Sebut sahaja berkenaan analisis teknikal, kita mesti membayangkan indikator-indikator advance untuk membantu dalam membuat keputusan pelaburan.
Indikator ini sebenarnya terbahagi kepada dua jenis iaitu:-
- Leading Indikator
- Lagging Indikator
Apa pula perbezaan di antara leading dan lagging indikator ini?
Apa Itu Leading Indikator?
Sumber: Trading View
Leading indikator ini merupakan alat yang digunakan pelabur untuk menentukan arah pasaran di masa hadapan.
Indikator ini biasanya akan membolehkan pelabur untuk menjangkakan pergerakan pasaran dan bertindak dengan segera.
Secara teorinya, jika leading indikator itu memberikan isyarat yang betul, pelabur akan dapat masuk di dalam pasaran dengan lebih cepat dan membuat keuntungan yang banyak.
Antara contoh-contoh leading indikator adalah seperti :-
- Pivot Point
- Fibonacci Retracement
- Garisan support dan resistance
- Volume disokong dengan harga semasa
Baca: Tutorial Bergambar Cara Melukis Support Dan Resistance Menggunakan Trading View
Tetapi leading indikator ini tidak menjanjikan 100% signal belian yang tepat, oleh itu biasanya kita akan menggabungkannya dengan indikator yang lain dalam menganalisa pasaran.
Apa Itu Lagging Indikator?
Sumber: Trading View
Lagging indikator pula merupakan alat memberikan tindak balas yang lambat kepada pelabur. Indikator ini hanya akan memberi signal setelah sesuatu harga itu telah bergerak.
Indikator ini tidak memberikan signal tentang harga di masa hadapan tetapi akan memberikan confirmation kepada trend saham semasa.
Indikator ini biasanya digunakan pelabur sebagai kepastian dalam membuat keputusan pelaburan mereka.
Hampir semua teknikal indikator yang wujud sebenarnya adalah lagging indikator seperti:-
- Exponential/ Moving Average
- Relative Strength Index
- Moving Average Convergence Divergence (MACD)
Apa sahaja indikator yang terbentuk berdasarkan pergerakan harga saham semasa adalah lagging indikator.
Apa Perbezaan Leading Dan Lagging Indikator?
Perbezaan ketara antara dua indikator ini adalah:-
- Leading indikator untuk menjangkakan pergerakan harga pasaran
- Lagging indikator pula adalah sebagai kepastian kepada pergerakan yang telah terjadi
Kedua-dua indikator ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu kita sebagai pelabur perlu faham dan pilih indikator yang sesuai dengan strategi pelaburan kita.
Leading indikator bertindak balas dengan harga pasaran dalam keadaan segera dan sesuai untuk short-term trader.
Tetapi indikator ini cenderung untuk memberikan signal yang tidak tepat kepada pelabur.
Lagging indikator pula adalah indikator yang lambat untuk bertindak balas dengan keadaan pasaran.
Ini bermakna, pelabur akan mendapat maklumat yang lebih tepat cumanya signal yang diberikan agak lambat.
Walaupun signal daripada lagging ini lambat, tetapi pelabur lebih gemar untuk menggunakannya kerana memberikan lebih keyakinan kepada pelabur dalam membuat keputusan pelaburannya.
Jadi, indikator mana yang perlu kita gunakan dalam pelaburan kita?
Nak Guna Leading Atau Lagging Indikator?
Ramai pelabur berada dalam dilema untuk memilih indikator yang sesuai untuk digunakan dalam pelaburan mereka.
Sebaliknya, dengan leading indikator sahaja, kecenderungan untuk mendapat signal yang salah adalah tinggi.
Jika menggunakan lagging indikator sahaja pula, takut terlalu lambat memasuki pasaran.
Kuncinya di sini adalah kita perlu mencari keseimbangan antara indikator yang bakal digunakan dengan menggunakan leading dan lagging indikator di dalam carta.
Gabungan Leading Dan Lagging Indikator
Antara contoh gabungan indikator yang disyorkan adalah dengan menggabungkan indikator Pivots dan Exponential Moving Average (EMA) 200.
Sumber: Trading View
Untuk gabungan ini, cara penggunaannya adalah dengan melihat arah pasaran seamsa dengan bantuan daripada indikator EMA 200.
Jika harga saham ini berada di atas garisan EMA 200, ianya bermakna bahawa saham berkenaan berada di fasa uptrend. Jika harga berada di bawah garisan EMA 200 pula, ianya bermakna saham berkenaan berada di fasa downtrend.
Selepas telah memastikan saham berada di atas garisan EMA200, kita akan membuat keputusan masuk dalam pasaran dengan bantuan daripada indikator pivot.
Terdapat dua keadah untuk masuk dalam pasaran dengan indikator pivot ini seperti:-
- Buy On Breakout (BOB)
- Buy When Pullback (BWP)
Untuk pembelian BWP, sila masuk hanya apabila harga saham jatuh menghampiri garisan tengah pivot yang bertanda P. Kita akan membeli bila harga saham itu menyentuh atau menghampiri garisan P tersebut.
Pembelian BOB pula adalah membeli apabila harga telah mematahkan garisan R1 atau garisan P yang dihasilkan daripada indikator Pivot ini.
Garisan S1 pula boleh dijadikan sebagai stop loss jika pergerakan harga saham itu tidak menjadi seperti yang dirancang.
Siap Sedia Jika Ianya Tidak Menjadi
Sebagai pelabur yang bijak, kita perlu sentiasa memelihara modal pelaburan kita dengan meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan.
Kenal pasti risiko kerugian yang boleh anda elak dan kenal pasti keuntungan yang anda boleh capai hatta 1% sekalipun.
Apabila kita melabur dengan kajian teknikal semata, kita akan bermain dengan kebarangkalian apa yang dijangka tidak menjadi.
Sebaiknya kita melabur ke dalam saham yang mempunyai fundamental yang kukuh agar kita lebih tenang ketika harganya membuat pullback.
Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.
Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.
Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Memahami trend
2. Kuasai support & resistance
3. Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4. Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5. Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6. Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7. Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!




