Relative Strength Index (Indeks Kekuatan Relatif) atau lebih dikenali sebagai RSI adalah indikator yang dicipta oleh J. Welles Wilder Jr pada tahun 1978. RSI adalah petunjuk momentum yang digunakan dalam analisis teknikal bagi mengukur momentum perubahan harga untuk menilai sekiranya saham tersebut terlebih jualan (oversold) atau terlebih belian (overbought).
Indikator RSI ini dipaparkan sebagai oscillator dengan satu garisan graf bergerak di antara dua garisan ekstrem dan mempunyai nilai bacaan dari 0 sehingga 100. Indikator ini diperkenalkan oleh J. Welles Wilder Jr di dalam bukunya yang bertajuk “New Concepts in Technical Trading Systems”.
Jom kita tengok cara-cara nak setting indikator RSI pada carta.
Cara Setting Indikator RSI Pada Carta
1. Kita akan gunakan platform Trading View sebagai contoh. Layari laman web Trading View dan masukkan nama kaunter yang ingin dikaji.
2. Klik bahagian “Indicators & Strategies”
3. Pilih Relative Strength Index (RSI)
4. Indikator akan terpapar seperti gambar rajah di bawah. Cara mudah untuk membaca indikator RSI adalah apabila garisan RSI berada di bawah paras 30 ia membawa maksud bahawa saham tersebut adalah oversold (terlebih jual) dan apabila garisan RSI berada di atas paras 70 ia bermaksud saham tersebut adalah overbought (terlebih beli).
RSI 14
1. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud nombor 14 selepas RSI tersebut. Ia adalah setting default bagi kebanyakan indikator RSI. Nombor 14 itu bermaksud tempoh setting 14 data terakhir yang diambil.
2. Jika kita menggunakan timeframe harian, bermakna data yang diambil untuk mengira RSI adalah data 14 hari yang terakhir.
3. Jika kita menggunakan timeframe mingguan, bermakna data yang diambil untuk mengira RSI adalah data 14 minggu yang terakhir.
Cara Menggunakan Indikator RSI
RSI digunakan untuk menentukan waktu entry dan exit dengan melihat kepada paras overbought dan oversold. Sesebuah aset atau saham tersebut dianggap terlebih belian sekiranya garisan RSI berada di atas paras 70 manakala saham tersebut dianggap terlebih jualan sekiranya garisan RSI berada di bawah paras 30.
Sekiranya garisan RSI berada di dalam zon overbought, seeloknya kita berhati-hati kerana terdapat kemungkinan bahawa penjualan saham mungkin akan berlaku pada bila-bila masa.
Sekiranya garisan RSI telah berada di zon oversold pula, ia merupakan masa yang sesuai untuk membeli kerana saham tersebut telah terlebih jualan dan ada kemungkinan untuk saham tersebut akan naik semula.
Jom kita lihat contoh berikut.
Daripada candlestick kaunter Air Asia di atas, apa yang kita dapat lihat? Apabila garisan RSI telah melebihi paras 70 dan memasuki zon overbought, maka berlakunya tekanan jualan. Saham Air Asia mengalami kejatuhan sehingga ia masuk ke dalam zon oversold. Melihat situasi ini pelabur melihat peluang di situ kerana menganggap bahawa harga Air Asia telah murah dan mengambil kesempatan untuk membeli saham ini. Harga saham dilihat naik semula.
Tips Menggunakan Indikator Relative Strength Index (RSI)
1. Peluang beli ketika RSI berada di zon oversold (Bawah paras 30)
2. Berhati-hati ketika RSI berada di zon overbought (Atas paras 70)
Namun harus diingat bahawa semua indikator yang ada hanya untuk membantu dan memudahkan kita untuk membuat keputusan. Seeloknya kita membuat kajian saham yang ingin dibeli daripada sudut fundamental juga.
Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.