Ramai orang fikir, menjadi seorang pelabur ni mesti kaya. Kalau kena cara InsyaAllah menjadi. Tapi kalau tak kena gaya, maka semuanya hanya tinggal angan-angan sahaja.
Jadi, apakah tips atau hacks untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya?
1. Buat Perancangan
“Kenapa kita nak melabur saham, kenapa tak simpan je duit dalam bank? Apa target kita sebenarnya?”
Contohnya, matlamat kita nak kumpul RM100,000 dalam masa 5 tahun. Jadi kita perlu mula membuat kira-kira berapakah pulangan dalam peratus yang patut kita perolehi setiap bulan atau tahun.
Ini akan membantu kita menjawab soalan sama ada nak beli saham untuk dapat dividen setiap tahun atau untuk dapat untung bila harga saham tersebut naik.
2. Pecahkan Pelaburan Kepada Beberapa Sektor
Bursa Malaysia mempunyai sektor yang pelbagai. Maka kita perlu mencari sektor yang mempunyai potensi dan masa depan yang cerah.
Pertama, kita perlu mengaji dan membuat bajet berdasarkan modal pelaburan. Contohnya dengan bermodalkan RM100,000, kita boleh membahagikan modal tersebut kepada dua sektor pilihan.
Contohnya, sebahagian daripada modal tersebut kita gunakan untuk membeli saham syarikat yang berada di dalam industri Fast-Moving Consumer Goods (Sektor Kesihatan yang berkaitan Covid-19) dan sebahagian yang lain digunakan untuk membeli saham syarikat di dalam sektor teknologi contohnya. Kaedah ini dikenali sebagai diversification.
Pernah dengar pepatah “Don’t put all your eggs in one basket”?
3. Belajar Untuk Bertenang Dan Tidak Gelabah
Ini merupakan perkara yang paling susah nak buat! Percayalah bahawa saham ini ada turun naiknya. Penurunan itu perlu untuk saham tersebut meneruskan kenaikan yang lebih tinggi di kemudian hari.
Contohnya, sekiranya kita mendapati harga sesuatu saham turun sebanyak 30% dalam masa sehari, pasti ada perkara yang tak kena dan boleh dipertimbang untuk menjual saham itu. Namun sekiranya kita nampak saham itu turun hanya sebanyak 2% dalam masa sehari, jangan pula kita panik untuk terus menjual.
Bukannya ketika rugi sahaja pelabur akan menggelabah. Ketika saham tengah untung pun biasanya pelabur akan panik juga. Sasaran mulanya nak untung hanya 30% dalam masa setahun, tapi ketika harga saham yang dibeli itu sudah naik sehingga 50%, tetap tak jual.
Ada yang terketar-ketar tangannya mencari butang jual. Seolah-olah sudah hilang butang menjual tersebut di platform masing-masing.
Bawa bertenang! Ikut saja perancangan masing-masing.
Jika tidak mahu menjual semua pegangan yang ada, lepaskanlah sebahagian daripada pegangan dulu. Nikmati keuntungan daripada pelaburan setelah mengharungi beban emosi sepanjang berdagang.
4. Newbies, Jangan Beli Penny Stock
Penny stock ni boleh cepat kaya dan boleh cepat juga kayap.
Saham penny stock ini ialah saham yang harganya bawah daripada RM 1.00. Harga saham yang bernilai sekitar 20 sen pula dikenali sebagai super penny.
Biasanya pelabur membeli saham sebegini disebabkan oleh pengaruh orang sekeliling. Orang kata beli saham penny dengan lot yang besar dengan harapan untuk dapat pulangan yang besar. Kita pun ikut kata orang tanpa membuat sebarang kajian. Jangan asyik mengira keuntungan sahaja, kita juga boleh rugi besar!
Peringatan penting: jika niat anda nak melabur untuk jangka masa lebih setahun, elakkan daripada membeli kaunter penny stock. Tetapi jika niat anda untuk berdagang, ya silakan. Tapi pastikan kita ada ilmu yang cukup, kalau tidak melebur jadinya.
Memang kita sedia maklum bahawa harga saham syarikat ini akan naik semula suatu hari nanti, namun persoalannya adalah bila? Dan mampukah kita tunggu sehingga keadaan pulih seperti sediakala? Atau nak cari peluang lain?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!