Orang kata saham ini susah nak buat duit. Ramai juga yang terciduk dalam pelaburan saham ini. Apa yang pasti risiko untuk rugi itu memang real.
Tetapi betul ke susah sangat nak buat duit dengan saham?
Bagi yang nak tahu tips untuk menjadi pelabur yang berjaya, jom baca di sini 4 Hacks Menjadi Pelabur Berjaya.
Ketika ramai yang berjaya menjana keuntungan dalam pelaburan saham, mengapa ada yang masih tidak berjaya?
Cuba tanya diri sendiri dan cari di mana salah silapnya. Kita masih sempat untuk mengubahnya dan sentiasa ada peluang untuk memperbaiki kesilapan daripada segi teknik.

Sekiranya kita masih belum tahu teknik untuk membeli saham, salah satu teknik yang popular di kalangan pelabur adalah teknik Buy on Breakout. Malah pelabur tersohor dunia pun gunakan teknik ini.
Apa Itu Buy On Breakout?

Breakout terjadi apabila sesuatu harga saham memecahkan paras resistance. Breakout yang baik adalah bersama-sama dengan volume yang tinggi. Kemudian, sebatang candlestick marubozu pun terbentuk.
Ini menunjukkan bahawa breakout tersebut adalah suatu breakout yang berjaya. Apabila breakout berlaku, harga saham akan cenderung untuk naik lebih tinggi dan mencipta paras rintangan yang baru. Maka, paras resistance yang dipecahkan tadi akan bertukar menjadi support.
Ini juga dikenali Resistance Become Support (RBS).
Jom kita lihat contoh beli saham menggunakan teknik Buy On Breakout ini.
Buy On Breakout Saham Solarvest

Sekitar RM1.59, terdapat satu paras resistance yang agak kuat di situ. Jika nak beli masa ini silakan kerana saham ini telah membuat breakout, volume yang tinggi dapat dilihat dan sebatang marubozu hijau juga terhasil. Ini menunjukkan terdapat minat belian yang tinggi di situ.
Memandangkan saham Solarvest ini mempunyai fundamental yang baik, apa kata kita peram sahaja saham tersebut dan lihat sejauh mana saham ini akan naik.
Solarvest telah membuat breakout beberapa kali selepas itu dan tahukah anda setakat 5 Februari 2021, harga saham Solarvest telah mencecah setinggi RM3.13?
Solarvest sebenarnya telah membuat AllTime High, iaitu paras yang tertinggi dalam sejarah harga saham Solarvest ini.
Jom kita tengok contoh beli saham Solarvest menggunakan modal 4 angka dan menjana keuntungan 4 angka juga.

Saham ini dibeli pada 30 November 2020 dan saham ini hanya diperam tidak sampai 3 bulan dan lihatlah hasilnya.
Teknik yang digunakan ialah teknik Buy On Breakout dan layan trend saham tersebut yang sedang membuat uptrend. Selagi harga saham Solarvest tidak mematahkan trend line, maka selagi itu saham ini boleh disimpan.
Penafian: Semua nama saham yang disebut di dalam artikel ini hanyalah untuk dikongsikan semata-mata dan ianya BUKAN sebagai saranan belian. Pengarang tidak akan menanggung sebarang liabiliti ke atas mana-mana keputusan dagangan/pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Anda adalah dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat professional dan/atau merujuk undang-undang, syarat dan peraturan yang berkaitan sebelum melakukan dagangan/pelaburan.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout