi biasanya akan jatuh ke paras normal.
Sama juga halnya sekiranya sesuatu saham itu jatuh dengan mendadak, ianya akan naik semula ke paras normalnya.
Dengan indikator MACD, kita dapat menentukan sama ada sesuatu saham itu adalah overbought apabila garisan MACD dan signal naik berada di keadaan terlalu tinggi berbanding paras zero line.
Keadaan oversold pula dapat ditunjukkan oleh indikator MACD ini apabila garisan MACD dan garisan signal berada terlalu jauh di bawah paras zero line.
Tidak seperti indikator oscillator lain, indikator MACD ini tidak mempunyai paras tertentu seperti indikator Relative Strength Indeks dalam menentukan overbought atau oversold sesuatu saham.
Oleh itu, kita perlu tengok kepada pembentukan carta sesuatu saham itu untuk tempoh tertentu bagi mengetahui keadaan pasaran secara menyeluruh.
Boleh Guna MACD Sahaja Untuk Meraih Keuntungan?
Indikator MACD adalah merupakan indikator lagging dan akan berfungsi dengan baik jika saham tersebut berada di dalam fasa uptrend yang kuat.
Sebagai seorang pelabur yang bijak, sebaiknya kita mengkaji latar belakang syarikat yang kita ingin melabur terlebih dahulu dan fahamkan asas kajian teknikal ini sebelum membuat apa-apa tindakan dalam pasaran saham.
Melabur saham ini ibarat seperti berniaga. Pilih syarikat yang kita yakin daripada segi strategi masa hadapan dan juga syarikat yang mempunyai tahap kewangan yang sihat.
Atau dalam erti kata lain, gabungkan Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal sebelum membeli sesuatu saham.
Baca: Kajian Fundamental Atau Teknikal Yang Lagi Penting Untuk Melabur Saham Ini?

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.
.